Posts

Showing posts from July, 2014

SatuDuaTiga

Image
Foto: Google “ Ji’a teringat lagi kenangan dahulu. Sewaktu Dr. Adib menjalani praktikal di tempat mak bertugas. Hanya kerana ingin bertemu mata dengan si doktor pelatih itu, Angah dengan sukarelanya menjadi pemandu, mengambil dan menghantar mak ke hospital. Tapi, sebaik sahaja doktor itu tamat tempot praktikal, Angah secara automatiknya melepaskan ‘jawatan’ itu kepada Along. “Tapi… macam mana Angah boleh terjumpa dengan Doktor Adib tu semula?” Dia mahu tahu cerita selanjutnya daripada mak. Semakin teruja dia dibuatnya. Lokman di sebelah yang masih kebingungan, tak dipedulikan langsung. “Kata Angah, sewaktu membuat umrah tahun lepas. Cuma baru-baru ni Angah terjumpa semula Doktor Adib di kem perubatan berdekatan kampung saudara kandung Angah tu.” Cerita mak panjang lebar. Takjub! Perancangan Allah Yang Maha Kuasa, tiada siapa yang tahu. Angah pergi membawa luka di hati. Lalu, dengan kuasa Dia, luka di hati itu telah berjaya diubati. Terbuktilah Dr. Adib itu memang seorang

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

Image
Edisi Ramadhan 1435 . Ji'a sarung tudung cepat-cepat. Jam sudah pun menunjukkan 7.15 petang. Lagi beberapa minit saja akan masuk waktu berbuka puasa. Dia sudah terlambat untuk turun ke tempat makan. Tadi selepas pulang dari Hospital Sg. Buloh, tiba saja di bilik dia terus mandi dan bersolat. Habis solat dia berbaring  di atas sejadah. Kononnya sekejap saja nak rebahkan badan. Berehat. Alih-alih dia terlelap. Langsung tak sedar waktu semakin menginjak ke senja. Outstation sewaktu bulan puasa satu perkara yang kurang menyeronokkan. Sepatutnya Kak Mim yang perlu ke sini. Tetapi ketuanya itu pula tidak dapat hadir kerana ada masalah kesihatan. Terpaksalah dia yang menggantikan. Selesai berpakaian lengkap, dia buka pintu dengan terkocoh-kocoh. Berjalan pun terburu-buru. Baru saja butang lif ditekan, telefon bimbitnya berbunyi.  Skrin di swipe ke kanan dengan ibu jari. Ada senyuman yang meniti di bibirnya sebaik terlihat mesej yang diterima melalui aplikasi di wha