Posts

Showing posts from December, 2013

KHABAR GEMBIRA!

Image
Assalamualaikum... Pertama kali, syukur ke hadrat Ilahi. Kerana dengan izinnya, tulisan saya berjaya menyusup masuk sekali lagi ke dalam naskah cetak. Kali ini bersama dengan JS Adiwarna. Dimuatkan di dalam antologi cerpen Kerana, Dia Ratu Sehari. Kata Kak Su (puan penyelenggara), ini himpunan cerita-cerita manis. Yang mungkin saja nukilan rasa sebenar daripada penulis-penulisnya. Mungkin juga :P Kali ini, saya hidangkan cerpen bertajuk Relung Masa . Cerpen ini pernah dimuatnaik  sebagai menyahut cabaran di Geng Urban pada bulan Jun tahun ini. Sekali lagi rasa syukur tak terkata. Ada hikmahnya ya kisah itu ditulis *senyum* Maka, di bawah ini adalah sarung untuk antologi cerpen keluaran JS Adiwarna. Ada juga senarai tajuk cerita-cerita yang dimuatkan di dalamnya. Semuanya manis belaka. :D Bakal menemui pembaca pada 10 Disember ini. Insya-Allah. Moga tiada aral yang melintang. Amin. P/s: Mohon dapatkan suapaya tak ada rasa terkilan nanti :P  

Prolog : Jaja

Image
Prolog No regrets. No looking back. Just hold onto life and move forward. We have no way of knowing what lies ahead and that is what makes the journey even more exciting.- Susan Gale.