#9: i plus i



Isma rasa nak ketuk kepalanya dengan raket di tangan. Wajah yang panas membahang itu langsung tak dapat disembunyikan. Sampai Suri pun sedar dan menegurnya.
“Kau ni dah kenapa Isma? Merah padam muka. Berlatih nak masuk Piala Thomas ke apa?”
Isma diam tak beri sebarang reaksi. Terus menghala ke bilik. Pintu dikuak dan ditutup rapat. Dia tepuk pipi berkali-kali. Semuanya sebab Kak Mia.
Tadi di dalam kereta sewaktu Abang Luth  hantarkan dia pulang, Kak Mia ada cakapkan pada dia tentang sesuatu yang buat dia rasa tak tahu nak letak muka dia kat mana lagi.
“Sebenarnya Yas tahu yang kitaorang nak kenenkan Isma dengan dia.” 
Selamba Kak Mia beritahunya. Dan dia pula rasa macam rahangnya dah jatuh ternganga sampai tak boleh nak tutup.
Ya Allah. Malunya. Patutlah dia perasan yang Abang Luth dan Kak Mia asyik main lawan mata dengan Ilyasa.
Sungguh dia tak tahu nak cakap apa lagi. Patutlah dia nampak Ilyasa macam nampak canggung saja apabila berhadapan dengannya pada mula-mula tadi. Sangka dia, Ilyasa masih teringat akan kejadian ayam masak merah di kenduri dahulu. Rupa-rupanya hal lain.
Pandai-pandai sungguh pasangan suami istseri itu. Perasaan malunya sudah bercampur geram.
Isma tampar pipinya perlahan namun berkali-kali. Kemudian dia pekup wajahnya kuat-kuat dengan kedua belah telapak tangannya. Lagi satu hal yang buat dia rasa malu ya amat adalah apabila dia perasan motorsikal yang Ilyasa naiki.
Isma rasa nak menangis saja waktu ini. Baru sangat kejadian yang berlaku di hadapan kafe Pak Ngah tempoh hari, semuanya masih jelas. Kejadian dia dan Suri di tempat parkir.
Ilyasa-Ninja Assassins! Mana dia nak letak muka selepas ini kalau-kalau dia bertemu Ilyasa lagi? Mesti Ilyasa ingat dia minah sengal sebab buat pedajal dekat motorsikal lelaki itu.
Sedang dia dilanda amukan perasaan, sayup-sayup terdengar bunyi telefon bimbitnya berbunyi. Zip beg dibuka pantas. Telefon bimbit dicari dengan menggunakan tangan bukannya mata. Sebaik saja telefon ditangan, Isma tepuk dahi sendiri. Kuat. Bibir diketap tanda bersalah.
45 panggilan tak dijawab. Panggilan daripada orang yang sama pula tu.
Isma sandar badan rapat ke pintu.
Habislah aku. Keluh Isma sendiri.

Ilyasa tiba di hadapan rumah. Sebelum pintu pagar dibuka dia cepat-cepat matikan enjin motorsikal. Sanggup ditolak Kawasaki Z750 masuk ke dalam rumah dengan susah-payah gara-gara takut penghuni di dalam rumah terjaga.
Baru saja dia menutup pintu pagar ada suara yang menegurnya dari arah laman rumah. Terkejut punya pasal tangan kanannya melekap kuat di dada.
“Angah! Terkejut aku.” Dia pandang kelibat Izham yang duduk di kerusi batu di tengah laman rumah.
“Dari mana abang?” Izham menegur.
Ilyasa tak menjawab sebaliknya tunjukkan beg raket Yonex kepada adiknya.               
“Kau? Dari tempat kerja ke rumah sewa? ” tanya Ilyasa kepada Izham. Adiknya yang ini bekerja di Sepang. Maka, Izham memilih untuk tidak tinggal bersama. Malas mahu berulang-alik katanya.
“Tempat kerja. Ni aku baru balik dari rumah opah.”
Ilyasa jungkit kening mendengar jawapan Izham.
“Tadi, elok sampai rumah opah minta hantar dia balik. Kata opah ada orang nak datang ke rumah.”
Ilyasa angguk. Mujur rumah opah dengan rumah mereka tidak mengambil masa yang lama. Satu jam perjalanan saja.
“Semua dah tidur ke?” Ilyasa pandang ke tingkat atas rumah, gelap.
“Agaknyalah. Aku belum masuk lagi. Baru sampai ni. Duduk sekejap,” Izham tunjukkan rokok yang tersepit dicelah jarinya.
Izham-rokok? Adalah benda yang buat Izham kusut tu. Fikir Ilyasa.
“Jomlah masuk.” Ajak Ilyasa. Izham mengekor dari belakang sebaik saja putung rokoknya dimatikan dan dicampak ke dalam longkang.
Baru saja pintu dibuka, Ilyasa dikejutkan buat kali kedua. Kali ini oleh Izyan yang sedang duduk di ruang tamu tanpa memasang lampu.
“Uda!” Ilyasa tekan suaranya dalam.
“Buat apa duduk bergelap ni?” soal Ilyasa dengan nada kurang senang.
Izyan bangun dari sofa lalu menekan suis lampu. Ruang tamu terus bertukar terang. Kemudian duduk semula di sofa.
“Eh, abang dan angah balik sekali ke? Bukan angah pergi hantar opah ke?”
Izham geleng. “Aku sampai dah lama. Duduk sekejap kat luar. Jumpa abang kat luar rumah tadi.”
“Abah dan mak tidur dah?” Ilyasa bertanya sambil sangkut kunci ke dalam kotak kunci yang berdekatan dengan pintu masuk. Betul-betul di atas kabinet kasut.
Izyan angguk.
“Kay E?”
“Kat bilik. Tak tahulah dah tidur ke belum lagi.”
“Tengok cerita apa ni?” Ilyasa ambil tempat duduk di sofa bersebelahan Izyan. Izham pula ke rak tv, dicapai alat kawalan jauh dan skrin tv mulai cerah.
“Running Man.”
Ilyasa geleng kepala.
“Episod berapa dah sekarang ni?” Izham menyampuk.
“120 plus plus.”
 “Abang rasa dari tahun lepas lagi uda dok tengok benda alah ni. Takkan tak habis-habis lagi.” Bebel Ilyasa.
Sedang dia dan Izyan berbual mereka dikejutkan bunyi telefon bimbit Izham. Masing-masing diam memberikan ruang untuk Izham menjawab panggilan. Alih-alih Izham biarkan saja telefon bimbitnya berdering dan kemudian terus dimatikan.
“Siapa?” Izyan menyibuk apabila melihat kelakuan Izham itu. Sempat Ilyasa tarik tocang kuda Izyan. Mata pula sengaja dibeliakkan.
Izham tak menjawab sebaliknya minta diri naik ke atas. Ke bilik.
“Gaduh dengan mak we la tu.” Sindir Izyan perlahan. Langsung tidak didengari Izham yang sudah pun menghilangkan diri ke atas.
“Sibuk saja awak ni.” Ilyasa cubit pipi Izyan kuat sampai adiknya itu menyeringai.
“Sakitlah abang.” Lengan Ilyasa ditampar kuat. Izyan balas semula sakit yang dia dapat.
Tidak mahu terus menganggu Izyan yang menonton menggunakan laptop itu, Ilyasa segera berlalu. Mahu ke bilik, segarkan badan. Dapat dirasakan badannya sudah berbau semacam saja. Namun, baru saja anak tangga pertama dijejaknya, Izyan panggil namanya. Ilyasa angkat kening isyarat bertanya kenapa.
“Tadi uda ada tengok gambar kahwin Abang Luth di Facebook…”
Ilyasa masih berdiri di tangga menanti apa yang Izyan mahu perkatakan.
“Siapa perempuan yang pakai baju sama tema dengan pengantin tu?”
Dahi Ilyasa berkerut.
“Yang mana satu?” Soal Ilyasa kembali. Setahunya yang memakai baju sama tema dengan pihak pengantin ramai. Sebabnya itu warna bagi pihak pengantin lelaki.
“Kejap!” Izyan angkat laptop dari meja kopi dan dibawa kepada Ilyasa yang masih berdiri berdekatan tangga.
“Yang ini.” Izyan tunjuk satu wajah dengan jari telunjuknya di skrin laptop.
“Oh, ini…” Ilyasa pandang wajah gadis yang sedang tersenyum manis sambil memegang bakul berisi pokok bunga telur. Gadis yang baru saja dia jumpa sebentar tadi. Yang menjadi pasangan beregunya sewaktu bermain badminton melawan pasangan Luth dan Mia. Dan dia ingat lagi nama gadis itu. Ismaliya. Spontan nama itu disebut di dalam hati. Serentak dengan itu dia senyum sendiri.
“Senyum pula.” Izyan menegur kelakuannya itu.
“Adik sepupu Luth.”Beritahu Ilyasa apabila perbuatannya itu ditangkap Izyan. “Kenapa?”
“Tak ada apa. Uda macam kenal.” Izyan garu pipi perlahan.
Ilyasa angkat kedua kening.
“Silap orang kut.” Terus Izyan kembali ke ruang tamu menyambung kembali aktiviti menonton yang terhenti sebentar tadi.
Melihat Izyan yang kembali menonton, Ilyasa tak tunggu lama terus daki anak tangga menuju ke biliknya.
Sebelum masuk ke bilik air dia keluarkan telefon bimbitnya melihat jika ada mesej yang masuk. Skrin diswipe ke kanan. Tiada sebarang mesej. Kemudian dia buka semula kotak mesej, terlihat pula nama Luth. Dia buka mesej dan baca semula mesej tersebut. Mesej terakhir Luth yang buat senyumnya jadi semakin lebar.
-Kira confirm la ni ya. Jadi biras aku ;)

Comments

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya