Posts

Showing posts from January, 2022

TRIP: KUL-LGK-KUL (Bab 2)

Image
  Lapangan Terbang Langkawi.   Telefon ditangan dibelek sebaik terdengar bunyi, isyarat bahawa ada mesej yang masuk.   +Salam Kak Eja. +Saya tunggu kat luar. +Betul-betul depan pintu masuk. +Tang tempat ambil-hantar penumpang.   Dia baca satu persatu mesej yang dia terima daripada adik sepupu Bid melalui aplikasi WhatsApp. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berjalan menuju ke arah pintu utama lapangan terbang. Mujur sangat balai ketibaan dengan pintu utama di sini tak jauh macam kat KLIA 2. Kalau tak menangis lagilah dirinya.   Imbas semula…   15 minit lagi penerbangan bakal berlepas, dirinya masih tersangkut menunggu giliran pemeriksaan di pintu Jabatan Kastam. Tuhan saja yang tahu betapa debak-debuk hatinya ketika itu. Rasa bimbang kalau-kalau dia tak sempat tiba di pintu untuk menaiki kapal terbang. Tak pernah dia jadi kelam kelibut seperti hari ini. Dia jenis yang bersedia awal. Tidak kiralah sama ada menaiki kapal terbang, keretapi, mahupun bas.

TRIP: KUL-LGK-KUL (Bab 1)

Image
September 2015, Lapangan Terbang KLIA 2.     “Betul, kau nak pergi juga?” Soalan Kidd, sahabat merangkap rakan kongsi itu ternyata mengundang sengihnya. “Kidd! Aku dah sampai airport ni baru kau nak tanya?” Dia menyoal dengan disusuli ketawa. Petang hari Ahad begini sepatutnya dia berada di rumah. Kalau rajinnya datang dia akan duduk bertapa di ofis Cetak Huruf buat kerja apa yang patut. Paling tidak pun dia akan keluar melepak bersama-sama Kidd. Tapi, hari ini dia memilih untuk berada di sini. Seperti yang telah pun dirancang berbulan-bulan sebelum hari ini, dia akan terbang ke Pulau Langkawi, trip berbulan madu. “Tak adalah. Aku cuma nak…” Suara Kidd di hujung talian sana kedengaran berbunyi resah. Dan, dia tahu apa punca keresahan sahabat baiknya itu. “Tak ada bendalah Kidd. Anggap saja aku pergi berkerja. Survey tempat, untuk team building kita tahun depan.” Keresahan Kidd itu disiramnya dengan kata-kata pujukan. “Bro! Cancel sajalah. Tiket murah je tu.” Kidd masi

TRIP: KUL-LGK-KUL (Prolog)

Image
   Harapan itu seperti matahari. Selagi bernafas harapan takkan mati. Matahari yang hari ini pergi InsyaAllah, esok akan kembali. Travelog Perempuan Solo, Shareza Elias.