[2] Siemanis Lolipop.
“Kau,
bila lagi nak jamu kitaorang makan nasi kenduri, Us? Pertanyaan rakannya itu
dibalas dengan senyuman. Senyum manis bukan sinis.
“Ek’eleh.
Tanya aku macam dia tu dah buat kenduri. Kau pun sama, Ajak. Bujang terlajak
macam aku juga.” Bila dia jawab macam tu, semua yang ada di meja makan, ketawa
mengekek. Perkataan ‘bujang terlajak’ tu macam tak sesuai. Umur masing-masing
baru cecah 30 tahun, rasanya belum terlajak lagi kot.
“Kurang-kurang
aku dah ada gewe, Us. Kau?” Giliran
Ajak pula ketawakan Firdaus.
“Kau
carikanlah satu gewe untuk dia.”
Balas satu suara garau. Firdaus pantas menoleh. Ahmad Farhan, si pengantin baru
yang segak berbaju Melayu lagak seperti Pendekar itu sedang tersengih
memandangnya.
“Ini
lagi sorang. Bau tangan tok kadi pun tak hilang lagi, dah pandai nak sekolahkan
aku.” Sindir Firdaus. Tapi sindiran dia
itu bukanlah sindiran tajam. Sindir manja-manja saja.
“Us
ni pemalu tahap gaban. Dia dengan perempuan macam ni hah,” Ajak buat gaya
tangan lurus. Macam jarak hasta. Nak tunjukkan betapa Firdaus dan perempuan,
jaraknya begitu jauh. “Macam mana dia nak ada gewe?” Sambung Ajak lagi. Sebelum gelas berisi air sirap itu
singgah ke bibirnya.
“Eh,
bini kau mana Paan? Sampai hati kau tinggalkan dia sorang-sorang. Pergilah
panggil dia. Kenalkanlah dengan kitaorang nih. Janganlah kedekut sangat. Jauh
kot, kitaorang datang ke sini,” Firdaus cepat-cepat sampuk sebelum isu hangit
ni menjadikannya rentung.
“Lupa
pulak. Aku pergi panggil dia.” Si pengantin baru itu mula bergerak meninggalkan
meja yang dipenuhi rakan-rakannya sewaktu zaman Politeknik dulu. Firdaus
pandang saja belakang si pengantin baru itu. Paan… Paan. Kahwin juga kau ya.
Kata-kata itu bergema di dalam hatinya.
“Siapa
cakap aku tak ada awek?” Tiba-tiba dia
menyampuk. Gigi sengaja diketap sambil pandang muka Ajak.
“Eh,
ada ke?” Ajak buat soalan nada mengejek.
“Ada.
Kau je yang tak tau.” Azra Amani si ibu beranak dua itu yang duduknya di
sebelah Ajak bersuara. Firdaus ketawa bila mendengar kata-kata Amani. Suami Amani,
Anas Aidan yang duduk di sebelahnya juga turut ketawa. Nada suara Azra yang
dalam itu sebenarnya yang mengundang gelak-tawa mereka.
“Siapa?
Budak jurusan mana? Perd? Awam? Kau jangan cakap budak Meki pulak? Tak caya aku,”
Ajak kerut muka. Mulut pula dijuihkan.
“Bukan
budak Poli.” Amani masih belum mahu berhenti memberitahu.
“Habis
tu budak mana? Sepanjang kita study
aku tak pernah nampak pun Us date.”
Ajak mula keluarkan fakta-fakta. Sekaligus mengundang kembali ketawa Anas,
suami Amani.
“Lagi
satu, kenapa kau boleh tau tapi aku tak? Sampai hati kau Amani, tak cerita pun
kat aku. Kes Paan pun macam tu jugak. Korang ni komplot besar sungguh.” Bila
Ajak kata macam tu, Amani pula sambung ketawa. Sampai berair matanya. Lalu tisu
yang dihulur si suami diambilnya. Dilap air mata yang tumpah.
“Kau
ni kan Ajak. Suka sangat buat lawak kampus tau. Mestilah diaorang kena bagitau kat
aku. Aku kan penasihat cinta diaorang. Us, kau tunjuk gambar Lolipop kau tu kat
dia?”
“Lolipop?”
Ajak ulang semula nama yang disebut Azra Amani tadi.
Spontan Firdaus ketawa bila teringatkan
semula peristwa itu. Sungguhlah. Dia memang nakal di waktu sekolah dulu. Sebab
itulah ayah hantar dia tinggal di asrama selepas berpindah. Waktu itu, dia baru
masuk tingkatan 3. Kata ayah, budak nakal macam dia, kena ajar sikit. Tak boleh
diberi muka.
Ketawa Firdaus masih bersisa. Dia
tiba-tiba jadi rindu pada si Lolipop. Apa khabar agaknya dia sekarang. Masih
garang macam dulukah?
“Oit. Agak-agak lah nak berangan
pun. Kat tempat awam kot.” Suara Ajak mengembalikan dia ke alam nyata. Firdaus
sengih. Tayang giginya. Lupa pula dia masih ada di meja makan. Tempat kenduri
Ahmad Farhan, bersama-sama bekas teman sekuliahnya dulu.
“Kenapa
panggil dia Lolipop?”
Firdaus
ketawa lagi. Sampai terhijut-hinjut bahu. Konon macam pertanyaan Ajak itu lawak
sangatlah.
“Dulu-dulu
masa sekolah rendah, si Laila tu tak reti nak sebut Lori. Pelat ‘r’. Bila dia
sebut lori, bunyinya jadi loli. Sejak tu lah dia asyik kena giat dengan
kawan-kawan.” Lagipun, Laila tu manis macam gula-gula tu. Namun, kata-kata yang
akhir itu tidak terluah. Dia simpan saja di dalam hati. Wajah Nur Laila datang
bertandang. Seorang remaja perempuan, berbaju pengawas. Tudungnya sedikit ke
depan. Wajahnya cengey. Firdaus
kemudian senyum sendiri.
“Kau memang tak pernah jumpa dia ke lepas tu?”
Ajak bertanya lagi. Okey. Kalau bercerita dengan Ajak ni, engkau janganlah
berangan nak cerita sekerat-sekerat. Lagi dia tak puas hati, sampai kesudahlah
dia kejar engkau. Tuntut cerita tu. Agaknya sebab itulah, dia, Ahmad Farhan dan
Azra Amani tak pernah rasa nak berkongsi cerita dengan Ajak. Cerita pasal hati
dan perasaan. Benda tu macam dah jadi private
and confidential, bila ia melibatkan seorang yang bernama Razak a.k.a Ajak.
Zaman kecil kita tak pernah lekang dengan sesuatu yang manis. Hatta, ia boleh merosakkan gigi. Kan?
manis..manis sangat manis...jangan lupa sambung ye....:)
ReplyDeletehihihihik. Sambung tu tak janji ^^
ReplyDelete