Sinopsis cerita: Dua contengan dalam satu coretan ~ Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan I – Fend Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’. ...
Tak semua orang punya happy ending dalam kisah hidup mereka. Kalau dulu kita tonton drama atau baca novel, selalu kita berjumpa dengan penamat 'they live with happy ever after.' (sorry kalau ada typo) TAPI sejak kebelakangan ni banyak drama yang ku tengok punyai kesudahan yang menyayat hati. Antaranya The King 2 Heart. Ada yang pernah tengok? Mulanya kita dibuai dengan kisah2 yang sweet belaka. Oh, sweetnya. Kemudiannya, konflik bermula. Okey fine. Memang setiap cerita perlukan konflik. Kalau tak cerita tu jadi tak best. Tapi... tapi... Mengapa ini yang terjadiiii? Perhatikan lelaki yang di pangkuan Lee Seung Gi. Yang ada darah pada bibirnya. Perlukah dia sebagai hero kedua MATIIII? Tahukah betapa cutenya Eun Shi Kyung untuk dimatikan! Cute kan? Tahukah anda jika hero se cute ini dimatikan ia akan mengundang rembesan air mata tanpa hentiii!!! Tahukah anda ia akan mengundang bad mood s...
Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz Menjelang waktu tengah hari Jalan Putra merupakan jalan yang paling sibuk dengan orang ramai. Ini kerana di Jalan Putra itu terdapat banyak lokasi kedai-kedai makan. Disebabkan lokasinya yang agak berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan, kedai-kedai di situ sentiasa didatangi ramai orang terutama pada waktu makan tengah hari. Kewujudan banyak kedai di situ membolehkan penggunanya membuat pilihan. Di samping menjana pendapatan, pemilik-pemilik kedai juga dapat bersaing secara sihat. Ini dapat dilihat pada usaha yang mereka lakukan dalam memenuhi selera para pelanggan. Antara kedai makan yang paling terkenal di situ ialah Kedai Papa Jon dan Papa Rizz. Kedua-dua kedai itu sentiasa bersaing untuk menarik perh...