Posts

Showing posts from February, 2021

Lebih Kurang Empat (Prolog)

  TIBA_TIBA, dia teringat kembali pertanyaan seorang senior pada dia dan rakan-rakan sewaktu orientasi di Universiti dulu – kau orang perempuan ni pilihlah, nak ada driver ke kereta sendiri? Bahasa mudahnya, kalau memilih tak nak berkahwin (konon; suami itu sebagai pemandu tak bergaji), mereka perlu ada kereta sendiri. Tanpa disedari dia sebenarnya telah pun membuat pilihan. Bibir tersenyum lebar, mata tak lepas memandang Inche’ Wan di depan mata. Masih kacak. Sama seperti 7-8 tahun lepas ketika dia memilih Inche’ Wan ini. Sudahlah putih melepak, sedap mata memandang. Paling dia suka sepasang mata Inche’ Wan itu, sepet dan menawan. Dia menghampiri Inche’ Wan dengan bagasi di tangan. Tiba-tiba, langkahnya dimatikan oleh suara jiran sebelah. “Mira balik kampung hari ni ye? Acik ingatkan minggu depan.” “Haah, Acik Siah. Kenduri adik memang minggu depan. Saja Mira balik awal. Tolong apa yang patut.” Lagipun, ini kenduri kahwin pertama dalam keluarga mereka. “Yeke? Hati-