Posts

Showing posts from February, 2015

1,2,3... motip?

Image
“Ji’a masak apa malam ni?” “Tadi Along beri ketam dan kerang. Mertuanya kirim. Jadi, Ji’a ingat ketam tu nak buat masak lemak. Kerang tu rebus buat cicah dengan air asam.” Ahmad Farhan yang baru menuang air kosong ke dalam gelas, tidak jadi untuk minum. Badan dibawa pusing memandang Ji’a yang sedang membasuh beras di sinki. Bagai tahu dirinya diperhatikan, Ji’a turut menoleh. Kelat wajah si suami membuatkan bibir Ji’a tersenyum nipis. “Takkan nak tolak, Along dah beri.” Ji’a kemam bibir sedaya upaya tahan gelak. Tahu yang Ahmad Farhan itu alergik makanan laut, sengaja ‘dibakar’ hati Laksamananya itu. “Habis abang nak makan apa malam ni?” Ahmad Farhan bernada pasrah. Ketawa yang ditahan akhirnya dilepaskan juga. Ji’a berjalan mendekati Ahmad Farhan.  Tangan yang basah dihalakan ke wajah si suami. Dipercikkan sisa air di tangannya, membuatkan Ahmad Farhan pejamkan mata. “Ji’a dah masakkan sup ayam untuk abang dan Datul. Plus sambal tongyu menu wajib abang tu.” Kata Ji’a sambil hidupkan periuk …