Posts

Showing posts from 2014

[16] Cerpen : Tunggu Sekejap

Image
“D.” Daripada tunduk memandang air jernih di dalam gelas kaca lutsinar, aku panggungkan kepala. Menatap sepasang mata bersinar cantik di hadapan aku. Kening aku jungkitkan sedikit sebagai isyarat bertanya kenapa?.       “Tuliskan cerita aku, boleh?”       Jeda sebentar. Lebih tepat terkedu sebenarnya dengan permintaan insan yang sedang duduk bersandar rapat di kerusi berwarna putih berhadapan dengan aku sekarang ini.       “Boleh tak?”       Aku tahan nafas. Kemudian dilepaskan dengan perlahan-lahan. Bagaikan dengan berbuat demikian aku mampu melengahkan waktu. Berfikir mahu menerima tawaran itu ataupun tidak.       “Cerita apa Ruvi?”       Yang dipanggil Ruvi itu tersenyum meleret sehingga ke telinga, sampai timbul tulang pipinya.       “Cerita ni berlaku waktu aku dimasukkan ke hospital tempoh hari.” Ruvi masih dengan senyum yang tidak menunjukkan yang ia akan kebah.       Lalu aku selukkan tangan ke dalam beg yang di bawa. Beg sandang daripada jenis kain jea

Masa

Image
Masa Ada waktu ia kawan berdampingan pasti beroleh keuntungan Masa Ada waktu ia bagai seteru bisa saja jadi cemburu buat hidup jadi haru Masa Ada waktu ia jadi pengubat segala duka musibat ia bisa hambat copyright Pena Tumpoi 1450061114 (Thanks adik lawyer Amani. Sebab tweet dengan awak, benda ni keluar. Lepas ni kita kena kerap men'tweet' ok? LOL )

LUKA DI TANGAN TAMPAK BERDARAH, luka di hati...

Image
Assalamualaikum. Selamat hari Malaysia semua. Ada khabar duka. Mulai hari ni #iplusi berhenti bersiaran untuk seketika. InsyaAllah akan bersambung semula cuma tak pasti bila. Mungkin dalam masa terdekat atau lama lagi *senyum* Terima kasih atas sokongan. Jumpa lagi :)

#12: i plus i

Image
Kredit untuk si pelukisnya. Syomel sangat. Aci ya kita gunapakai letak di sini? ;)  Isma pandang sekilas pada Suri yang sedang fokus memandu itu. Suri memang begitu, jika memandu akan kurang bercakap jadinya. Isma membuang pandangan ke luar tingkap. Langit mendung. Mungkin petang ini akan hujan, mungkinlah. Dia sekadar mengagak. Suasana sepi di dalam kereta buat dia hanyut terkenang perisitwa tengahari tadi. Pertemuan dia dengan Ilyasa rakan baik abang sepupunya itu selepas solat Jumaat. Tak menyangka bahawa lelaki itu akan menegurnya.  “Isma.” Mata Isma luas terbuka. Terkejut sebenarnya apabila namanya disapa Ilyasa. Suri pun sama. Yalah, tadi kan mereka tengah bersembang tentang orang yang di hadapan mereka sekarang ini. “Buat apa di sini?” Sejurus bertanya soalan itu, Ilyasa tepuk dahi sendiri. Isma pula pandang saja gelagat Ilyasa tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu berkemeja kemas berwarna kelabu dipadankan dengan seluar khakis berwarna hitam. Seterusnya mata Isma

i plus i 11 (versi asal)

Image
Isma berhenti berjalan. Sedang Suri sudah jauh menapak di hadapan. Keadaan dia jadi begitu dek kerana terlihat kelibat seseorang yang dia kenal (kenallah walaupun itu bukan kawannya tetapi kawan kepada Abang Luth). Isma perhatikan betul-betul kelibat lelaki yang baru saja melintasi kedai buku Popular sebentar tadi. Ternyata orang yang dia nampak itu adalah Ilyasa. Jalan beriringan dengan seorang perempuan. Rapat. Automatik sebelah keningnya ternaik. Menarik! Ada bahan yang dia boleh gunakan untuk berdebat dengan Kak Mia kalau isteri abang sepupunya itu masih mahu meneruskan projek tak semenggah (itu yang kerap dia katakan) menjodohkan dia dan Ilyasa. Pandai-pandai saja cakap yang orang tu solo lagi! “Oit!” bahu Isma ditampar kuat. Isma toleh. Suri buat muka tak puas hati plus muka geram. “Aku ni dah macam orang sewel bercakap sorang-sorang!” marah Suri. Isma naikkan jari telunjuk sendiri ke bibirnya. Meminta Suri supaya senyap. “Perlahanlah sikit suara kau tu Suri.” Is

#10: i plus i

Image
Isma yang tengah keluarkan pinggan mangkuk daripada kotak terus terhenti perbuatannya sebaik saja nama si pengapit Abang Luth itu disebut oleh Mia. “Dia datang juga ke malam nanti?” tanya Isma seperti kurang senang. Bukan sebab dia tak suka akan Ilyasa itu, tetapi sejak dia tahu duduk perkara sebenar ditambah pula dengan kejadian malam hari itu… entah, yang pasti dia rasa tak selesa mahu bertemu lelaki itu lagi. “Mestilah datang. Yas tu kan kawan baik abang sepupu awak.” “Ala…” keluh Isma. Ni yang buat dia rasa menyesal datang tolong Abang Luth dan Kak Mia pindah rumah baharu. “Kenapa? Isma tak suka Yas?” soal Mia dengan riak serius. “Bukan tak suka…” Belum habis Isma menyusun ayat Mia sudah mencelah. “Jadi, Isma setujulah kitaorang nak…” Mia tak sambung ayat sebaliknya buat isyarat pakai jari. Jari telunjuk kanan dan kiri Mia satukan rapat-rapat. Siap tayang muka teruja bercampur suka. Isma dah jegilkan matanya. Faham dengan apa yang Mia maksudkan itu. Cepat-cep

#9: i plus i

Image
Isma rasa nak ketuk kepalanya dengan raket di tangan. Wajah yang panas membahang itu langsung tak dapat disembunyikan. Sampai Suri pun sedar dan menegurnya. “Kau ni dah kenapa Isma? Merah padam muka. Berlatih nak masuk Piala Thomas ke apa?” Isma diam tak beri sebarang reaksi. Terus menghala ke bilik. Pintu dikuak dan ditutup rapat. Dia tepuk pipi berkali-kali. Semuanya sebab Kak Mia. Tadi di dalam kereta sewaktu Abang Luth  hantarkan dia pulang, Kak Mia ada cakapkan pada dia tentang sesuatu yang buat dia rasa tak tahu nak letak muka dia kat mana lagi. “Sebenarnya Yas tahu yang kitaorang nak kenenkan Isma dengan dia.”  Selamba Kak Mia beritahunya. Dan dia pula rasa macam rahangnya dah jatuh ternganga sampai tak boleh nak tutup. Ya Allah. Malunya. Patutlah dia perasan yang Abang Luth dan Kak Mia asyik main lawan mata dengan Ilyasa. Sungguh dia tak tahu nak cakap apa lagi. Patutlah dia nampak Ilyasa macam nampak canggung saja apabila berhadapan dengannya pada mula-mul