Posts

Showing posts from May, 2012

[2] Cerpen : Tapi bagaimana

Image
            Waktu di jam tangan tepat menunjukkan pukul 7 petang. Suri Yuhanis berjalan dengan pantas menuju ke parkir kereta. Keadaan sunyi di kawasan parkir kereta itu, jika pada hari kebiasaan mampu mengundang rasa gerun pada setiap kakitangan Bangunan Putra Bina. Ini kerana parkir kereta bertingkat itu kerap berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.             Namun pada Suri Yuhanis, hari ini dia memang tidak berasa apa-apa. Yang ada cuma rasa geram. Mulutnya terkumat-kamit bagaikan sedang menjampi serapah. Tiba di kereta, dia cepat-cepat memboloskan diri. Pintu kereta di tutup dengan kuat. Tiba-tiba bunyi hon yang nyaring dan panjang kedengaran. Rupa-rupanya itu angkara dia. Mujur kawasan parkir itu hanya mempunyai beberapa buah kereta sahaja. Jika tidak mahu ada yang lemah jantung.             Di dalam kereta.             “Benci!! Benci!! Benci!!” Suri Yuhanis menghentakkan tangannya di stereng kereta.             Dia kemudiaanya berhenti daripada terus menghentak