SatuDuaTiga
![]() |
Foto: Google |
“
Ji’a
teringat lagi kenangan dahulu. Sewaktu Dr. Adib menjalani praktikal di tempat
mak bertugas. Hanya kerana ingin bertemu mata dengan si doktor pelatih itu,
Angah dengan sukarelanya menjadi pemandu, mengambil dan menghantar mak ke
hospital. Tapi, sebaik sahaja doktor itu tamat tempot praktikal, Angah secara
automatiknya melepaskan ‘jawatan’ itu kepada Along.
“Tapi…
macam mana Angah boleh terjumpa dengan Doktor Adib tu semula?” Dia mahu tahu
cerita selanjutnya daripada mak. Semakin teruja dia dibuatnya. Lokman di
sebelah yang masih kebingungan, tak dipedulikan langsung.
“Kata
Angah, sewaktu membuat umrah tahun lepas. Cuma baru-baru ni Angah terjumpa
semula Doktor Adib di kem perubatan berdekatan kampung saudara kandung Angah
tu.” Cerita mak panjang lebar.
Takjub!
Perancangan Allah Yang Maha Kuasa, tiada siapa yang tahu. Angah pergi membawa
luka di hati. Lalu, dengan kuasa Dia, luka di hati itu telah berjaya diubati.
Terbuktilah Dr. Adib itu memang seorang ‘doktor’!
”
-Petikan 1,2,3… Bintang Di Langit. Halaman 329.
Suasana
lapangan terbang Sultan Abdul Halim ketika itu buat Ji’a menahan rasa. Nafas yang
ditarik serasa susahnya.
Matanya
tertumpu ke arah Angah sekeluarga yang ketika itu agak berjarak sedikit dari
tempat dia sedang berdiri sekarang ini.
Melihat
wajah Fitri, Ji’a semakin rasa sebak. Fitri anak saudaranya itu sedang didukung
abang iparnya, Doktor Adib. Fitri itu sebaya saja dengan Saidatul anaknya.
Hanya berbeza bulan sahaja. Angah pula dilihatnya tenang saja. Sepasang mata
Angah itu memperlihatkannya. Sehingga dia sukar menebak isi hati kakaknya itu.
Air
mata yang mahu jatuh ke pipi cepat-cepat disekanya. Sedang dia melayan perasaan
terasa bahunya dipaut lembut oleh seseorang. Ditoleh ke sisi, terlihat
wajah-wajah kesayangannya. Wajah anak dan suaminya. Satu tangan Ahmad Farhan
sedang mendukung Saidatul, dan satu tangan lagi terletak elok dibahunya. Dan
tangan itu sedang menepuk lembut bahunya.
“Kalau
Ji’a sedih, Angah lagi sedih.” Suaminya berbisik ke telinga. Memujuk.
Dia
angguk, sedaya upaya mengawal perasaan. Sebak yang semakin terasa itu ditahan
daripada dipamerkan melalui wajahnya.
Abang
iparnya itu terlibat dengan misi pasukan perubatan ke Gaza. Dan hari ini mereka
seisi keluarga datang menghantar Doktor Adib menaiki pesawat.
Demi
misi kemanusian. Demi perjuangan Islam. Seharusnya dia dan keluarga berbangga,
kerana ada ahli keluarga mereka yang turut terlibat di dalam perjuangan itu. Cuma,
dia berasa sedih bagi pihak Angah dan Fitri. Harus berjauhan dengan suami dan
ayah. Sudahlah Syawal semakin menghampiri.
Lagi
pula sekarang ini bermacam-macam berita yang kurang enak terpapar di media. Takutnya
hanya Allah saja yang tahu.
“Doa
dan tawakkal. Itu yang patut kita buat. Doakan semoga Abang Adib selamat
kembali. Yang lain-lain, kita serahkan kepada Dia Yang Maha Berkuasa.”Serentak
dengan kata-kata itu, Ji’a dapat rasakan tubuhnya ditarik rapat sehingga wajahnya hamipr-hampir bertemu
dengan badan Saidatul.
Ji’a
tarik nafas dalam-dalam. Kata-kata si suami berjaya membuatkan dia tersedar
daripada emosi yang kian larut.
Ya
Allah. Dirinya beristighfar di dalam hati. Sungguh dia alpa. Dia tidak
sepatutnya begini. Bukankah segalanya sudah ditentukan. Sudah tertulis. Qada' dan qadar.
“Abang
Adib diberi peluang berjuang di jalan Allah dengan kepakaran yang dia ada. Kita
pun ada peluang itu Ji’a.” Wajah si suami dipandangnya tepat.
“Derma
apa yang kita mampu. Boikot apa yang kita boleh. Tu semua kita mampu buat.”
Senyuman yang terbit di bibir si suami buat Ji’a juga turut sama ukir senyum. Kepala
diangguk mengiyakan.
“Dah,
jom kita pergi jumpa Abang Adib.” Ajak si suami. Dan mereka bertiga mula
berjalan mendekati Angah sekeluarga.
Saat
senyuman Doktor Adib singgah di matanya, Ji’a rasakan segala kerisauan tidak
bertempatnya tadi terbang menghilang.
Betul
kata suaminya. Ini perjuangan kita semua. Yang membezakan hanyalah cara
melakukannya, tetapi matlamat kita adalah sama.
#DoauntukGaza
#DoauntukMalaysia
Semoga kita semua berada di bawah perindungan Allah S.W.T. Amin.
Yang mendoakan,
Pena Tumpoi
u make me cry, :'(
ReplyDelete