Posts

Showing posts from December, 2012

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim

Image
Pinggir tasik Taman Putra itu masih lagi lengang dari lautan manusia. Waktu tengah hari begini, mana ada yang mahu bersantai. Apatah lagi bersenam. Panas terik kot. Walaupun banyak pokok-pokok menghijau, tetapi bahang dari cahaya matahari tetap dirasai. Anginnya pun tidak sesejuk di waktu pagi atau petang.          Cuma Luth saja yang masih duduk bersandar di sebuah kerusi kayu. Duduk sambil termenung. Termenung sebab baharu lepas bertekak dengan buah hatinya.             Luth membuang pandang ke tengah tasik. Dia mengeluh sendiri.             Alangkah bagusnya, jika hubungan cinta dia dan Mia juga setenang itu. Ini tidak, perhubungan yang dibina selama beberapa tahun itu seperti pantai. Kerap dipukul ombak. Selalu ada pasang surutnya.             Dia mengeluh lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Cawan yang berisi yogurt di tangan, ditenung lama.             Mia. Mia. Nama itu berlagu di hatinya. **** Sekitar tahun 2006… Matanya melilau mencari seseorang. Seseo

Conversation :LuthMia

Sedap. Kek apa ni? – Mia Yogurt. - Luth Yogurt? Tapi kenapa sedap sangat? Tak rasa masam pun.- Mia Sebab Luth top-up dengan kasih sayang. Ekceli, Yogurt tu tak masam. Yang masa muka Mia tu :D - Luth Oh! Luth cakap Mia masam macam Yogurt ek? *angry* – Mia Alololo. Sorry la sayang. Luth bergurau je. Sorry… sorry… sorry *nyanyi mcm S.P tau* lol Mat sengal ni memang tau. Mujur minta maaf. Ok, Mia maafkan. Tapi Luth kena janji, bincang hal kita dengan Pak Cik Rizz tau. Nanti Mia bincang dengan abah. – Mia Janji sayang. Kalau tak bincang sampai sudah kita tak kahwin2. Tapi, ni kiranya Mia dah habis merajuk la kan… kan… kan. ^_^ :P - Mia P/s : bila baca sms ni, rasa macam nak pi lempang je budak berdua ni. lol