Posts

Showing posts from June, 2012

E-Novel I+I = KITA & VERSUS

Image
Tada!!! Cerita baru yang tajuknya sudah ada. Terima kasih ya Farah Husain sebab sudi sumbangkan tajuknya ( I+I = KITA & VERSUS). Hihu.. Sinopsis Bagi aku hidup ini mudah seperti kata Leonardo da Vinc i- ‘life is pretty simple’ . Cerita hidup aku hanya punya keluarga, rakan-rakan dan kerjaya. Untuk memikirkan tentang hal-hal lain, bagi aku semua itu pembaziran waktu. Jadi aku pegang pada prinsip ‘ no couple is no problem’.- Isma Semua orang menganggap dia seorang insan yang tiada kekurangan. Dia punya ibu bapa dan adik beradik yang memahami. Dengan rupa paras yang agak menarik dan juga  beberapa ciri-ciri lain membuatkan dirinya layak bersaing dengan lelaki-lelaki pujaan. Pendek kata dia punyai pakej yang lengkap. Kata teman-teman, dia beruntung kerana wanita mudah berdamping dengannya. Tetapi beruntungkah, jika dirinya selalu ditinggalkan? – Ilyasa Isma dan Ilyasa dua insan yang jauh daripada erti cinta (berkasih). Seorang menolak jauh manakala seorang lagi cuba m

[3] Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz

Image
Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz             Menjelang waktu  tengah hari Jalan Putra merupakan jalan yang paling sibuk dengan orang ramai.  Ini kerana di Jalan Putra itu terdapat banyak lokasi kedai-kedai makan. Disebabkan lokasinya yang agak berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan, kedai-kedai di situ sentiasa didatangi ramai orang terutama pada waktu makan  tengah hari.              Kewujudan banyak kedai di situ membolehkan  penggunanya membuat pilihan. Di samping menjana pendapatan, pemilik-pemilik kedai juga dapat bersaing secara sihat. Ini dapat dilihat pada usaha  yang mereka lakukan dalam memenuhi selera para pelanggan.             Antara kedai makan yang paling terkenal di situ ialah Kedai Papa Jon dan Papa Rizz. Kedua-dua kedai itu sentiasa bersaing untuk menarik perhatian para pelanggan. Jika dilihat secara luarannya kedua-duanya memang bersaing secara sihat. Tetapi pada hakikatnya kedua-dua kedai makan  itu merupakan  seteru sejak dari  zaman penubuhan ked