Posts

Showing posts from September, 2012

[iii] Cerita kita; Merah Kuning Hijau

iii – Sesuatu yang ternoktah? Dia memerhati dari seberang jalan. Matanya tak lepas dari memandang wajah gadis yang berkemeja putih dan berseluar hitam di sana. Dengan cekak besar berwarna putih yang tersemat di kepala membuatkan gadis itu tampak manis. Dia senyum sendiri. Pesona gadis itu berjaya memukau dia. Dengan rambut separas bahu yang dilepaskan, dia akui telah jatuh hati saat pertama kali memandang wajah manis itu. Mata dia masih terpaku pada gadis manis di seberang sana. Memerhati si gadis genit itu yang tersepit di celahan orang ramai. Angin bertiup lembut. Mengalunkan rambut hitam pekat si gadis manis itu. Dan dia semakin terpukau.   Mengingatkan kembali detik-detik pertemuan dia dan si gadis bercekak rambut putih itu, semuanya berlaku sejak keretanya dihantar ke workshop seminggu yang lalu. Maka dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.  Dan pada suatu petang, ketika dia pulang dari kerja dengan rasa penat

[ii] Cerita kita; Merah Kuning Hijau

Image
ii – Sesuatu yang terlewat. Masuk hari ini sudah 29 hari dia mengekori lelaki itu. Lelaki berkot serba hitam yang   berada tidak jauh darinya. Dia yang berada di dalam perut Waja berwarna Silver, diam tak berkutik. Dengan gaya seperti watak Dylan Sanders di dalam filem Charlie’s Angles matanya tajam memerhati di balik Rayban hitam itu. Sejak menerima beberapa sms dari nombor yang dia sendiri tidak kenali, dia nekad mengambil tindakan seperti ini. Seperti yang dia lakukan sekarang. Mengekori dalam diam. Tindakan ini mungkin boleh dikategorikan sebagai jenayah. Tetapi bagi dia ini bukan jenayah. Lagipun lelaki yang sedang dia ekori ketika ini bukannya orang lain, suaminya sendiri. Sejak menerima sms dari seorang wanita yang mengaku mempunyai hubungan intim dengan suaminya, dia bagaikan tebuan yang dijolok sarang. Cuma yang membezakan dia dan serangga penyengat itu adalah tindakan yang dilakukan. Dia masih mengambil langkah untuk memerhati si suami tanpa menyerang. Berbanding teb

[i] Cerita Kita ; Merah Kuning Hijau

Image
i – Sesuatu yang tertunda. Yohana mengambil tempat duduk yang berada di tengah-tengah ruang bas itu. Seat yang bersebelahan dengan tingkap memang tempat kegemarannya. Dia suka pada kedudukan itu. Kedudukan yang memudahkan dia melihat ke luar sana. Tingkap Rapid KL itu bagaikan layar tv yang mempertontonkan segala cerita. Dia memandang titisan hujan yang melekap di tingkap jernih itu. Pandangan yang sedingin cuaca ketika itu, seolah menembusi kaca. Dan dia semakin ralit dengan dunia yang dicipta. Dengan Walkman Sony berwarna biru-hitam di genggaman tangan kanannya, dia hanyut sendirian. Di atas pehanya, terdapat sebuah Coach berbelang hitam-oren. Menutupi hampir separuh duduknya. Di atas Coach itu kelihatan sebuah buku. Buku yang tertera tajuk Urusan Cinta Belum Selesai itu, ditindih kuat dengan tangan kirinya. Dan dia semakin tenggelam. Hujan gerimis masih setia membasahi jalan tar tanpa menunjukkan tanda-tanda ia akan reda. Dan Yohana semakin dibuai rintis-rintis h

[6] Cerpen : Sumpahan Rindu, Mahsuri.

Image
Ambil feel kat sini : Kredit : You Tube.             Tangannya menepuk lembut tubuh kecil yang berada di sisi. Memandang wajah polos Hakim yang bakal menyambut ulangtahun   kelahiran yang ke-7 tidak lama lagi, mengudang rasa sayu di hati.             “Babah!” Suara serak si anak membuatkan dia berpaling. Memandang wajah Hakim.             “Iya.” Senyuman diukir buat anaknya itu.             “Tadi cikgu cakap, lepas habis peperiksaan, cikgu akan buat lawatan ke Langkawi.”             Dia merenung mata Hakim.             “Jadi, Hakim nak ikut sama ke sana?” Soalan dia tidak dijawab oleh si anak. Sebaliknya Hakim merenung mata dia. Sayu.             “Babah, Mahsuri tu siapa?” Pertanyaan Hakim itu disambut dengan bunyi guruh yang kuat berdentum.             “Cikgu cakap, Langkawi tu terkenal dengan lagenda Mahsuri.” Dia tergamam.             “Cikgu tak cerita dekat kelas ke?” Dia bertanya kembali.             “Tak.” Hanya itu bicara Hakim.