#4: i plus i
Isma
yang sedari tadi menjadi penonton setia pada setiap gelagat Luth terus
menghampiri abang sepupunya itu. Sempat juga dia pasang telinga mendengar
perbualan telefon abang sepupunya.
“Siapa
yang nak berbiras dengan Abang Luth?” soal Isma ingin tahu.Rasa macam ada yang
tak kena saja apabila perkataan biras itu disebut-sebut.
Abang
Luth itukan anak tunggal Pak Ngah dan Mak Ngah, celah mana datangnya
adik-beradik. Lagipun, di kalangan mereka sepupu-sepapat, cuma dia dan Kak Zira
saja yang perempuan. Yang lain itu ada, tetapi masih kecil-kecil dan juga
bersekolah lagi.
“Eh!
Isma.” Ternyata teguran Isma itu membuatkan Luth terperanjat. Riak di wajah itu
ketara sangat menggelabahnya.
“Tak
ada apalah.” Luth sengih sehingga ternaik tulang pipinya.
Isma
mencerun pandang, kurang percaya dengan jawapan Luth itu.
“Yalah
tu.” Bidas Isma menyatakan ketidakpuasannya.
“Abang
Luth ni mengelat saja. Daripada tadi asyik basuh periuk yang tu saja.” Bebel
Isma dengan tangan kanannya disangkutkan pada pinggangnya. Dah macam gaya mem besar.
“Abang
dah basuh banyak tau. Kak Mia awak mana?”
“Kak
Mia ada kat atas rumah, tengah tolong Mak Ngah memasak,” jawab Isma. “Kenapa?
Nak suruh Kak Mia basuhkan sekali ke?” tanya Isma dengan kening yang terjongket
sebelah.
“Haish!
Mana boleh suruh Kak Mia buat kerja macam ni. Abang ni jenis yang sayang bini.”
Mendengar
kata-kata Luth buat Isma spontan mencebik.
Isma
tak mahu terus berbalah dengan abang sepupunya, lalu dia melangkah ke deretan
periuk belanga yang sudah dibasuh bersih, diambil satu periuk yang sederhana
besar untuk dibawa masuk ke atas rumah.
Baru
saja dia hendak melangkah pergi, Luth panggil namanya.
“Ada
apa lagi? Mak Ngah nak guna periuk ni!” Rengus Isma kerana Luth memlambatkan
kerjanya.
“Abang
nak tanya ni, boleh?”
“Leh! Tanyalah. Main minta-minta pula.
Skema sangat.” Isma lepaskan ketawa melihat gaya betah tak betah Luth itu.
“Ni
soalan peribadi. Abang tahu awak tak suka ditanya soalan yang macam ni.”
“Abang
Luth! Tanya sajalah.” Tegur Isma yang sudah menipis sabarnya. Banyak sangat butang
pause yang Luth tekan.
“Isma
dah ada steady boyfriend?”
Terkebil-kebil
mata Isma memandang Luth yang baru lepas menyoal soalan ala pop kuiz pada
dirinya. Tergamam dia dibuat dek Luth.
Luth
sengih tayang gigi.
“Soalan
subjektif ke objektif ni?” Entah macam mana itu pula yang terlepas dari
mulutnya setelah sedar diri.
“A-Single
and available. B-Single but not available.
Yang mana satu?”
Isma
tayang riak serius sebelum menjawab. C!” Yakin suaranya.
“C?”
Dia
angkat kening kananya.
“Tadi
abang sebut C tu apa ya?” Luth soal kembali. Lupa.
Isma
lepas gelak. Periuk di tangan dipalu ke badan Luth perlahan. Luth mengaduh
sakit. Periuk terkena betul-betul pada siku Luth.
“Dah
lah, malas nak layan Abang Luth. Merepek!” Isma kalih badan terus meninggalkan
Luth sendirian di tempat membasuh periuk belanga.
“Lamanya
Anje pergi ambil periuk?”
Isma
pandang wajah tuan suara yang bertanya itu. Siapa lagi yang meggelarkannya
sebegitu, kalau bukan…
Segera
dia menjawab,“Abang Luth tu, ayah. Dia bukannya membasuh pun, borak saja
daripada tadi.” Adu Isma.
“Dia
bosanlah tu membasuh sorang-sorang.”
“Mia.” Ayah Isma, Pakcik Ismail memangil
isteri Luth.
Mia
yang ketika itu sedang menguruskan pinggan-mangkuk di dalam besen besar,
berhenti menyusun.
“Ya
Pak Teh.”
“Pergilah
temankan Luth tu.”
Isma
pandang Mia dengan senyum simpul dan kening yang sengaja dijongket
berkali-kali. Sebagai balasan pada pelakuan Isma itu, Mia beliakkan mata
kepadanya.
“Tak
apalah Pak Teh. Biarlah Mia tolong mama kat dapur.”
“Haah.
Kalau Kak Mia ke sana makin tak ‘berjalanlah’ kerja membasuh Abang Luth tu.”
Isma tambah rencah lagi pada penolakan Mia tadi.
Ayah
menderam sebagai menengur kelancangan mulutnya itu.
Isma
kepit lidah dengan giginya, tanda bersalah.
“Kalau
macam tu, biar Pak Teh sajalah ke sana.”
“Terima
kasih Pak Teh.” Mia teruskan kerja mengelap pinggan untuk di simpan ke dalam
besen yang disediakan.
Isma
yang daripada tadi berdiri saja selepas meletakkan periuk di atas meja makan
terus ikut serta Mia duduk bersimpuh di sebelah bukit pinggan-pinggan yang
menimbun.
“Mia.
Kalau letih pergilah berehat dulu.” Tegur Mak Ngah kepada ahli keluarga baharu mereka
itu.
“Tak
apalah mama. Tak letih mana pun.”
“Iyalah.
Ni mama nak ke depan menjenguk makcik-makcik kamu, nanti tengokkan yang kat
atas dapur tu sama ya.” Pesan Mak Ngah sebelum pergi.
Isma
dan Mia mengangguk serentak.
Sedang
mengelap pinggan-pinggan yang basah itu, Mia bersuara. Membuatkan Isma terkedu untuk
kali yang kedua. Jika tadi dengan si suami, kali ini si isteri pula mengulang
soalan yang sama.
“Ada apa yang sebenarnya ni? Tadi Abang Luth,
ni akak pula?”
Mia
lepaskan ketawa. Agaknya tak tahan melihat riak bingung Isma.
“Isma
perasaan tak pengapit Abang Luth kenduri semalam?”
Sekilas,
bayang lelaki yang Isma ‘tandakan’ bajunya dengan sisa kuah ayam masak merah di
kenduri tadi melintas di kotak ingatannya.
“Perasan,
kenapa?”
“Apa
pendapat Isma?”
“Maksud?”
“Okey
tak orangnya?”
“Okeylah
kut,” jawab Isma teragak-agak. Keningnya kalau boleh bercantum dah lama
bercantum dek kerut di dahinya itu yang semakin banyak lapisannya.
“Ada
macam muka siapa?”
“Muka
budak Jawa.”
Mia
yang mendengar tergelak kuat siap tampar bahu Isma. Tapi, tamparan itu tidaklah
kuat mana pun. Tampar bergurau. Manja.
“Yas tu kawan sekelas Abang Luth masa sekolah
Teknik dulu.”
Isma
masih tayang riak penuh tanda tanya.
“Jadi-kenapa?”
soal Isma susun perkataan satu persatu.
“Single lagi.”
Isma
rasa, semakin lama dia semakin tak faham dengan apa yang ingin disampaikan oeh
isteri abang sepupunya itu.
“Ish!
Isma ni…” Mia tepuk pipi Isma perlahan.
“Abang
Luth nak kenenkan awak berdualah.” ujar Mia tersenyum penuh makna.
Isma
yang mendengar sudah ternganga mulutnya. Terkejut habis.
Konspirasi
apakah ini?
Bukan Isma je terkejut, den pun terkojut ni ha. Haha.
ReplyDeleteNext please. :)
-I kuasa 2-
Kekeke.Minggu depan pula ya cik I kuasa 2.
DeleteSabar na :)
hahahaha best...best errr tahun ni jugak terbit ke? heheheh:)
ReplyDeleteTakdan kut. Hahahaha
Delete