Posts

Showing posts from September, 2014

LUKA DI TANGAN TAMPAK BERDARAH, luka di hati...

Image
Assalamualaikum. Selamat hari Malaysia semua. Ada khabar duka. Mulai hari ni #iplusi berhenti bersiaran untuk seketika. InsyaAllah akan bersambung semula cuma tak pasti bila. Mungkin dalam masa terdekat atau lama lagi *senyum* Terima kasih atas sokongan. Jumpa lagi :)

#12: i plus i

Image
Kredit untuk si pelukisnya. Syomel sangat. Aci ya kita gunapakai letak di sini? ;)  Isma pandang sekilas pada Suri yang sedang fokus memandu itu. Suri memang begitu, jika memandu akan kurang bercakap jadinya. Isma membuang pandangan ke luar tingkap. Langit mendung. Mungkin petang ini akan hujan, mungkinlah. Dia sekadar mengagak. Suasana sepi di dalam kereta buat dia hanyut terkenang perisitwa tengahari tadi. Pertemuan dia dengan Ilyasa rakan baik abang sepupunya itu selepas solat Jumaat. Tak menyangka bahawa lelaki itu akan menegurnya.  “Isma.” Mata Isma luas terbuka. Terkejut sebenarnya apabila namanya disapa Ilyasa. Suri pun sama. Yalah, tadi kan mereka tengah bersembang tentang orang yang di hadapan mereka sekarang ini. “Buat apa di sini?” Sejurus bertanya soalan itu, Ilyasa tepuk dahi sendiri. Isma pula pandang saja gelagat Ilyasa tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu berkemeja kemas berwarna kelabu dipadankan dengan seluar khakis berwarna hitam. Seterusnya mata Isma

i plus i 11 (versi asal)

Image
Isma berhenti berjalan. Sedang Suri sudah jauh menapak di hadapan. Keadaan dia jadi begitu dek kerana terlihat kelibat seseorang yang dia kenal (kenallah walaupun itu bukan kawannya tetapi kawan kepada Abang Luth). Isma perhatikan betul-betul kelibat lelaki yang baru saja melintasi kedai buku Popular sebentar tadi. Ternyata orang yang dia nampak itu adalah Ilyasa. Jalan beriringan dengan seorang perempuan. Rapat. Automatik sebelah keningnya ternaik. Menarik! Ada bahan yang dia boleh gunakan untuk berdebat dengan Kak Mia kalau isteri abang sepupunya itu masih mahu meneruskan projek tak semenggah (itu yang kerap dia katakan) menjodohkan dia dan Ilyasa. Pandai-pandai saja cakap yang orang tu solo lagi! “Oit!” bahu Isma ditampar kuat. Isma toleh. Suri buat muka tak puas hati plus muka geram. “Aku ni dah macam orang sewel bercakap sorang-sorang!” marah Suri. Isma naikkan jari telunjuk sendiri ke bibirnya. Meminta Suri supaya senyap. “Perlahanlah sikit suara kau tu Suri.” Is