Posts

Showing posts from May, 2013

[5] Siemanis Lolipop.

Firdaus bungkam di meja yang dipenuh dengan fail-fail daripada bermacam-macam warna itu. Hari ni dia rasa macam lepas telan sarang tebuan. Habis semua nak ‘disengatnya’. Padahal pagi tadi, elok saja  dia bersarapan nasi lemak, siap tambah sambal goreng lagi sebagai lauk. Sambal goreng Kak Jah tu memang daebak lah (ikut ayat Yuyun, anak kepada Kak Faz). Entah apa lah maksudnya, dia pun kurang pasti. Yuyun tu terpengaruh dengan fenomena K-pop, kata Kak Faz.   Haish. Harapnya, Yuyun tu ambil pengaruh yang positif saja. Janganlah yang negative pun dia ikut. Risau. Budak remaja sekarang lain macam sikit. Yuyun itu anak saudaranya yang sulung. Dia pernah bawa Yuyun makan di Warung Kak Jah, masa anak saudaranya tu datang menjenguknya. Tapi lepas saja dia masuk ke pejabat (belum sempat dia nak duduk) dia dah dipanggil menghadap Haji Jamian. Semuanya pasal isu pemindahan inventori pejabat yang masih belum tiba di pejabat baru mereka. Ada beberapa inventori yang dilaporkan ‘lesap’.  Dan be

[4] Siemanis Lolipop.

Gila! Salam pun belum habis diucap (sebab dia baru bunyi huruf ‘a’), dia dah kena sembur. Tak agak-agak langsung si pemanggil ni. Kot ya pun marah sangat, berilah dia peluang untuk ucapkan salam. Ni orang Islam ke apa ni? Dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah berkumpul. Geramnya. “Encik Firdaus!” Suaranya keras dan dalam. Geram Nur Laila sudah cecah tahap maksimum. Ah. Kesabarannya pun ada hadnya. Ini dah tahap melampau kot. Si pemanggil di sana sudah terdiam. Nur Laila cepat-cepat menyampuk sebelum lelaki itu berpeluang ‘menyemburnya’ semula. Agaknya, kalau mereka berjumpa berdepan, pasti sudah bersilat kot. “Macam ni lah Encik Firdaus. Saya dah beritahu  Encik Safwan mengenai tuntutan pihak encik tu. Dan kami akui kesilapan tu memang berpunca dari pihak syarikat. Jadi, saya harap Encik Firdaus bersabar. Bos saya sendiri akan datang berjumpa dengan pihak encik, bagi menyelesaikan isu tu. Petang ni juga.” Nur Laila ketap bibir. Dalam geram-geram, dia masih mahu berdiplo

[14] Cerpen : Dari Kluang ke Alor Setar.

Image
Hari itu hari Isnin. Stesen Keretapi Kluang agak lengang. Tidak seperti hari-hari cuti, penuh sesak. Meskipun keadaan lengang, kelibat manusia tetap memenuhi rata-rata tempat duduk di situ.             Di satu deretan kerusi, kelihatan seorang pemuda memakai pakaian serba hitam. Dari atas hingga ke hujung kaki. Hanya topi besbolnya sahaja berwarna putih. Beg galas yang diletakkan di kerusi bersebelahan duduknya juga berwarna hitam.             Di tangannya terdapat sebuah majalah. Terpamer wajah Lionel Messi berjersi Kelab Barcellona di muka hadapan.  Earphone jelas kelihatan di telinganya. Kepala yang terangguk-angguk perlahan itu menyatakan yang si pemakai mp3 itu sedang menghayati lagu yang berkumandang.             Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat. Pantas dia mengangkat wajah dari majalah yang ditatapnya.             “Keretapi dah nak jalan tu!” Tegas suara lelaki yang beruniform warna biru kelasi itu menegur. Dia terkesima. Mata terus memandang ke arah gerabak keretapi

[3] Siemanis Lolipop.

Kawasan rehat dan rawat Tapah itu dipenuhi dengan lautan manusia. Ramai sungguh rakyat Malaysia yang keluar berjalan di waktu-waktu cuti sekolah begini. Tadi, sewaktu hendak memarkir Toyota Avanza, jenuh juga mereka membuat pusingan. Tiga kali pusing, barulah berjumpa tempat kosong. Itupun agak jauh dari kawasan rehat. Dekat-dekat stesen minyak jugalah. Sudahnya mereka kena menapak untuk ke sana. Mujur juga kedua anak Amani tidak buat hal. Baik pula kedua adik-beradik ini. Mungkin sudah puas tidur sepanjang perjalanan dari tempat kenduri Ahmad Farhan sampailah Sungai Perak, barulah mereka terjaga. Tiba di perkarangan surau, Azra Amani meminta mereka bertiga menunaikan solat terlebih dahulu. Usai solat, mereka akan menjaga pula pasangan adik beradik itu. Amani. Amani. Perangai mengarah dia itu masih lagi ada. Dari zaman belajar sampailah sudah begelar isteri dan ibu. Firdaus senyum mengenangkan zaman belajar mereka dulu. Bagaimana mereka berempat boleh menjadi sahabat baik. Dia,

[2] Siemanis Lolipop.

“Kau, bila lagi nak jamu kitaorang makan nasi kenduri, Us? Pertanyaan rakannya itu dibalas dengan senyuman. Senyum manis bukan sinis. “Ek’eleh. Tanya aku macam dia tu dah buat kenduri. Kau pun sama, Ajak. Bujang terlajak macam aku juga.” Bila dia jawab macam tu, semua yang ada di meja makan, ketawa mengekek. Perkataan ‘bujang terlajak’ tu macam tak sesuai. Umur masing-masing baru cecah 30 tahun, rasanya belum terlajak lagi kot. “Kurang-kurang aku dah ada gewe , Us. Kau?” Giliran Ajak pula ketawakan Firdaus. “Kau carikanlah satu gewe untuk dia.” Balas satu suara garau. Firdaus pantas menoleh. Ahmad Farhan, si pengantin baru yang segak berbaju Melayu lagak seperti Pendekar itu sedang tersengih memandangnya. “Ini lagi sorang. Bau tangan tok kadi pun tak hilang lagi, dah pandai nak sekolahkan aku.” Sindir  Firdaus. Tapi sindiran dia itu bukanlah sindiran tajam. Sindir manja-manja saja. “Us ni pemalu tahap gaban. Dia dengan perempuan macam ni hah,” Ajak buat gaya tangan lurus.