Posts

Showing posts from April, 2014

Tahun ke-9 (Tuah & Teja)

Image
“Pergi padang. Jom.” “Awat tak naik motor?” “Saja. Dah lama tak rasa naik basikal.” “Gerek lah!” tegur Ji'a. “Dok Kedah, cakaplah utagha. Jangan dok cakap luar sangat.” Ayat sarkastik dihunuskan kepada lelaki yang bertahi lalat pada bahagian dagu di sebelah kiri. Tahi lalat manis, seperti kata Tok Wan Lah.  “Yalah. Jom, abang bawa jalan-jalan pusing kampung.” Dengan senyum yang meleret, jemari Ji'a yang masih berinai merah itu dicuit dengan tangan yang  berlumur minyak kehitaman hasil daripada membetulkan rantai basikal tadi.
Sekian.