#5: i plus i



Isma masih tekun di meja kerja walaupun jam sudah menujukkan angka 6.00 petang. Penangan bercuti selama hampir seminggu yang diambil sempena majlis perkahwinan abang sepupunya itu, elok saja dia masuk pejabat hari ini, bertimbun-timbun kerja diberikan kepadanya.
Telefon bimbitnya yang di dalam beg menjerit nyaring minta diangkat. Sebaik telefon dicapai, dia tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin.
Suri Yuhanis. Yang kini merupakan rakan serumahnya.
“Lambat lagi ke?” soal Suri sebaik dia menjawab. Belum sempat salam dia berikan.
“Dah nak siap ni.” Dalam pada itu kalut dia menyusun fail di atas meja.
“Aku dah nak sampai ofis kau ni.” Beritahu Suri.
Sebaik mendengar pengakuan Suri, Isma jadi semakin kalut. Cepat-cepat dia keluarkan beg di dalam laci meja. Dia mahu segera turun. Tak mahu Suri menunggu dia lama. Sudahlah dia menumpang kereta Suri. Mujurlah dia sudah solat asar tadi. Elok masuk waktu dia terus ke surau. Tahu yang hari ini dia mahu pulang lambat sedikit.
“Kau dah pesan ke?”
Isma berjeda sebentar. Kemudian, tangan naik tepat ke dahinya.
Dia terlupa. Sangat-sangat. Sepatutnya, dia telefon ke kafe Pak Ngah, buat pesanan hendak makan di sana. Memudahkan dia dan Suri. Nanti tiba di kafe, tidaklah lama sangat menunggu makanan tiba.
“Belum.”
Ish, cik kak ni! Aku dah lapar ni.”
“Yalah, yalah. Aku call sekarang.”
“Cepat! Hari ni aku lapar semacam saja. Jangan sampai aku makan orang.” Ugutan Suri membuatkan Isma balas dengan senyum sumbing.
Elok saja talian dimatikan, dia bergegas turun. Sempat juga matanya meninjau ke sekitar ruang pejabat. Rata-rata kerusi dah kosong tak berpenghuni. Ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya beberapa kerat saja yang tinggal.
Dalam pada itu dia membuat panggilan kepada Luth, abang sepupunya. Dia rasa lebih baik dia buat pesanan melalui abang sepupunya itu.
Sementara menunggu panggilan bersambung, sempat juga dia bertegur sapa dengan rakan-rakan yang belum lagi mahu pulang.
“Balik dulu semua.” Tangan kanan dilambai-lambai.
Elok saja panggilannya bersahut, Isma terus berikan salam.
“Abang Luth. Kita nak order makanan.”
Senyap. Sepi tanpa balasan.
Eh! Abang Luth ni. Main angkat lepas tu diam pula.
“Dengar tak ni?”
Soalan Isma tidak dijawab, sebaliknya ada bunyi deheman.
Isma yang berada di dalam lif, pantas melihat skrin telefon bimbintnya.
Takkan tersilap nombor. Dia bukan main dail pun. Tapi dipilih pada senarai pemanggil yang sedia ada kut.
“Luth ke dapur sekejap.” Jawab suara yang berdehem tadi.
“Oh.” Isma mati kata. Tak tahu nak balas apa. Tulah. Gelojoh sangat.
“Nak cakap dengan Luth juga ke? Atau nak tinggalkan pesanan?” Suara itu bertanya lagi.
Isma betulkan tudung bawalnya yang dah senget itu dek tali beg tangan yang menjerut bahunya bersama tudung.
“Tak apalah.”
“Betul ni?”
“Yup. Sorry ya. Ingat Abang Luth tadi.”
“Eh, tak apa. Lagipun, ni memang telefon Luth pun.”
Thanks ya. Assalamualaikum.” Ucap Isma sebelum memutuskan talian.
Dia termangu sekejap saat pintu lif terbuka.
Habislah dia kena bebel dengan Suri nanti. Lambat buat pesanan. Akhir sekali dia hantar mesej kepada abang sepupunya. Harap-harap, Abang Luth itu bacalah.
Langkah diatur laju ke lobi bangunan pejabatnya. Elok saja pintu automatic lobi terbuka, dia dah nampak Atos berwarna perak milik Suri. Betul-betul di hadapan bangunan pejabatnya.
Tak tunggu lama terus dia dapatkan Atos perak itu. Pintu dibuka. Dan dia sumbat badannya ke dalam perut kereta Suri.
Nafas ditarik dalam-dalam. Bersedia nak dengar ‘radio buruk’ Suri bersiaran.
 ~
“Aku rasa baik kau tengok telefon kau ni.” Perintah Ilyasa.
Luth yang baru saja kembali dari dapur, kerut dahi hairan.
“Tadi ada call. Aku tolong jawabkan.”
Elok saja dia berkata begitu, Luth  capai Sony Xperia hitamnya dan dibelek-belek. Kemudian Luth senyum sendiri.
“Okeylah. Aku balik dulu.” Perbualan Ilyasa dan Luth itu dicelah oleh suara seorang wanita. Yang berbaju kurung serba merah jambu dengan tudung putih berbunga seperti warna bajunya yang sedang duduk di hadapan mereka.
“Nak balik dah ke D?” tanya Luth selepas membelek Sony Xperianya.
“Tunang aku dah ada kat luar tu.” Wanita yang bernama D itu memuncung mulutnya ke arah luar kafe.
“Ajaklah dia ke sini.” Giliran Ilyasa pula bersuara.
D yang sudapun bangun terus tala padangan ke arah dua lelaki yang duduk di hadapannya.
“Nanti-nantilah.” D senyum.
“Korang jangan lupa datang kenduri aku.” Pesan D sambil menolak kerusi ke bawah meja bulat. Meja yang berjubin. Rata-rata kedai Kopitiam menggunakan meja seperti itu.
“Yalah. Insya-Allah.” Ilyasa dan Luth menjawab serentak.
“Nak aku hantar ke depan tak?” tanya Luth.
D angkat tangan dan digoyang ke kiri dan kanan. Menolak pelawaan Luth itu.
“Tak payahlah.”.
“Tak nak aku tengok encik tunang dia lah tu.” Usik Luth.
Ilyasa dah sengih-sengih mendengar gurauan rakannya itu. Cemberut pada wajah D itu juga antara faktor dia tersengih.
“Nanti masa majlis tu, kau tengok lah puas-puas.” Sempat D memerli Luth.
Baik Ilyasa dan Luth cuma menghantar D keluar dari kafe melaui pandangan saja.
Ilyasa yang melihat Luth kembali sibuk dengan telefon bimbit di tangan, terus menyedut baki minuman kopi aisnya dengan laju. Sampai ada bunyi, srott.
Jam di tangan kirinya ditelek sekilas. Hampir-hampir pukul 7. Dia sudah berkira-kira mahu meminta diri.
Ilyasa sengetkan bahu dan ke kiri sedikit. Helmet di bawah meja dicapai dengan tangan kiri.
“Aku gerak dululah Luth.”
“Luth pantas mengangkat kepala.
“Ala weh. Lepak lah dulu.”
“Dekat pukul  7 dah ni. Maghrib nanti.”
“Maghrib lah kat sini saja. Surau ada.”
Ilyasa mencerun pandang. Lain macam saja Luth beria-ia. Selalu kalau Luth buat peel macam ni, tentu ada sesuatu di dalam kepala otak lelaki itu.
“Ni apa hal pula?” Ilyasa menyoal dengan senyum sinis.
Luth kerdipkan kedua matanya. “Tunggulah dulu. Adik sepupu aku on the way ni.”
Ilyasa geleng kepala.
Aku dah agak dah. Desis hatinya.
“Nantilah. Kau ni, tak menyabar.” Sungut Ilyasa.
Luth sengih.
“Alang-alangkan. Jumpalah dulu.”
“Maghrib ni Luth.” Ilyasa tunjuk PUMA hitam yang terlilit di pergelangan kirinya.
Luth tunjuk muka mengharap.
“Atur hari lainlah. Aku pun dah sememeh ni.” Mendatar suaranya member alasan. Kemeja biru berwarna seperti uniform JPAm itu ditarik dan dikibas-kibas perlahan.
Eceh!” Luth gelak kuat.
Promise. Next time kira jadi ya?”
Ilyasa berdecit. Kepala diangguk, terpaksa. Konon bersetuju dengan cadangan Luth itu. Malas nak berbalah. Nanti makin lambat pula dia tiba di pejabat.
Helmet bercorak abstrak gabungan warna  hitam  dan hijau itu dikepit di pinggang dengan tangan kirinya. Tangan kanan bersalam dengan Luth.
Weekend ni jadi kan?”
Kening dijungkit kepada Luth yang bertanya lagi itu. Takkan cepat benar atur rancangan.
“Main badmintonlah.”
Ilyasa senyum tutup malu. Terkena dia dengan Luth. Diselak rambutnya yang terjuntai ke depan, hampir menutup mata itu. Lalu diraup ke belakang.
“Nanti aku confirmkan balik. Takut ada hal saja nanti.”
“Yalah. Sibuk betul kau ni Yas. Kalah mat bangla kerja buruh.”
Ilyasa gelak lepas sebelum membalas kenyataan Luth itu.
“Aku ni dengan mat bangla, beza banyak ni saja.” Dia tunjuk jari telunjuknya yang diukur seinci itu.
“Okeylah. Nanti bagi feedback. Kalau boleh sebelum Jumaat.” Luth mengarah.
Ilyasa geleng kepala.
“Cakap sajalah besok. Ni pun dah hari Rabu.” Sinis dia menjawab.
Luth renyeh tayang gigi.
Usai berbahas dengan Luth dia terus keluar dari kafe menuju ke kawasan parkir kenderaan. Namun langkahnya terhenti di hadapan kedai 7 Eleven. Teringat akan stok minuman 3 in 1di pejabat yang sudah habis dai tak jadi ke kawasan parkir kenderaan. Tak fikir banyak, pintu kedai 7 Eleven segera ditolak.
 ~
Atos milik Suri itu akhirnya tiba juga di kawasan kafe. Isma sudah meninjau-ninjau kawasan parkir kenderaan. Maklumlah, waktu-waktu puncak begini orang memang ramai. Terutama dekat-dekat waktu Maghrib ni. Lagi lah.
Dia pun pelik. Waktu Maghrib yang singkat itulah yang orang ramai suka keluar.
Terdetik juga di hatinya, solat di manakah mereka ini? Yang perempuan mungkinlah uzur. Yang lelaki itu?
Namun dia cuba bersangka baik. Husnuzon. Mungkin mereka bersolat di kawasan sekitar. Ya. bersangka baik sajalah yang dia mampu buat.
Sedang dia memikirkan hal ‘duniawi’, Isma ternampak satu parkir yang kosong. Yang kiri-kanan diapit dengan Hilux berwarna hitam dan sebuah Proton Alza yang terlebih parkir. Satu kereta sampai masuk dua kotak parkir.
Tak agak-agak melampaunya! Desis hati Isma.
“Suri, Suri. Situ kosong.” Tujuknya pada rakan yang memandu di sebelah. Terujanya bukan main lagi. Macam terkena lucky draw.
Baru saja Suri berkira-kira hendak masuk ke kotak parkir yang dikatakan kosong itu, Suri pantas tekan brek kaki.
Dia terdorong sedikit ke hadapan gara-gara perbuatan mengejut Suri itu. Mujurlah dia sempat menahan tangan di dashboard.
“Kurang asam!” Hamun Suri.
Isma yang turut terkejut memandang ke hadapan.
Memang @#$%%^abcde betullah. Isma turut memaki di dalam hati. Mata merenung tajam ke arah sebuah superbike yang terletak elok di tengah kotak parkir. Langsung tak memberi ruang.
Agaknya, kalau superbike itu diparkir di tepi sedikit, pasti akan ada ruang untuk Atos Suri yang comel ni.
Suri mengundur kembali. Baru berkira-kira hendak bergerak ke hadapan sedikit, pemandu Hilux berwarna hitam itu datang. Terus masuk ke dalam kenderaannya.
Baik Suri dan dia masing-masing  tadah tangan bersyukur. Suri undur ke belakang memberi laluan kepada Hilux itu untuk keluar.
Sebaik saja Hilux itu keluar, Atos Suri terus mengambil alih petak parkir.
Elok saja keluar dari kereta, Suri membebel kepada superbike yang diberi gelaran belalang hijau itu. Sempat juga Suri hadiahkan satu tendangan manja ke tayar belakang superbike tersebut.
Isma juga bereaksi yang sama. Malah sempat dia meluku bontot Kawasaki Z750 itu (dia main agak berdasarkan nombor yang tertera pada badan motorsikal tersebut). Tapi dia lakukan secara pantas dan perlahan. Dan sebaik saja dia berbuat begitu, dia perasan yang perlakuannya itu dipandang oleh sepasang mata.
Perlahan-lahan Isma alihkan mata ke kedai 7 Eleven. Matanya menangkap kelibat  seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka dengan tangan yang sedang menjinjit beg plastic berwarna putih. Wajah yang ditutupi  full face helmet itu hanya menampakkan sepasang mata yang tajam sedang merenung tepat ke arah Isma.
Alamak!
Kaget dengan situasi itu, Isma dengan pantas menarik tangan Suri melewati bontot Alza. Tak sanggup nak lalu di hadapan kedai 11 Eleven itu.
Tingkah lakunya itu mengundang rasa tidak puas hati Suri.
“Kau ni dah kenapa? Tarik tangan aku macam nak tercabut.”
“Jalan cepat! Cepat!Cepat!” Arahnya dengan langkah yang kalut.
“Aku rasa dekat depan 7 Eleven tu tadi, tuan punya belalang hijau tu.”
“Iya ke?” soal Suri sedikit terkejut.
Isma angguk laju. “Dan aku rasa dia nampak apa yang kita buat kat belalang dia tu.”
Suri yang mendengar turut melangkah laju sampailah mereka tiba di hadapan kafe milik Pak Ngah Isma.
Sebelum masuk ke dalam kafe sempat juga mereka meninjau si tuan belalang hijau tadi. Nampak kelibat lelaki yag berdiri di dahapan pintu kedai 11 eleven itu sudah tiada.
Baru saja kaki mahu melangkah masuk ke dalam kafe, Isma dan Suri terdengar bunyi vromm motorsikal disusuli dengan bunyi hon. Sekaligus membuatkan kedua mereka terkejut.
Masing-masing tergamam apabila melihat si penunggang belalang hijau itu mengangkat tangan kepada mereka berdua. Macam orang buat salute.
“Mati!” ujar Suri dengan tiba-tiba.
“Kau agak si Ninja Assassin tu cam tak muka kita?” tanya Suri takut-takut.
Isma yang bagaikan tersampuk itu, diam saja. Tak mampu untuk mengiyakan ataupun menggeleng.
Memang matilah, kalau Ninja Assassin tu cam mereka. Mahu kena sembelih dengan pedang samurai.
Takuttttt!


Comments

  1. Oh my. Saya peminat motor tu. Tolak tepi Ilyasa. Nak motor belalang dia. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isha. Kena ambil pakej. Tak boleh asing2.
      Ninja Assassin + Belalang Hijau = Ilyasa. lol

      Delete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)