Posts

Showing posts from September, 2013

Bab 6 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit

Bab 6 Tahun 2003 – Nur Farha.               “Ji’a buat apa ni?” Pertanyaan Ahmad Farhan itu mengundang rasa kurang senang pada dia.               “Buat apa?”                   “Umi cakap Ji’a nak bertunang. Betul?”               Dia memandang lelaki itu dengan pandangan  yang kurang selesa. Ada sebatang rokok di celahan jemari Ahmad Farhan. Sejak bila lelaki ini merokok? Namun cepat-cepat dia mematikan fikirannya yang mula menerawang jauh tu.                “Betul! Takkan lah Paan nak jumpa Ji’a semata-mata nak tanya pasal ni?” soalnya sinis. Dia sebenarnya terkejut bila menerima panggilan daripada Ahmad Farhan tadi. Seingatnya selepas peristiwa di tali air dulu, mereka sudah tidak bertegur sapa. Tiba-tiba, hari ini Ahmad Farhan menghubunginya. Siap ajak berjumpa pula tu.               “Ji’a dah fikir masak-masak?”               “Fikir apa ni?” soalnya kurang senang. Dia semakin tak selesa dengan asap rokok. Juga tidak selesa dengan Ahmad Farhan.              

Bab 5 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit

Bab 5 Tahun 2003- Ahmad Farhan.  Bunyi bising dari arah dapur menarik perhatiannya. Ahmad Farhan yang ketika itu masih tidur pulas di atas katil mulai merasa terganggu.                Dia bangun. Turun  dari katil lalu menuju ke dapur. Dalam keadaan mamai dan rambut yang kusut-masai, dia menjenguk ke dapur,               “Umi.”               “Oh, mak hang!” Beg plastik di tangan umi nyaris terlepas.               “ Ya, Allah! Paan nih, terkejut umi!”               Dia sengih melebar. Dengan keadaan yang serabai itu dia mendekati uminya yang ketika itu sedang sibuk menyusun sayur-sayuran di dalam peti sejuk.               “Apa yang kusut sangat ni Paan?” Soalan umi itu buat dia laju menggaru kepala yang tidak gatal. Makin kusut rambutnya yang sedia kusut itu.               “Umi tu yang dok kelatak-keletung . Pagi-pagi buta ni umi buat apa. Bukan ke hari ni tak meniaga ke?”               “Paan oit! Mana ada pagi buta dah. Dah pukul 10 lebih! Paan tu, solat Subuh ta