Posts

Showing posts from May, 2014

Kembali menunggu...

Image
Berita dukacita. Nampaknya Piala Thomas masih bukan milik kita. Belum rezeki Malaysia lagi mahu menjulangnya kembali. Namun usaha pemain-pemain yang bersungguh-sungguh pada perlawanan semalam, membuktikan Malaysia masih bertaring. Ya. Malaysia masih belum hilang sengatnya di dalam sukan badminton. Jadi, sila berjaga-jaga. Harimau pasti akan serang kembali. *mengaum* lol Apapun, tahniah untuk pemain-pemain Malaysia. Anda telah berusaha berhabis-habisan. Jangan kecewa. Musim akan datang, jika tersurat pasti giliran kita pula. Insya-Allah :) Dan dukacita ingin dimaklumkan juga bahawa cerita i plus i terpaksa berhenti bersiaran untuk seketika, kerana beberapa masalah 'teknikal' yang tidak dapat di atasi. Masalah ini dijangkakan akan berlanjutan selama 3 minggu. Mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Cerita ini akan kembali bersiaran seperti biasa pada 16 Jun 2014 nanti. Mohon maaf sekali lagi. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

#6: i plus i

Image
Beberapa tahun yang lalu... “Kita kahwin!” Permintaan Alea yang tiba-tiba itu buat dia terkejut. Sepi. 1 saat. 2 saat. Tiba-tiba tanpa amaran dia lepaskan gelak. Bukanlah gelak mengejek. Gelak akan permintaan Alea itu yang dia rasa tak berapa nak relevan dengan situasi mereka sekarang ini. Yang baru lepas pusing satu tasik dengan diri masing-masing memakai kasut sukan dan peluh memercik di badan. “Yas!” Tegur Alea, sedikit geram. Melihat wajah si buah hati yang sudah berubah riak, dia simpan ketawa, kunci senyumnya daripada terlepas. “Okey, okey. Sorry .” Ilyasa cuba untuk serius. “Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?” Pelik. Sepatutnya waktu sekarang, Alea berbincang tentang persiapan gadis itu untuk ke luar negara. Menyambung pelajaran. Sepatutnya Alea teruja bercerita tentang negara matahari terbit. Tentang cuaca 4 musim. Tentang kebimbangan gadis itu untuk menyesuaikan diri di negara orang. Tentang kerinduan yang bakal gadis itu tanggung saat tak bertemu

#5: i plus i

Image
Isma masih tekun di meja kerja walaupun jam sudah menujukkan angka 6.00 petang. Penangan bercuti selama hampir seminggu yang diambil sempena majlis perkahwinan abang sepupunya itu, elok saja dia masuk pejabat hari ini, bertimbun-timbun kerja diberikan kepadanya. Telefon bimbitnya yang di dalam beg menjerit nyaring minta diangkat. Sebaik telefon dicapai, dia tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin. Suri Yuhanis. Yang kini merupakan rakan serumahnya. “Lambat lagi ke?” soal Suri sebaik dia menjawab. Belum sempat salam dia berikan. “Dah nak siap ni.” Dalam pada itu kalut dia menyusun fail di atas meja. “Aku dah nak sampai ofis kau ni.” Beritahu Suri. Sebaik mendengar pengakuan Suri, Isma jadi semakin kalut. Cepat-cepat dia keluarkan beg di dalam laci meja. Dia mahu segera turun. Tak mahu Suri menunggu dia lama. Sudahlah dia menumpang kereta Suri. Mujurlah dia sudah solat asar tadi. Elok masuk waktu dia terus ke surau. Tahu yang hari ini dia mahu pulang lambat se

#4: i plus i

Image
Isma yang sedari tadi menjadi penonton setia pada setiap gelagat Luth terus menghampiri abang sepupunya itu. Sempat juga dia pasang telinga mendengar perbualan telefon abang sepupunya. “Siapa yang nak berbiras dengan Abang Luth?” soal Isma ingin tahu.Rasa macam ada yang tak kena saja apabila perkataan biras itu disebut-sebut. Abang Luth itukan anak tunggal Pak Ngah dan Mak Ngah, celah mana datangnya adik-beradik. Lagipun, di kalangan mereka sepupu-sepapat, cuma dia dan Kak Zira saja yang perempuan. Yang lain itu ada, tetapi masih kecil-kecil dan juga bersekolah lagi. “Eh! Isma.” Ternyata teguran Isma itu membuatkan Luth terperanjat. Riak di wajah itu ketara sangat menggelabahnya. “Tak ada apalah.” Luth sengih sehingga ternaik tulang pipinya. Isma mencerun pandang, kurang percaya dengan jawapan Luth itu. “Yalah tu.” Bidas Isma menyatakan ketidakpuasannya. “Abang Luth ni mengelat saja. Daripada tadi asyik basuh periuk yang tu saja.” Bebel Isma dengan tangan kanannya

#3: i plus i

Image
Ilyasa masih menyental kotoran di lengan baju melayunya yang berwarna biru langit itu. Pagi-pagi lagi dia dah duduk mencangkung di dalam bilik air. Buku limanya juga sudah mulai terasa sakit. Yalah. Hendak menggunakan berus kain, dia bimbang baju melayunya akan jadi rosak. Terpaksalah dia gunakan tangan sebagai ganti berus. Walaupun tangannya hampir jadi kematu, tetapi kesan minyak ayam masak merah itu masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak hilang. Sepatutnya, semalam usai balik dari rumah Luth, dia rendam dulu bajunya. Tetapi dek rasa penat, baju melayunya itu dicampak saja ke dalam raga baju kotor. Buku lima yang digunakan untuk menyental itu kini beralih ke kepalanya. Digaru-garu kepalanya itu. Buntu.  Tidak tahu lagi bagaimana mahu menanggalkan kesan minyak yang ada pada baju melayunya itu. Ilyasa mengeluh, pasrah sudah. “Abang!” Panggilan itu buat Ilyasa menjenguk ke luar bilik air. Wajah berkerut adik perempuannya itu dipandang tepat. “Buat apa tu?” “Te