Posts

Showing posts from August, 2012

The little thing called love?

Image
Jika anda ingin menjadi seorang stalker amatur, anda perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Untuk mencapai piawaian yang ditetapkan, langkah-langkah di bawah ini boleh anda ikuti.  Langkah 1 : Tetapkan target anda. Pastikan target anda hanyalah 1. Fokus itu penting. Cara untuk mengenalpasti target anda, senang sahaja. Jika anda terpandang target, secara automatic anda akan berasa berada di suatu kawasan yang lain. Contoh, seperti kawasan yang dipenuhi bunga-bungaan. Waktu itu, betapa riuhnya keaadaan tetap tidak akan mempengaruhi anda. Seolah-olah waktu itu hanya ada anda dan target anda. Dan satu lagi, pastikan target anda masih single jika tidak mahu patah hati.   Langkah 2 : Usaha yang gigih. Anda perlu mengetahui jadual waktu target. Jika anda dan target masih bersekolah, anda cuma perlu ke bilik darjahnya untuk mengetahui jadual waktu kelasnya. Untuk tidak kelihatan terlalu ketara yang anda adalah seorang stalker, cuba mengaburi mata mereka dengan berpu

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

Image
Cerpen : Pabila Trio Pulang Beraya. Ooooo… Tara pa ra rap Selamat pagi semua Dengarkanlah nada Suara dan irama Yang menyakitkan telinga.             Nyanyian Amir Jahari berkumandang di komputer ribanya. Sambil itu mulutnya juga terkumat-kamit ikut berdendang bersama penyanyi kelahiran Kucing, Sarawak itu. Namun sesaat kemudian, suara Amir Jahari hilang dengan tiba-tiba. Dia menoleh ke arah meja studi. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang berdiri tegak bersebelahan meja studinya yang menempatkan komputer riba itu.             “Laa… Kak Ja ni, kenapa tutup?” Dia menyoal kakaknya dengan nada tidak berpuas hati.           “Tutuplah. Bukannya suara dia yang Kak Ja dengar. Kau tu yang lebih-lebih.” Matanya melirik ke arah kakaknya yang berjalan menghampiri almari pakaiannya.           “Eleh, Kak Ja jeles le tu. Suara Jo lagi sedap daripada suara Kak Ja.” Dia masih mahu mengusik kakaknya itu. Kelemahan Kak Jaja adalah, dia cepat sangat melenting jika diusik. Tida