#8: i plus i



“Kak Mia.”
“Ya?” Mia toleh pandang wajah Isma yang tengah ralit membuang pandang ke tengah gelanggang badminton.
“Yang pakai t-shirt Adidas Putih tu nampak familiar la muka dia.” Mata Isma masih melekat pada beregu badminton yang tengah ligat beraksi.
“Us? Tu kan tukang ambil gambar masa wedding kitaorang hari tu.” Mia mengingatkan Isma. Lantas mulut Isma automatic membentuk huruf o, panjang nahunya.
Patut macam pernah nampak. Desis hatinya.
“Yang pakai serba hitam macam ninja tu Ilyasa.” Mia senyum kemudian kenyit mata. Penuh maksud.
Isma kembung pipi tahan senyum daripada terbit. Wajahnya dikawal daripada menunjukkan sebarang riak.
Sekilas pandang pun dia dah tahu itu pengapit Abang Luth. Ni semua gara-gara aktiviti ber-whatApps bersama Kak Mia sebelum ni. Disebabkan dia dok membelek wajah Ilyasa, lelaki itu sampai berjaya tembus ke dalam mimpinya.
Mimpi apa jangan ditanyalah. Dia kategorikan sebagai mimpi bisu. Yang dia tahu, dia nampak Ilyasa sedang menunggu sesuatu. Dia syak tempat yang di dalam mimpi itu perhentian bas.
Sebab apa?
Sebab dia nampak tempat duduk berbumbung ala-ala bus stop di hadapan pejabatnya. Dan waktu itu apa yang dia buat adalah memandang saja ke arah Ilyasa yang langsung tak pandang dirinya pun.
Lepas tu?
Lepas tu apa lagi, Abang Sami Yusuf dah berlagu merdu tepi telinganya. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan sudah jam 5.30 pagi. Terus dia selak selimut, bangun dari katil.
“Jom.” Suara Kak Mia buat dia tersedar daripada ‘mimpi’. Mimpi yang baru nak terbang ke langit.
“Nak pergi mana?” soalnya terpinga-pinga.
“La. Awak datang sini pakai tracksuit lengkap takkan nak jadi tukang sorak saja. Jom lah main.”
Elok saja Mia berkata begitu, dia terus pandang ke gelanggang. Acara beregu sengit tadi sudahpun tamat. ‘Pemain-pemain’ sudah pun berada di tepi gelanggang.
Dia bangun malas bercampur malu.
Malas sebab dia dah lama sangat tak bersukan. Malu! Sebabnya ada Ilyasa kat situ. Dia pun tak tau sebab apa dia perlu malu. Tapi , sungguh dia malu nak berhadapan dengan lelaki itu. Sudahlah dulu dia pernah terkotorkan baju Ilyasa. Sangkanya dia takkan bertemu lagi dengan lelaki ini. Tetapi…
Di dalam malas-malas melangkah, dirinya sudahpun memasuki gelanggang yang lantainya berwarna hijau seperti rumput segar itu. Dan dia pun mula main pukul-pukul shuttle dengan Kak Mia.
Ni kalau Datuk Lee Chong Wei tengok boleh menangis. Gaya dia bermain bukan macam pemain badminton tetapi lebih kepada aksi gimrama. Bezanya dia pakai raket bukan ribbon.
“Alahai Isma! Kuatlah sikit pukulnya tu.” Bebel Kak Mia yang di sebelah sana.
Dia ketap bibir. Ish! Banyak songeh pula Kak Mia ni. Gumamnya sendiri.
Baru saja dia ‘hantar’ shuttle kepada Kak Mia, Abang Luth panggil isterinya pula.
“Mia! Telefon.”
Terus Kak Mia berlari tinggalkan gelanggang. Tergamam dia sekejap dengan aksi kalut Kak Mia itu. Sudahnya dia terkontang kanting seorang diri kat tengah gelanggang badminton.
Sedang dia berkira-kira samaada nak terus tercegat kat tengah ataupun keluar dari gelanggang, shuttle yang dia ‘hantar’ kepada Kak Mia tadi kembali semula kepadanya. Dia pandang ke tempat Kak Mia berdiri sebelum berlari keluar tadi.
Eh! Terkedu sekejap dia pandang wajah si pengganti Kak Mia itu. Si ninja berseragam hitam tengah pandang dia sambil tersenyum manis. Kemudian Isma nampak si ninja tengah pandang ke arah shuttle yang betul-betul bersebelahan kakinya. Isma faham dengan isyarat itu. Lalu dia ambil dan pukul shuttle tu kembali.
Untuk seketika dia dan si ninja itu saling berbalas pukulan. Dan entah kenapa saat itu Isma terasa ada mata yang sedang perhatikan aksi mereka berdua. Isma toleh. Terpandang Kak Mia yang tengah duduk berehat bersebelahan suami tercinta sambil senyum-senyum sumbing disertakan dengan sebelah kening yang terjungkit-jungkit.
Cis! Kak Mia ni memanglah.
Isma pandang semula ke hadapan, ke arah si ninja. Okey. Dah melekat nama ninja tu kat Ilyasa. Ni semua gara-gara Kak Mia.
Isma pukul kembali shuttle di tangan. Dan permainan mereka itu berlanjutan lagi untuk beberapa minit.

Di Restoran…
Kerusi ditarik. Ilyasa ambil tempat duduk bersebelahan Firdaus. Duduk di hadapan Firdaus ialah Luth. Sebelah Luth ialah isterinya. Dan di sebelah Mia ialah adik sepupu Luth. Yang Ilyasa baru saja boleh hafal namanya. Isma. Ilyasa senyum di dalam hati.
Macam manalah dia tak ingat, dekat beberapa minit sekali pasti isteri Luth menjerit-jerit panggil nama Isma. Isma itu, Isma ini. Sampai wajah Isma berubah riak. Merah padam wajah itu jadinya.
Entah kenapa Ilyasa rasa isteri Luth itu seperti sengaja menyebut nama Isma kuat-kuat. “Minum apa?” Fikiran Ilyasa yang sudah terbang jauh itu kembai semula lalu dia pandang wajah pelayan yang berpakaian seragam itu.
 “Milo ais tabur.” Jawabnya tanpa berfikir panjang. Lepas tu dia toleh ke sebelah kanan. Bertanya pada si gadis yang masih lagi sedang ralit membelek menu di papan yang ditampal tidak jauh dari kaunter.
“Isma nak minum apa?” tanya dia sekaligus membuatkan si gadis terkedu. Pertanyaan dia tadi dibalas dengan gelengan.
“Tak apa. Saya nak minum air kotak saja.” Jari telunjuk Isma itu buat dia turut melihat ke arah peti ais yang berdekatan dengan kaunter kedai. Ilyasa nampak deretan ar kotak di dalamnya.
“Teh bunga?”
Pertanyaanya kali ini dibalas dengan anggukan. Dan entah apa yang merasuknya waktu itu, spontan dia bangun dan terus mendapatkan peti ais. Pintu petia ais yang lutsinar itu dibuka. 2 kotak air Milo diambil. Lalu dia kembali ke meja. Dihulurkan kedua-dua kotak air teh bunga itu kepada Isma. Isma pula seperti teragak-agak untuk mengambil. Dan saat itu baru dia tersedar yang perbuatannya ketika itu sedang ditonton oleh 4 pasang mata.
Ilyasa pandang wajah Luth yang sedang tersengih. Kemudian pandang pula wajah Mia yang turut menyimpul senyum. Melihat gelagat suami isteri itu dia cuma mampu tersengih dan menggeleng kepala saja.
Tak lama selepas itu telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia keluarkan telefon dari poket beg PUMA nya.
Melihat nama si penghantar mesej itu, dia terus angkat kepala pandang wajah Luth yang ketika iu tengah pandang ke arah lain.
Heh! Nampak sangat Luth tengah berpura-pura. Ilyasa baca mesej yang baru diterimanya daripada Luth.
-Kira confirm la ni ya. Jadi biras aku ;)
Ilyasa tahan senyum lepas tu pandang Luth semula. Luth pula tarik sengih panjang amat. Siap jungkitkan kening. Akhrinya senyum yang di tahan terlepas jua. Sengih dia dah sama lebar dengan sengih Luth. Dan ketika dia dan Luth sedang berinteraksi melalui bahasa mata terdengar Firdaus di sebelahnya mengekek ketawa. Automatik dia terus toleh pandang Firdaus.
Ingatkan Us gelakkan gelagat dia dengan Luth rupa-rupanya lelaki itu sedang membelek telefon bimbit. Apabila dia jungkit kening bertanya kenapa, Us tak menjawab sebaliknya cuma hulurkan telefon bimbit kepadanya.
Dia pandang ke skrin telefon. Foto seorang lelaki sedang mendukung seorang bayi. Nampak macam baru lagi lahir.
“Paan.” Beritahu Us. “Korang ingat tak lagi kawan aku yang selalu ikut ambil gambar kahwin dulu-dulu?” Us mengingatkan.
Ilyasa angguk. Dia masih ingat. Kawan Us tu dulu kerja di Shah Alam.
“Dia dah pindah ke Kedah kan?” Giliran Luth pula bertanya.
Us angguk, senyum nipis.
“Isteri dia dah selamat bersalin.” Sebaik Us berkata begitu telefon bimbit bertukar ke tangan Luth.
“Comelnya.” Mia pula bersuara. “Lelaki ke perempuan ni?” Soal Mia teruja.
“Perempuan,” balas Us. Jelas kegembiraan di wajah Us. Menumpang kegembiraan barangkali.
Farhan. Dia kenal lelaki itu pun atas tiket kawan kepada kawan. Paan itu kawan satu Politeknik dengan Us. Us pula senior sekolah dia dan Luth sekaligus merangkap kawan di Teknik dulu. Begitulah hirerki persahabatan mereka.
Ilyasa lihat Us sibuk dengan telefon bimbitnya. Mungkin masih berbalas mesej dengan bapa ‘baru’. Luth dan Mia masih agi bersembang. Teruja tengok bayi masih belum hilang. Agaknya dah mula merancang berapa ahli keluarga yang perlu ditambah. Ilyasa jadi senyum dengan andaiannya sendiri. Kemudian dia toleh ke sisi kirinya. Isma yang sedang menyedut air teh daripada kotak dipandang lama.
“Tak biasa makan kat kedai mamak ke?” Saat soalan itu diajukan dia perasan wajah Isma berubah riak. jelas terkedu. Sesaat kemudian, gadis itu senyum nipis dan angguk perlahan. Kemudian Isma letakkan jari telunjuk ke bibir.
Ilyasa balas perbuatan Isma itu dengan senyuman dan disusuli dengan isyarat zip mulut. Melihat dia begitu Isma jadi tergelak. Suasana kekok baru saja nak hilang sudah terganggu dek bunyi batuk-batuk Mia. Pantas dia memandang Mia di hadapannya.
Senyuman nipis Mia itu turut mengundang senyumannya. Ilyasa geleng kepala. Tahu sangat batuk Mia itu batuk yang disengajakan. Dan dia kerling Isma yang sudah membuang pandang ke arah luar restoran.
Aiseh! Mia ni, kacau sungguh. Getus Ilyasa sendiri.


Comments

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya