[2] Siemanis Lolipop.


“Kau, bila lagi nak jamu kitaorang makan nasi kenduri, Us? Pertanyaan rakannya itu dibalas dengan senyuman. Senyum manis bukan sinis.
“Ek’eleh. Tanya aku macam dia tu dah buat kenduri. Kau pun sama, Ajak. Bujang terlajak macam aku juga.” Bila dia jawab macam tu, semua yang ada di meja makan, ketawa mengekek. Perkataan ‘bujang terlajak’ tu macam tak sesuai. Umur masing-masing baru cecah 30 tahun, rasanya belum terlajak lagi kot.
“Kurang-kurang aku dah ada gewe, Us. Kau?” Giliran Ajak pula ketawakan Firdaus.
“Kau carikanlah satu gewe untuk dia.” Balas satu suara garau. Firdaus pantas menoleh. Ahmad Farhan, si pengantin baru yang segak berbaju Melayu lagak seperti Pendekar itu sedang tersengih memandangnya.
“Ini lagi sorang. Bau tangan tok kadi pun tak hilang lagi, dah pandai nak sekolahkan aku.” Sindir  Firdaus. Tapi sindiran dia itu bukanlah sindiran tajam. Sindir manja-manja saja.
“Us ni pemalu tahap gaban. Dia dengan perempuan macam ni hah,” Ajak buat gaya tangan lurus. Macam jarak hasta. Nak tunjukkan betapa Firdaus dan perempuan, jaraknya begitu jauh. “Macam mana dia nak ada gewe?” Sambung Ajak lagi. Sebelum gelas berisi air sirap itu singgah ke bibirnya.
“Eh, bini kau mana Paan? Sampai hati kau tinggalkan dia sorang-sorang. Pergilah panggil dia. Kenalkanlah dengan kitaorang nih. Janganlah kedekut sangat. Jauh kot, kitaorang datang ke sini,” Firdaus cepat-cepat sampuk sebelum isu hangit ni menjadikannya rentung.
“Lupa pulak. Aku pergi panggil dia.” Si pengantin baru itu mula bergerak meninggalkan meja yang dipenuhi rakan-rakannya sewaktu zaman Politeknik dulu. Firdaus pandang saja belakang si pengantin baru itu. Paan… Paan. Kahwin juga kau ya. Kata-kata itu bergema di dalam hatinya.
“Siapa cakap aku  tak ada awek?” Tiba-tiba dia menyampuk. Gigi sengaja diketap sambil pandang muka Ajak.
“Eh, ada ke?” Ajak buat soalan nada mengejek.
“Ada. Kau je yang tak tau.” Azra Amani si ibu beranak dua itu yang duduknya di sebelah Ajak bersuara. Firdaus ketawa bila mendengar kata-kata Amani. Suami Amani, Anas Aidan yang duduk di sebelahnya juga turut ketawa. Nada suara Azra yang dalam itu sebenarnya yang mengundang gelak-tawa mereka.
“Siapa? Budak jurusan  mana? Perd? Awam? Kau jangan cakap budak Meki pulak? Tak caya aku,” Ajak kerut muka. Mulut pula dijuihkan.
“Bukan budak Poli.” Amani masih belum mahu berhenti memberitahu.
“Habis tu budak mana? Sepanjang kita study aku tak pernah nampak pun Us date.” Ajak mula keluarkan fakta-fakta. Sekaligus mengundang kembali ketawa Anas, suami Amani.
“Lagi satu, kenapa kau boleh tau tapi aku tak? Sampai hati kau Amani, tak cerita pun kat aku. Kes Paan pun macam tu jugak. Korang ni komplot besar sungguh.” Bila Ajak kata macam tu, Amani pula sambung ketawa. Sampai berair matanya. Lalu tisu yang dihulur si suami diambilnya. Dilap air mata yang tumpah.
“Kau ni kan Ajak. Suka sangat buat lawak kampus tau. Mestilah diaorang kena bagitau kat aku. Aku kan penasihat cinta diaorang. Us, kau tunjuk gambar Lolipop kau tu kat dia?”
“Lolipop?” Ajak ulang semula nama yang disebut Azra Amani tadi.
            Spontan Firdaus ketawa bila teringatkan semula peristwa itu. Sungguhlah. Dia memang nakal di waktu sekolah dulu. Sebab itulah ayah hantar dia tinggal di asrama selepas berpindah. Waktu itu, dia baru masuk tingkatan 3. Kata ayah, budak nakal macam dia, kena ajar sikit. Tak boleh diberi muka.
            Ketawa Firdaus masih bersisa. Dia tiba-tiba jadi rindu pada si Lolipop. Apa khabar agaknya dia sekarang. Masih garang macam dulukah?
            “Oit. Agak-agak lah nak berangan pun. Kat tempat awam kot.” Suara Ajak mengembalikan dia ke alam nyata. Firdaus sengih. Tayang giginya. Lupa pula dia masih ada di meja makan. Tempat kenduri Ahmad Farhan, bersama-sama bekas teman sekuliahnya dulu.
“Kenapa panggil dia Lolipop?”
Firdaus ketawa lagi. Sampai terhijut-hinjut bahu. Konon macam pertanyaan Ajak itu lawak sangatlah.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah, si Laila tu tak reti nak sebut Lori. Pelat ‘r’. Bila dia sebut lori, bunyinya jadi loli. Sejak tu lah dia asyik kena giat dengan kawan-kawan.” Lagipun, Laila tu manis macam gula-gula tu. Namun, kata-kata yang akhir itu tidak terluah. Dia simpan saja di dalam hati. Wajah Nur Laila datang bertandang. Seorang remaja perempuan, berbaju pengawas. Tudungnya sedikit ke depan. Wajahnya cengey. Firdaus kemudian senyum sendiri.
 “Kau memang tak pernah jumpa dia ke lepas tu?” Ajak bertanya lagi. Okey. Kalau bercerita dengan Ajak ni, engkau janganlah berangan nak cerita sekerat-sekerat. Lagi dia tak puas hati, sampai kesudahlah dia kejar engkau. Tuntut cerita tu. Agaknya sebab itulah, dia, Ahmad Farhan dan Azra Amani tak pernah rasa nak berkongsi cerita dengan Ajak. Cerita pasal hati dan perasaan. Benda tu macam dah jadi private and confidential, bila ia melibatkan seorang yang bernama Razak a.k.a Ajak.

Zaman kecil kita tak pernah lekang dengan sesuatu yang manis. Hatta, ia boleh merosakkan gigi. Kan?

Comments

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya