#5: i plus i
Isma
masih tekun di meja kerja walaupun jam sudah menujukkan angka 6.00 petang.
Penangan bercuti selama hampir seminggu yang diambil sempena majlis perkahwinan
abang sepupunya itu, elok saja dia masuk pejabat hari ini, bertimbun-timbun
kerja diberikan kepadanya.
Telefon
bimbitnya yang di dalam beg menjerit nyaring minta diangkat. Sebaik telefon
dicapai, dia tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin.
Suri
Yuhanis. Yang kini merupakan rakan serumahnya.
“Lambat
lagi ke?” soal Suri sebaik dia menjawab. Belum sempat salam dia berikan.
“Dah
nak siap ni.” Dalam pada itu kalut dia menyusun fail di atas meja.
“Aku
dah nak sampai ofis kau ni.” Beritahu Suri.
Sebaik
mendengar pengakuan Suri, Isma jadi semakin kalut. Cepat-cepat dia keluarkan
beg di dalam laci meja. Dia mahu segera turun. Tak mahu Suri menunggu dia lama.
Sudahlah dia menumpang kereta Suri. Mujurlah dia sudah solat asar tadi. Elok
masuk waktu dia terus ke surau. Tahu yang hari ini dia mahu pulang lambat
sedikit.
“Kau
dah pesan ke?”
Isma
berjeda sebentar. Kemudian, tangan naik tepat ke dahinya.
Dia
terlupa. Sangat-sangat. Sepatutnya, dia telefon ke kafe Pak Ngah, buat pesanan
hendak makan di sana. Memudahkan dia dan Suri. Nanti tiba di kafe, tidaklah
lama sangat menunggu makanan tiba.
“Belum.”
“Ish, cik kak ni! Aku dah lapar ni.”
“Yalah,
yalah. Aku call sekarang.”
“Cepat!
Hari ni aku lapar semacam saja. Jangan sampai aku makan orang.” Ugutan Suri
membuatkan Isma balas dengan senyum sumbing.
Elok
saja talian dimatikan, dia bergegas turun. Sempat juga matanya meninjau ke
sekitar ruang pejabat. Rata-rata kerusi dah kosong tak berpenghuni. Ramai yang
sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya beberapa kerat saja yang tinggal.
Dalam
pada itu dia membuat panggilan kepada Luth, abang sepupunya. Dia rasa lebih
baik dia buat pesanan melalui abang sepupunya itu.
Sementara
menunggu panggilan bersambung, sempat juga dia bertegur sapa dengan rakan-rakan
yang belum lagi mahu pulang.
“Balik
dulu semua.” Tangan kanan dilambai-lambai.
Elok
saja panggilannya bersahut, Isma terus berikan salam.
“Abang
Luth. Kita nak order makanan.”
Senyap.
Sepi tanpa balasan.
Eh!
Abang Luth ni. Main angkat lepas tu diam pula.
“Dengar
tak ni?”
Soalan
Isma tidak dijawab, sebaliknya ada bunyi deheman.
Isma
yang berada di dalam lif, pantas melihat skrin telefon bimbintnya.
Takkan
tersilap nombor. Dia bukan main dail pun. Tapi dipilih pada senarai pemanggil
yang sedia ada kut.
“Luth
ke dapur sekejap.” Jawab suara yang berdehem tadi.
“Oh.”
Isma mati kata. Tak tahu nak balas apa. Tulah. Gelojoh sangat.
“Nak
cakap dengan Luth juga ke? Atau nak tinggalkan pesanan?” Suara itu bertanya
lagi.
Isma
betulkan tudung bawalnya yang dah senget itu dek tali beg tangan yang menjerut
bahunya bersama tudung.
“Tak
apalah.”
“Betul
ni?”
“Yup.
Sorry ya. Ingat Abang Luth tadi.”
“Eh,
tak apa. Lagipun, ni memang telefon Luth pun.”
“Thanks ya. Assalamualaikum.” Ucap Isma
sebelum memutuskan talian.
Dia
termangu sekejap saat pintu lif terbuka.
Habislah
dia kena bebel dengan Suri nanti. Lambat buat pesanan. Akhir sekali dia hantar
mesej kepada abang sepupunya. Harap-harap, Abang Luth itu bacalah.
Langkah
diatur laju ke lobi bangunan pejabatnya. Elok saja pintu automatic lobi
terbuka, dia dah nampak Atos berwarna perak milik Suri. Betul-betul di hadapan
bangunan pejabatnya.
Tak
tunggu lama terus dia dapatkan Atos perak itu. Pintu dibuka. Dan dia sumbat
badannya ke dalam perut kereta Suri.
Nafas
ditarik dalam-dalam. Bersedia nak dengar ‘radio buruk’ Suri bersiaran.
~
“Aku
rasa baik kau tengok telefon kau ni.” Perintah Ilyasa.
Luth
yang baru saja kembali dari dapur, kerut dahi hairan.
“Tadi
ada call. Aku tolong jawabkan.”
Elok
saja dia berkata begitu, Luth capai Sony
Xperia hitamnya dan dibelek-belek. Kemudian Luth senyum sendiri.
“Okeylah.
Aku balik dulu.” Perbualan Ilyasa dan Luth itu dicelah oleh suara seorang
wanita. Yang berbaju kurung serba merah jambu dengan tudung putih berbunga
seperti warna bajunya yang sedang duduk di hadapan mereka.
“Nak
balik dah ke D?” tanya Luth selepas membelek Sony Xperianya.
“Tunang
aku dah ada kat luar tu.” Wanita yang bernama D itu memuncung mulutnya ke arah
luar kafe.
“Ajaklah
dia ke sini.” Giliran Ilyasa pula bersuara.
D
yang sudapun bangun terus tala padangan ke arah dua lelaki yang duduk di
hadapannya.
“Nanti-nantilah.”
D senyum.
“Korang
jangan lupa datang kenduri aku.” Pesan D sambil menolak kerusi ke bawah meja
bulat. Meja yang berjubin. Rata-rata kedai Kopitiam menggunakan meja seperti
itu.
“Yalah.
Insya-Allah.” Ilyasa dan Luth menjawab serentak.
“Nak
aku hantar ke depan tak?” tanya Luth.
D
angkat tangan dan digoyang ke kiri dan kanan. Menolak pelawaan Luth itu.
“Tak
payahlah.”.
“Tak
nak aku tengok encik tunang dia lah tu.” Usik Luth.
Ilyasa
dah sengih-sengih mendengar gurauan rakannya itu. Cemberut pada wajah D itu
juga antara faktor dia tersengih.
“Nanti
masa majlis tu, kau tengok lah puas-puas.” Sempat D memerli Luth.
Baik
Ilyasa dan Luth cuma menghantar D keluar dari kafe melaui pandangan saja.
Ilyasa
yang melihat Luth kembali sibuk dengan telefon bimbit di tangan, terus menyedut
baki minuman kopi aisnya dengan laju. Sampai ada bunyi, srott.
Jam
di tangan kirinya ditelek sekilas. Hampir-hampir pukul 7. Dia sudah
berkira-kira mahu meminta diri.
Ilyasa
sengetkan bahu dan ke kiri sedikit. Helmet
di bawah meja dicapai dengan tangan kiri.
“Aku
gerak dululah Luth.”
“Luth
pantas mengangkat kepala.
“Ala
weh. Lepak lah dulu.”
“Dekat
pukul 7 dah ni. Maghrib nanti.”
“Maghrib
lah kat sini saja. Surau ada.”
Ilyasa
mencerun pandang. Lain macam saja Luth beria-ia. Selalu kalau Luth buat peel
macam ni, tentu ada sesuatu di dalam kepala otak lelaki itu.
“Ni
apa hal pula?” Ilyasa menyoal dengan senyum sinis.
Luth
kerdipkan kedua matanya. “Tunggulah dulu. Adik sepupu aku on the way ni.”
Ilyasa
geleng kepala.
Aku
dah agak dah. Desis hatinya.
“Nantilah.
Kau ni, tak menyabar.” Sungut Ilyasa.
Luth
sengih.
“Alang-alangkan.
Jumpalah dulu.”
“Maghrib
ni Luth.” Ilyasa tunjuk PUMA hitam yang terlilit di pergelangan kirinya.
Luth
tunjuk muka mengharap.
“Atur
hari lainlah. Aku pun dah sememeh ni.” Mendatar suaranya member alasan. Kemeja
biru berwarna seperti uniform JPAm itu ditarik dan dikibas-kibas perlahan.
“Eceh!” Luth gelak kuat.
“Promise. Next time kira jadi ya?”
Ilyasa
berdecit. Kepala diangguk, terpaksa. Konon bersetuju dengan cadangan Luth itu.
Malas nak berbalah. Nanti makin lambat pula dia tiba di pejabat.
Helmet
bercorak abstrak gabungan warna
hitam dan hijau itu dikepit di
pinggang dengan tangan kirinya. Tangan kanan bersalam dengan Luth.
“Weekend ni jadi kan?”
Kening
dijungkit kepada Luth yang bertanya lagi itu. Takkan cepat benar atur
rancangan.
“Main
badmintonlah.”
Ilyasa
senyum tutup malu. Terkena dia dengan Luth. Diselak rambutnya yang terjuntai ke
depan, hampir menutup mata itu. Lalu diraup ke belakang.
“Nanti
aku confirmkan balik. Takut ada hal
saja nanti.”
“Yalah.
Sibuk betul kau ni Yas. Kalah mat bangla kerja buruh.”
Ilyasa
gelak lepas sebelum membalas kenyataan Luth itu.
“Aku
ni dengan mat bangla, beza banyak ni saja.” Dia tunjuk jari telunjuknya yang
diukur seinci itu.
“Okeylah.
Nanti bagi feedback. Kalau boleh
sebelum Jumaat.” Luth mengarah.
Ilyasa
geleng kepala.
“Cakap
sajalah besok. Ni pun dah hari Rabu.” Sinis dia menjawab.
Luth
renyeh tayang gigi.
Usai
berbahas dengan Luth dia terus keluar dari kafe menuju ke kawasan parkir
kenderaan. Namun langkahnya terhenti di hadapan kedai 7 Eleven. Teringat akan
stok minuman 3 in 1di pejabat yang sudah habis dai tak jadi ke kawasan parkir
kenderaan. Tak fikir banyak, pintu kedai 7 Eleven segera ditolak.
~
Atos
milik Suri itu akhirnya tiba juga di kawasan kafe. Isma sudah meninjau-ninjau
kawasan parkir kenderaan. Maklumlah, waktu-waktu puncak begini orang memang
ramai. Terutama dekat-dekat waktu Maghrib ni. Lagi lah.
Dia
pun pelik. Waktu Maghrib yang singkat itulah yang orang ramai suka keluar.
Terdetik
juga di hatinya, solat di manakah mereka ini? Yang perempuan mungkinlah uzur.
Yang lelaki itu?
Namun
dia cuba bersangka baik. Husnuzon. Mungkin mereka bersolat di kawasan sekitar.
Ya. bersangka baik sajalah yang dia mampu buat.
Sedang
dia memikirkan hal ‘duniawi’, Isma ternampak satu parkir yang kosong. Yang kiri-kanan
diapit dengan Hilux berwarna hitam dan sebuah Proton Alza yang terlebih parkir.
Satu kereta sampai masuk dua kotak parkir.
Tak
agak-agak melampaunya! Desis hati Isma.
“Suri,
Suri. Situ kosong.” Tujuknya pada rakan yang memandu di sebelah. Terujanya
bukan main lagi. Macam terkena lucky draw.
Baru
saja Suri berkira-kira hendak masuk ke kotak parkir yang dikatakan kosong itu,
Suri pantas tekan brek kaki.
Dia
terdorong sedikit ke hadapan gara-gara perbuatan mengejut Suri itu. Mujurlah
dia sempat menahan tangan di dashboard.
“Kurang
asam!” Hamun Suri.
Isma
yang turut terkejut memandang ke hadapan.
Memang
@#$%%^abcde betullah. Isma turut
memaki di dalam hati. Mata merenung tajam ke arah sebuah superbike yang
terletak elok di tengah kotak parkir. Langsung tak memberi ruang.
Agaknya,
kalau superbike itu diparkir di tepi sedikit, pasti akan ada ruang untuk Atos
Suri yang comel ni.
Suri
mengundur kembali. Baru berkira-kira hendak bergerak ke hadapan sedikit,
pemandu Hilux berwarna hitam itu datang. Terus masuk ke dalam kenderaannya.
Baik
Suri dan dia masing-masing tadah tangan
bersyukur. Suri undur ke belakang memberi laluan kepada Hilux itu untuk keluar.
Sebaik
saja Hilux itu keluar, Atos Suri terus mengambil alih petak parkir.
Elok
saja keluar dari kereta, Suri membebel kepada superbike yang diberi gelaran
belalang hijau itu. Sempat juga Suri hadiahkan satu tendangan manja ke tayar
belakang superbike tersebut.
Isma
juga bereaksi yang sama. Malah sempat dia meluku bontot Kawasaki Z750 itu (dia
main agak berdasarkan nombor yang tertera pada badan motorsikal tersebut). Tapi
dia lakukan secara pantas dan perlahan. Dan sebaik saja dia berbuat begitu, dia
perasan yang perlakuannya itu dipandang oleh sepasang mata.
Perlahan-lahan
Isma alihkan mata ke kedai 7 Eleven. Matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh
daripada mereka dengan tangan yang sedang menjinjit beg plastic berwarna putih.
Wajah yang ditutupi full face helmet itu hanya menampakkan sepasang mata yang tajam
sedang merenung tepat ke arah Isma.
Alamak!
Kaget
dengan situasi itu, Isma dengan pantas menarik tangan Suri melewati bontot
Alza. Tak sanggup nak lalu di hadapan kedai 11 Eleven itu.
Tingkah
lakunya itu mengundang rasa tidak puas hati Suri.
“Kau
ni dah kenapa? Tarik tangan aku macam nak tercabut.”
“Jalan
cepat! Cepat!Cepat!” Arahnya dengan langkah yang kalut.
“Aku
rasa dekat depan 7 Eleven tu tadi, tuan punya belalang hijau tu.”
“Iya
ke?” soal Suri sedikit terkejut.
Isma
angguk laju. “Dan aku rasa dia nampak apa yang kita buat kat belalang dia tu.”
Suri
yang mendengar turut melangkah laju sampailah mereka tiba di hadapan kafe milik
Pak Ngah Isma.
Sebelum
masuk ke dalam kafe sempat juga mereka meninjau si tuan belalang hijau tadi.
Nampak kelibat lelaki yag berdiri di dahapan pintu kedai 11 eleven itu sudah
tiada.
Baru
saja kaki mahu melangkah masuk ke dalam kafe, Isma dan Suri terdengar bunyi vromm motorsikal disusuli dengan bunyi
hon. Sekaligus membuatkan kedua mereka terkejut.
Masing-masing
tergamam apabila melihat si penunggang belalang hijau itu mengangkat tangan
kepada mereka berdua. Macam orang buat salute.
“Mati!”
ujar Suri dengan tiba-tiba.
“Kau
agak si Ninja Assassin tu cam tak muka kita?” tanya Suri takut-takut.
Isma
yang bagaikan tersampuk itu, diam saja. Tak mampu untuk mengiyakan ataupun
menggeleng.
Memang
matilah, kalau Ninja Assassin tu cam mereka. Mahu kena sembelih dengan pedang
samurai.
Oh my. Saya peminat motor tu. Tolak tepi Ilyasa. Nak motor belalang dia. :P
ReplyDeleteIsha. Kena ambil pakej. Tak boleh asing2.
DeleteNinja Assassin + Belalang Hijau = Ilyasa. lol