#8: i plus i
“Kak
Mia.”
“Ya?”
Mia toleh pandang wajah Isma yang tengah ralit membuang pandang ke tengah
gelanggang badminton.
“Yang
pakai t-shirt Adidas Putih tu nampak familiar la muka dia.” Mata Isma masih
melekat pada beregu badminton yang tengah ligat beraksi.
“Us?
Tu kan tukang ambil gambar masa wedding
kitaorang hari tu.” Mia mengingatkan Isma. Lantas mulut Isma automatic
membentuk huruf o, panjang nahunya.
Patut
macam pernah nampak. Desis hatinya.
“Yang
pakai serba hitam macam ninja tu Ilyasa.” Mia senyum kemudian kenyit mata.
Penuh maksud.
Isma
kembung pipi tahan senyum daripada terbit. Wajahnya dikawal daripada
menunjukkan sebarang riak.
Sekilas
pandang pun dia dah tahu itu pengapit Abang Luth. Ni semua gara-gara aktiviti
ber-whatApps bersama Kak Mia sebelum ni. Disebabkan dia dok membelek wajah
Ilyasa, lelaki itu sampai berjaya tembus ke dalam mimpinya.
Mimpi
apa jangan ditanyalah. Dia kategorikan sebagai mimpi bisu. Yang dia tahu, dia
nampak Ilyasa sedang menunggu sesuatu. Dia syak tempat yang di dalam mimpi itu
perhentian bas.
Sebab
apa?
Sebab
dia nampak tempat duduk berbumbung ala-ala bus stop di hadapan pejabatnya. Dan
waktu itu apa yang dia buat adalah memandang saja ke arah Ilyasa yang langsung tak
pandang dirinya pun.
Lepas
tu?
Lepas tu apa lagi, Abang Sami Yusuf dah
berlagu merdu tepi telinganya. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan sudah jam
5.30 pagi. Terus dia selak selimut, bangun dari katil.
“Jom.”
Suara Kak Mia buat dia tersedar daripada ‘mimpi’. Mimpi yang baru nak terbang
ke langit.
“Nak
pergi mana?” soalnya terpinga-pinga.
“La.
Awak datang sini pakai tracksuit
lengkap takkan nak jadi tukang sorak saja. Jom lah main.”
Elok
saja Mia berkata begitu, dia terus pandang ke gelanggang. Acara beregu sengit
tadi sudahpun tamat. ‘Pemain-pemain’ sudah pun berada di tepi gelanggang.
Dia
bangun malas bercampur malu.
Malas
sebab dia dah lama sangat tak bersukan. Malu! Sebabnya ada Ilyasa kat situ. Dia
pun tak tau sebab apa dia perlu malu. Tapi , sungguh dia malu nak berhadapan
dengan lelaki itu. Sudahlah dulu dia pernah terkotorkan baju Ilyasa. Sangkanya
dia takkan bertemu lagi dengan lelaki ini. Tetapi…
Di
dalam malas-malas melangkah, dirinya sudahpun memasuki gelanggang yang
lantainya berwarna hijau seperti rumput segar itu. Dan dia pun mula main
pukul-pukul shuttle dengan Kak Mia.
Ni
kalau Datuk Lee Chong Wei tengok boleh menangis. Gaya dia bermain bukan macam
pemain badminton tetapi lebih kepada aksi gimrama. Bezanya dia pakai raket
bukan ribbon.
“Alahai
Isma! Kuatlah sikit pukulnya tu.” Bebel Kak Mia yang di sebelah sana.
Dia
ketap bibir. Ish! Banyak songeh pula Kak Mia ni. Gumamnya sendiri.
Baru
saja dia ‘hantar’ shuttle kepada Kak Mia, Abang Luth panggil isterinya pula.
“Mia!
Telefon.”
Terus
Kak Mia berlari tinggalkan gelanggang. Tergamam dia sekejap dengan aksi kalut
Kak Mia itu. Sudahnya dia terkontang kanting seorang diri kat tengah gelanggang
badminton.
Sedang
dia berkira-kira samaada nak terus tercegat kat tengah ataupun keluar dari
gelanggang, shuttle yang dia ‘hantar’ kepada Kak Mia tadi kembali semula
kepadanya. Dia pandang ke tempat Kak Mia berdiri sebelum berlari keluar tadi.
Eh!
Terkedu sekejap dia pandang wajah si pengganti Kak Mia itu. Si ninja berseragam
hitam tengah pandang dia sambil tersenyum manis. Kemudian Isma nampak si ninja tengah
pandang ke arah shuttle yang betul-betul bersebelahan kakinya. Isma faham
dengan isyarat itu. Lalu dia ambil dan pukul shuttle tu kembali.
Untuk
seketika dia dan si ninja itu saling berbalas pukulan. Dan entah kenapa saat
itu Isma terasa ada mata yang sedang perhatikan aksi mereka berdua. Isma toleh.
Terpandang Kak Mia yang tengah duduk berehat bersebelahan suami tercinta sambil
senyum-senyum sumbing disertakan dengan sebelah kening yang terjungkit-jungkit.
Cis!
Kak Mia ni memanglah.
Isma
pandang semula ke hadapan, ke arah si ninja. Okey. Dah melekat nama ninja tu
kat Ilyasa. Ni semua gara-gara Kak Mia.
Isma
pukul kembali shuttle di tangan. Dan permainan mereka itu berlanjutan lagi
untuk beberapa minit.
Di Restoran…
Kerusi
ditarik. Ilyasa ambil tempat duduk bersebelahan Firdaus. Duduk di hadapan
Firdaus ialah Luth. Sebelah Luth ialah isterinya. Dan di sebelah Mia ialah adik
sepupu Luth. Yang Ilyasa baru saja boleh hafal namanya. Isma. Ilyasa senyum di
dalam hati.
Macam
manalah dia tak ingat, dekat beberapa minit sekali pasti isteri Luth
menjerit-jerit panggil nama Isma. Isma itu, Isma ini. Sampai wajah Isma berubah
riak. Merah padam wajah itu jadinya.
Entah
kenapa Ilyasa rasa isteri Luth itu seperti sengaja menyebut nama Isma
kuat-kuat. “Minum apa?” Fikiran Ilyasa yang sudah terbang jauh itu kembai
semula lalu dia pandang wajah pelayan yang berpakaian seragam itu.
“Milo ais tabur.” Jawabnya tanpa berfikir
panjang. Lepas tu dia toleh ke sebelah kanan. Bertanya pada si gadis yang masih
lagi sedang ralit membelek menu di papan yang ditampal tidak jauh dari kaunter.
“Isma
nak minum apa?” tanya dia sekaligus membuatkan si gadis terkedu. Pertanyaan dia
tadi dibalas dengan gelengan.
“Tak
apa. Saya nak minum air kotak saja.” Jari telunjuk Isma itu buat dia turut
melihat ke arah peti ais yang berdekatan dengan kaunter kedai. Ilyasa nampak
deretan ar kotak di dalamnya.
“Teh
bunga?”
Pertanyaanya
kali ini dibalas dengan anggukan. Dan entah apa yang merasuknya waktu itu,
spontan dia bangun dan terus mendapatkan peti ais. Pintu petia ais yang
lutsinar itu dibuka. 2 kotak air Milo diambil. Lalu dia kembali ke meja.
Dihulurkan kedua-dua kotak air teh bunga itu kepada Isma. Isma pula seperti
teragak-agak untuk mengambil. Dan saat itu baru dia tersedar yang perbuatannya ketika
itu sedang ditonton oleh 4 pasang mata.
Ilyasa
pandang wajah Luth yang sedang tersengih. Kemudian pandang pula wajah Mia yang turut menyimpul senyum. Melihat gelagat suami isteri
itu dia cuma mampu tersengih dan menggeleng kepala saja.
Tak
lama selepas itu telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia
keluarkan telefon dari poket beg PUMA nya.
Melihat
nama si penghantar mesej itu, dia terus angkat kepala pandang wajah Luth yang
ketika iu tengah pandang ke arah lain.
Heh!
Nampak sangat Luth tengah berpura-pura. Ilyasa baca mesej yang baru diterimanya
daripada Luth.
-Kira confirm la ni ya. Jadi biras
aku ;)
Ilyasa
tahan senyum lepas tu pandang Luth semula. Luth pula tarik sengih panjang amat.
Siap jungkitkan kening. Akhrinya senyum yang di tahan terlepas jua. Sengih dia
dah sama lebar dengan sengih Luth. Dan ketika dia dan Luth sedang berinteraksi
melalui bahasa mata terdengar Firdaus di sebelahnya mengekek ketawa. Automatik
dia terus toleh pandang Firdaus.
Ingatkan
Us gelakkan gelagat dia dengan Luth rupa-rupanya lelaki itu sedang membelek
telefon bimbit. Apabila dia jungkit kening bertanya kenapa, Us tak menjawab
sebaliknya cuma hulurkan telefon bimbit kepadanya.
Dia
pandang ke skrin telefon. Foto seorang lelaki sedang mendukung seorang bayi.
Nampak macam baru lagi lahir.
“Paan.”
Beritahu Us. “Korang ingat tak lagi
kawan aku yang selalu ikut ambil gambar kahwin dulu-dulu?” Us mengingatkan.
Ilyasa
angguk. Dia masih ingat. Kawan Us tu dulu kerja di Shah Alam.
“Dia
dah pindah ke Kedah kan?” Giliran Luth pula bertanya.
Us
angguk, senyum nipis.
“Isteri dia dah selamat bersalin.” Sebaik Us
berkata begitu telefon bimbit bertukar ke tangan Luth.
“Comelnya.”
Mia pula bersuara. “Lelaki ke perempuan ni?” Soal Mia teruja.
“Perempuan,”
balas Us. Jelas kegembiraan di wajah Us. Menumpang kegembiraan barangkali.
Farhan.
Dia kenal lelaki itu pun atas tiket kawan kepada kawan. Paan itu kawan satu
Politeknik dengan Us. Us pula senior sekolah dia dan Luth sekaligus merangkap
kawan di Teknik dulu. Begitulah hirerki persahabatan mereka.
Ilyasa
lihat Us sibuk dengan telefon bimbitnya. Mungkin masih berbalas mesej dengan
bapa ‘baru’. Luth dan Mia masih agi bersembang. Teruja tengok bayi masih belum
hilang. Agaknya dah mula merancang berapa ahli keluarga yang perlu ditambah.
Ilyasa jadi senyum dengan andaiannya sendiri. Kemudian dia toleh ke sisi
kirinya. Isma yang sedang menyedut air teh daripada kotak dipandang lama.
“Tak
biasa makan kat kedai mamak ke?” Saat soalan itu diajukan dia perasan wajah
Isma berubah riak. jelas terkedu. Sesaat kemudian, gadis itu senyum nipis dan
angguk perlahan. Kemudian Isma letakkan jari telunjuk ke bibir.
Ilyasa
balas perbuatan Isma itu dengan senyuman dan disusuli dengan isyarat zip mulut.
Melihat dia begitu Isma jadi tergelak. Suasana kekok baru saja nak hilang sudah
terganggu dek bunyi batuk-batuk Mia. Pantas dia memandang Mia di hadapannya.
Senyuman
nipis Mia itu turut mengundang senyumannya. Ilyasa geleng kepala. Tahu sangat
batuk Mia itu batuk yang disengajakan. Dan dia kerling Isma yang sudah membuang
pandang ke arah luar restoran.
Aiseh!
Mia ni, kacau sungguh. Getus Ilyasa sendiri.
alala comell. sengeh kami sama lebaq dengan luth n ilyasa :D
ReplyDeletehihihihihi
Delete