Posts

Showing posts from October, 2013

Bab 10 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit

Bab 10     “Farhaaaa!” Beg kertas yang mahu diletakkan di atas meja nyaris terlepas jatuh. Terkejut dia bila disergah begitu.              “Ya Allah, Bib. Terkejut saya tau.” Matanya dibeliakkan kepada Bib, rakan setugasnya.              Bib tersengih. Menutup rasa bersalah kerana menyebabkan rakan sekerjanya itu terkejut.             Dia tarik nafas dalam-dalam. Rasa terkejut masih bersisa. Jantung berdegup laju.               “Lamanya Cik Farha kita ni cuti.” Bib bercakap dalam slanga utara. Pelik benar bunyinya. Bib atau nama penuhnya Sharifah Habibah. Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini sudah hampir beberapa tahun bermastautin di sini.            “Lama apanya. Bukannya bercuti sebulan. Seminggu pun tak sampai.”           “Aku rindulah. Kau tak de sunyi gila farmasi ni.” Bib buat suara lunak manja. Dia ketawa melihat aksi Bib itu.           “Dah-dahlah Bib, tak payah nak buat drama sinetron pagi-pagi ni.” Tumpuannya beralih dari wajah Bib ke arah   po

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

Bab 9               Bunyi pinggan berlaga kedengaran agak kuat. Ji’a jadi gugup dengan tiba-tiba. Perbualan rancak mak dan Kak Long membuatkan tumpuannya terhadap kerja terganggu. Dia yang ketika itu begitu asyik menyusun pinggan di rak tersentak apabila nama kaum kerabat jirannya itu disebut oleh mak dan Kak Long.             “Mak Cik Imah tu dah lama berjiran dengan kita. Tapi dia balik sana lepas arwah ayah dia meninggal. Balik jaga mak dia. Tapi lepas setahun depa berpindah, mak dia pun meninggal dunia.” Beritahu mak kepada kak long.            “Kenapa tak ajak arwah tu pindah ke sini?”             “Arwah mak Mak Cik Imah kamu tu dulu tak berapa nak sihat sangat. Lagipun arwah tak nak  tinggalkan rumah pusaka suami dia tu. Jadinya depalah yang pindah ke sana. Lagipun Pak Cik Pian tu memang niat nak buka kedai makan kat sana.”               “Mak kata tadi anak dia saja yang balik sebab dapat kerja kat sini?”               “Iya. Si Farhan tu.”               “ Ohhhhh

Bab 8 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit

Bab 8 Tahun 2011, Julai - Ahmad Farhan.               Wira Sedan hitam itu   berhenti di hadapan sebuah rumah. Ahmad Farhan menebar pandangannya ke arah rumah tersebut. Kedua tangannya kejap memegang stereng. Peristiwa yang berlaku petang tadi singgah di benaknya. Terasa begitu sebal hatinya.               Terkejut. Itu yang dia alami. Tidak disangka sama sekali. Pertama kali menjejakkan kaki    semula ke kampung dia sudah dipertemukan dengan Ji’a. Sudah beberapa tahun wajah itu hilang daripada pandangannya. Namun itu bukanlah penghalang untuk dia mengecam wanita tersebut. Ingatan terhadap Ji’a masih tersimpan kemas di sudut ingatannya.              Tadi d ia begitu ralit memerhatikan Ji’a yang sedang membelek tayar basikal yang pancit itu. Hatinya terasa ingin menghampiri wanita itu. Namun ketika itu mereka dipisahkan dengan sebatang tali air. Jadi dia hanya mampu memandang sahaja.               Sepasang matanya itu terarah kepada seorang kanak-kanak lelaki. Pada firasa

Bab 7 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit

Dia pernah di tanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang di langit? Dan hatinya berkata, kerana bintang itu hanya mampu untuk dihitung namun amat mustahil untuk digapai. ~ Nur Farha. Bab 7 Tahun 2011, Julai. - Nur Farha             Petang itu cuaca agak redup. Awan putih berselerak di dada langit yang membiru. Sekali-sekala langit itu dihiasi imej yang berwarna-warni. Kawasan lapang yang berdekatan sawah padi itu dipenuhi ramai orang. Rata-ratanya dari kalangan budak-budak remaja. Angin yang bertiup juga agak kuat. Kesempatan itu digunakan oleh mereka untuk bermain layang-layang.          Dia tersenyum sendiri. Seronoknya jadi macam budak-budak ni. Hatinya berdetik saat memandang mereka.          Dia yang ketika itu duduk di pelantar belakang basikal begitu leka melihat aksi kejar-mengejar di padang. Tiba-tiba kedua lututnya disentuh oleh seorang kanak-kanak lelaki. Dia memandang ke wajah itu. Lalu senyuman dihulurkan.          “Iya sayang. Dah penat main?”