Novel Contengan Jalanan - Hlovate





Sinopsis cerita:

Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

Rasaku:

Bagiku ini merupakan novel terbaik daripada sis Hlovate. Bersempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, memang sesuai kalau ambil mood dengan baca novel ni. Bukan maksudku perlu baca novel ni semata2 nak hayati Ramadhan tapi padaku novel ni mampu menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Ramadhan.

Ku kagum dengan Fend, K2 & Chad. Ku tak tahu andai mereka ini benar-benar wujud (sebab Hlovate yang melakar mereka). Jujur aku akui, waktu membaca ku menangis tak henti-henti. Sedar akan khilaf sendiri. Ya, ku tak nafikan manusia macam ku ni mudah lupa. Nak-nak bila dah senang. Mak ku selalu kata, bila susah baru nak ingat DIA. Ku senyum tersipu-sipu. *malu*

Apapun bagi ku novel ni mampu memotivasikan ku. Harap-harap juga ia dapat memberi impak pada kau orang juga.

Ku memang mengharapkan lagi karya sebegini daripada sis Hlovate ataupun mana-mana penulis. Semoga ku juga diberi kelapangan untuk jadi seperti mereka-mereka yang menggunakan mata pena sebagai senjata untuk berdakwah. Amin :)

Yang mencoret;
Pena Tumpoi

P/s: Novel ini hanya sebuah tetapi mempunyai 2 muka yang berlainan. Cerita ada dua, 1 tentang Fend, 1 lagi tentang K2. Tapi padaku ia tetap 1 cerita. Sebab ia saling berhubung.

Sinopsis - kredit to Jemari Seni

Comments

  1. yang ni tak terbaca2 lagi. setia menjadi penghuni kat rak buku tu. tapi kan, kita terkesan sgt dgn versus. tak tau kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CJ ni pun mcm Versus juga. Cumanya CJ ni tak ada langsung heroin. Mmg fokusnya pada Fend dan KK. Kita pun ambil masa baca CJ ni. Dah beli dekat setahun baru baca.huhuhu

      Delete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

[8] Cerpen : Hadiah Yang Terakhir

[6] Cerpen : Sumpahan Rindu, Mahsuri.

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim