Posts

Showing posts from July, 2012

[4] Cerpen : Pabila Jaja Berpuasa

Image
            Aku mencapai Nokia C7-00 berwarna putih yang berada di atas meja studi. Lantas jemariku menekan papan kekuncinya. Empat angka digit terpapar di skrin telefon  menandakan tepat pukul tiga empat puluh lima. Kedua mataku ditenyeh beberapa kali. Sudah pagi. Patutlah terasa begitu mengantuk sekali. Tanpa sedar hari sudah berganti baharu.                 Aku masih lagi setia di meja studi. Buku-buku nota yang berselerak di atas meja kupandang sepi. Masuk hari ini sudah tiga hari aku berjuang menghadapi peperiksaan. Kini masih berbaki  lagi empat hari untuk menamatkan semua penyiksaan ini.             Sepanjang minggu peperiksaan ini aku berpuasa daripada tidur di waktu pagi buta. Tepat pukul satu pagi pasti  mataku luas terbuka. Buku-buku teks bagaikan menggamit aku untuk membaca mereka. Pernah sekali aku nekad untuk tidur sehingga ke esok pagi namun gagal. Buku-buku teks itu berjaya menerobos masuk ke dalam mimpiku. Memaksaku untuk bangun dan membelek mereka. Ngeri ras

Novel Contengan Jalanan - Hlovate

Image
Sinopsis cerita: Dua contengan dalam satu coretan ~ Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan I – Fend Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

Ucapan anak perantau :)

Image
Assalammualaikum. Ramadhan yang dulunya pergi dengan membawa 1000 kisah kini datang menjengah semula. Harapan ku moga Ramadhan kali ini membawa 1,000,000 makna buat diri ku dan kau orang semua. Semoga ibadah kita diterima Ilahi.  Semoga iman kita sentiasa bertambah-tambah.  Semoga kita menjadi insan bertakwa. Semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya. Amin...amin...amin *raup muka* :)

Penamat yang sedih & effect 2nd hero kepada kita.

Image
Tak semua orang punya happy ending dalam kisah hidup mereka. Kalau dulu kita tonton drama atau baca novel, selalu kita berjumpa dengan penamat 'they live with happy ever after.' (sorry kalau ada typo) TAPI sejak kebelakangan ni banyak drama yang ku tengok punyai kesudahan yang menyayat hati. Antaranya The King 2 Heart. Ada yang pernah tengok? Mulanya kita dibuai dengan kisah2 yang sweet belaka. Oh, sweetnya. Kemudiannya, konflik bermula. Okey fine. Memang setiap cerita perlukan konflik. Kalau tak cerita tu jadi tak best. Tapi... tapi... Mengapa ini yang terjadiiii? Perhatikan lelaki yang di pangkuan Lee Seung Gi. Yang ada darah pada bibirnya. Perlukah dia sebagai hero kedua MATIIII? Tahukah betapa cutenya Eun Shi Kyung untuk dimatikan! Cute kan? Tahukah anda jika hero se cute ini dimatikan ia akan mengundang rembesan air mata tanpa hentiii!!! Tahukah anda ia akan mengundang bad mood s