Posts

Showing posts from November, 2012

[9] Cerpen : Pemburu Pria Kesepian

Image
Bam! Bunyi pintu bilik dihempas, kuat. Terasa bergegar seisi rumah. Sham pusing lipat. Memandang ke arah pintu bilik Fahmi. Kemudian dia berpaling pula, menghadap  wajah Syafiq yang berada di hadapannya. Kusyuk. Syafiq terlalu kusyuk menyuap mee Maggie berperisa kari itu. Langsung tidak tergugat dengan tingkah Fahmi tadi. Giler [1]   budak ni. Hadap Maggie sampai tak sedar apa yang berlaku. Kutuk Sham di dalam hati. Mula-mula Sham bagi isyarat bunyi. Macam bunyi ‘pstt’ gaya nak ajak bergosip. Namun, Syafiq langsung tak hiraukan isyarat tersebut. Malah makin galak dia menyuap Maggie kari itu. Siap ada bunyi ‘slurp’, dah macam iklan dalam tv. Sham mula bengang. Disepak kaki Syafiq yang berada di bawah meja itu. Mulanya perlahan. Tapi bila Syafiq dah sampai tahap hirup kuah Maggie kari tu, Sham gunakan sekuat tenaga. Macam Safee Sali rembat bola. Kuat. Terus ke pintu gol. Purrrr! Bunyi semburan. Kuah kari dan sedikit sisa mee tepat mengena ke muka Sham. Kurang ajaqqq [

[8] Cerpen : Hadiah Yang Terakhir

Image
 Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama 5 November 2012. Sayup-sayup kedengaran bacaan Surah Yasin di cuping telinganya. Bacaan yang tengelam timbul itu menghantar rasa sendu di hatinya. Dia kenal suara itu. Suara wanita yang telah 10 tahun hidup bersamanya. Suara isteri dia, Nurain. Mata yang terpejam rapat itu cuba dibuka, namun dia gagal. Suaranya pula tersekat di kerongkong, bagaikan ada sesuatu yang menghalang. Dia masih mencuba. Mahu memanggil nama Nurain. Tetapi usahanya itu menemui kegagalan. Akhirnya dia hanyut bersama suara Nurain di dalam dunia yang penuh gelita. **** 2 minggu yang lalu…. Dia tenung wajah Nurain yang waktu itu sedang berteleku di tepi tingkap. Isterinya itu kelihatan ralit memerhati ke luar sana. Walhal, tiada apa pun yang menarik di luar sana untuk dipandang.   Yang ada cuma gerimis yang turun di kala hari petang. Langkahnya diatur   menghampiri Nurain. “Sayang,” suaranya berjaya mena