Posts

Showing posts from January, 2013

[11] Cerpen : 29 Februari

Image
29 Februari (Kronologi Sebuah Percintaan… )
29 Februari 1984…
Hati itu boleh jadi seperti kadbod putih.
Tampak keras. Tapi sekali tertusuk, kesannya takkan pernah hilang. – Adilea.

Dia memandang lelaki di hadapannya itu dengan pandangan yang tajam. Kemudian, dia alihkan pula matanya ke arah wanita yang berdiri di sisi lelaki tersebut. Tangan wanita itu tampak erat memaut lengan lelaki tersebut. Ketika itu dia merasakan, jikalau matanya itu umpama sebilah pisau, sudah pasti seluruh jasad lelaki dan wanita yang berdiri di hadapannya itu dicencang selumat-lumatnya.
Air matanya merembes keluar. Tanpa henti sejak dari tadi. Suaranya pun sudah semakin serak. Pipinya pula terasa semakin panas, sekalipun yang mengalir di pipinya ialah airmata.
“Syed Arif!” Dia menyeru nama lelaki itu. Ada getar pada nada suaranya.
Lelaki itu pula cuma menundukkan wajahnya. Tepat merenung ke lantai yang berjubin cantik itu. Tetapi dia tahu, lelaki itu bukan memandang kerana merasakan cantiknya lantai tersebut tetap…