Posts

Showing posts from October, 2012

[Sinopsis] Cerita kita; Merah Kuning Hijau

Image
Cerita cinta dia dan Doktor Kusyairi sudah bertemu titik noktah. Takkan bersambung sampai bila-bila. Isyarat berwarna MERAH itu buat dia berhenti melangkah. Dan dia tetap berdiri di situ, sendirian. Namun kehadiran lelaki bernama Beto itu membuatkan dia mula berfikir kembali. Kata Doktor Zuliana, hidup perlu diteruskan - Yohana. Tanpa gelak tawa Isha di sisi, hidup dia kosong. Rasa kesal yang  menggunung itu tidak mampu untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dan kini dia berdiri di hadapan isyarat KUNING . Jika dia terus melangkah dia akan kehilangan isterinya. Tetapi jika dia memilih untuk berhenti di situ, adakah segalanya akan kembali ke asal? - Diaz. Dia hidup dalam keadaan yang cukup sempurna. Tiada satu cela pun pada dirinya. Kerjaya, keluarga, kawan-kawan, semuanya terlalu sempurna. Pada dia kesempurnaan itu penting dalam hidup. Namun kehadiran gadis OKU itu menggugat prinsip hidup yang dia pegang. Di hadapannya isyarat HIJAU , jelas tertera. Namun l

[1] Certot : Kapal Layar Kertasku

Image
Certot : Kapal Layar Kertasku Gambar, kredit kepada : Blog Kamera Buruk YayeeDepiction   Suaraku saling bertingkah dengan suara Pitit dan Jali. Ditambah pula dengan bunyi deraian hujan lebat yang jatuh membasahi bumi.  Perhatian kami bertiga bertumpu pada longkang besar di hadapan rumah Pitit. Longkang yang tidaklah sedalam mana tapi cukup untuk air hujan membentuk menjadikan arusnya deras. Aku lihat Pitit masih terkial-kial menyiapkan kapal layarnya. Ego Pitit menghalang aku dan Jali dari membantu. Mataku masih memanah ke wajah Pitit. Sedangkan Jali sudah berkira-kira mahu meletakkan kapal layarnya. Kapal layar yang diperbuat dari helaian surat khabar lama milik Cikgu Man, ayah Pitit. Aku masih tidak jemu-jemu memandang wajah Pitit. Anak Cikgu Man ini memang degil orangnya. Tetapi pada aku degil Pitit bertempat. Dia mungkin tak mahu dipandang lemah aku dan Jali. Jali sudah semakin hilang sabar. Rengusan kuatnya membuatkan daya pemerhatian Pitit sedikit t