Posts

Showing posts from August, 2014

#10: i plus i

Image
Isma yang tengah keluarkan pinggan mangkuk daripada kotak terus terhenti perbuatannya sebaik saja nama si pengapit Abang Luth itu disebut oleh Mia. “Dia datang juga ke malam nanti?” tanya Isma seperti kurang senang. Bukan sebab dia tak suka akan Ilyasa itu, tetapi sejak dia tahu duduk perkara sebenar ditambah pula dengan kejadian malam hari itu… entah, yang pasti dia rasa tak selesa mahu bertemu lelaki itu lagi. “Mestilah datang. Yas tu kan kawan baik abang sepupu awak.” “Ala…” keluh Isma. Ni yang buat dia rasa menyesal datang tolong Abang Luth dan Kak Mia pindah rumah baharu. “Kenapa? Isma tak suka Yas?” soal Mia dengan riak serius. “Bukan tak suka…” Belum habis Isma menyusun ayat Mia sudah mencelah. “Jadi, Isma setujulah kitaorang nak…” Mia tak sambung ayat sebaliknya buat isyarat pakai jari. Jari telunjuk kanan dan kiri Mia satukan rapat-rapat. Siap tayang muka teruja bercampur suka. Isma dah jegilkan matanya. Faham dengan apa yang Mia maksudkan itu. Cepat-cep

#9: i plus i

Image
Isma rasa nak ketuk kepalanya dengan raket di tangan. Wajah yang panas membahang itu langsung tak dapat disembunyikan. Sampai Suri pun sedar dan menegurnya. “Kau ni dah kenapa Isma? Merah padam muka. Berlatih nak masuk Piala Thomas ke apa?” Isma diam tak beri sebarang reaksi. Terus menghala ke bilik. Pintu dikuak dan ditutup rapat. Dia tepuk pipi berkali-kali. Semuanya sebab Kak Mia. Tadi di dalam kereta sewaktu Abang Luth  hantarkan dia pulang, Kak Mia ada cakapkan pada dia tentang sesuatu yang buat dia rasa tak tahu nak letak muka dia kat mana lagi. “Sebenarnya Yas tahu yang kitaorang nak kenenkan Isma dengan dia.”  Selamba Kak Mia beritahunya. Dan dia pula rasa macam rahangnya dah jatuh ternganga sampai tak boleh nak tutup. Ya Allah. Malunya. Patutlah dia perasan yang Abang Luth dan Kak Mia asyik main lawan mata dengan Ilyasa. Sungguh dia tak tahu nak cakap apa lagi. Patutlah dia nampak Ilyasa macam nampak canggung saja apabila berhadapan dengannya pada mula-mul

#8: i plus i

Image
“Kak Mia.” “Ya?” Mia toleh pandang wajah Isma yang tengah ralit membuang pandang ke tengah gelanggang badminton. “Yang pakai t-shirt Adidas Putih tu nampak familiar la muka dia.” Mata Isma masih melekat pada beregu badminton yang tengah ligat beraksi. “Us? Tu kan tukang ambil gambar masa wedding kitaorang hari tu.” Mia mengingatkan Isma. Lantas mulut Isma automatic membentuk huruf o, panjang nahunya. Patut macam pernah nampak. Desis hatinya. “Yang pakai serba hitam macam ninja tu Ilyasa.” Mia senyum kemudian kenyit mata. Penuh maksud. Isma kembung pipi tahan senyum daripada terbit. Wajahnya dikawal daripada menunjukkan sebarang riak. Sekilas pandang pun dia dah tahu itu pengapit Abang Luth. Ni semua gara-gara aktiviti ber-whatApps bersama Kak Mia sebelum ni. Disebabkan dia dok membelek wajah Ilyasa, lelaki itu sampai berjaya tembus ke dalam mimpinya. Mimpi apa jangan ditanyalah. Dia kategorikan sebagai mimpi bisu. Yang dia tahu, dia nampak Ilyasa sedang menunggu

#7: i plus i

Image
“Eh, eh! Awalnya uda bangun. Siap buatkan sarapan lagi!” Ilyasa yang baru turun daripada bilik, menegur adik perempuannya yang sibuk menghidangkan sarapan di atas meja makan. Teruja melihat Izyan yang rajin sangat. “Mimpi anak raja mana datang meminang?” Ilyasa masih belum habis, mahu menggiat. “Anak raja ke anak sultan ke, kalau datang meminang pun bukan uda boleh kahwin selagi abang belum kahwin kan? Sia-sia saja anak raja tu hantar rombongan.” Perli Izyan. Ilyasa tarik senyum. Nampaknya Izyan masih ingat akan apa yang pernah diperkatakan Opah. Dulu pernah mereka adik-beradik bersembang-sembang soal masa depan kononnya, dan waktu itu opah turut ada bersama-sama. Izyan dan Kay E yang ketika itu sedang bergosip tentang Izham (yang merupakan adiknya, Juga abang kepada Izyan dan Kay E) yang khabarnya sudah mula bercinta. Semuanya gara-gara ternampak wallpaper di skrin telefon Izham yang merupakan gambar seorang gadis. Adik-adiknya masing-masing sudah memasang angan-angan m