#1: i plus i



“Allah tak bagi apa yang kita nak. Allah beri apa yang kita perlu.”
            Jeda. Hanya telinganya sahaja yang mendengar. Mata pula sengaja dialih memandang ke arah  kelibat sebuah kapal di tengah laut. Langsung tak pandang wajah orang di hadapannya tika itu. 
Kata-kata tadi seolah-olah menyusup di celah tulang-tulang rusuknya, lalu tepat menikam ke jantung. Pedih. Sangat. Kerana kenyataan itu benar belaka.
            “Lepaskan dan lupakan.” Kata-kata itu bercampur-baur dengan bunyi ombak.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Matanya dipejam rapat. Sengaja membiarkan bunyi deruan ombak masuk ke dalam telinga.
Dirinya mencari kekuatan. Kekuatan untuk hidup setelah bergelut dengan ‘ombak besar’.

Ya. Dia kini umpama manusia yang baharu tiba di persisir pantai, setelah hampir lemas dilambung ombak.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)