1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)


Edisi Ramadhan 1435.

Ji'a sarung tudung cepat-cepat. Jam sudah pun menunjukkan 7.15 petang. Lagi beberapa minit saja akan masuk waktu berbuka puasa. Dia sudah terlambat untuk turun ke tempat makan.

Tadi selepas pulang dari Hospital Sg. Buloh, tiba saja di bilik dia terus mandi dan bersolat. Habis solat dia berbaring di atas sejadah. Kononnya sekejap saja nak rebahkan badan. Berehat. Alih-alih dia terlelap. Langsung tak sedar waktu semakin menginjak ke senja.

Outstation sewaktu bulan puasa satu perkara yang kurang menyeronokkan. Sepatutnya Kak Mim yang perlu ke sini. Tetapi ketuanya itu pula tidak dapat hadir kerana ada masalah kesihatan. Terpaksalah dia yang menggantikan.

Selesai berpakaian lengkap, dia buka pintu dengan terkocoh-kocoh. Berjalan pun terburu-buru. Baru saja butang lif ditekan, telefon bimbitnya berbunyi. Skrin diswipe ke kanan dengan ibu jari. Ada senyuman yang meniti di bibirnya sebaik terlihat mesej yang diterima melalui aplikasi di whatApps. Gambar secawan mee maggie itu ditatap dengan senyuman yang masih melekat di bibirnya. Malah semakin meleret.

Abang syg
Last seen today at 3.15 pm

Abg mkn ni je.











Eee mengadanya dia :D
rmh umi ada rmh mak pun ada
awat tak buka kt sana ja?

X ada selera
typing…

Lama Ji’a menunggu ayat penyambung, tapi tak muncul-muncul di skrin. Tiba-tiba...

Ji’a x ada
Rinduuu

Kali ni Ji'a ketawa lepas. Tak sedar pun yang pintu lif dah terbuka. Cepat-cepat Ji’a tutup mulut dengan tangan. Haish! Mujur tak ada orang.
Jemari laju saja menekan papan kekunci di skrin, membalas mesej.

Rindu kat abg jgk
Tapi rindu kat Datul lebih :p

Sungguh. Dia rindukan anaknya yang satu itu. Saidatul Nur Binti Ahmad Farhan. Hendak pula Datul sudah 'dapat' kaki. Semakin ligat berjalan. Dua hari tidak bertemu dia jadi teringat-ingat akan keletah Datul yang kini telah berusia setahun lebih. Rindu pun dah makin menggebu.
Sebaik pintu lif ternagnga, pantas saja mesej yang baru terus diterimanya.

Iyalah. Abang sedar diri :(
Datul hari2 tanya mana ibu mana ibu
Syg. Blk nti abg pegi ambil ya?

Membacanya, Jia geleng kepala sendiri. Senyum saja dengan gelagat si suami. Ingat Selangor-Alor Setar tu macam rumah dia dengan hospital ke? Yang ambil masa tak sampai 30 minit.

Abg. Ji'a ni esok dah nak balik

Ha. Yalah :(

Mlm ni pi terawih?

Pegi. Abg blk awl hari ni.
p/s. Abg ni rindu dh nk bonceng awk ;)

Jia gelak. Bunyinya macam mengada sangat. Eceh, kalau dulu pandang kita pun tak mahu. Sekarang ni, berenggang sedikit pun dah banyak bunyi. Apapun, ayat itu cuma bergema di dalam hatinya saja. Tak terluah pun dek bait-bait aksara.

Jgn ajar Datul main bunga api!

Hahaha. Mcm tahu2 ja

Instinct Ji’a kuat tau

Yalah, yalah. Abg tak buat. Tp x janji :D

Kirim salam semua

Besok kita jumpa :)

Jg diri baik2

Sebaris ayat terakhir itu buat hati Ji'a mula berlagu senang.


Sekian.
Selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Amin.

Ramadhan kareem :)

Comments

  1. Jaga diri baik baik tu makna kata lain. Saya syg awak la tu. Hahhaa.. bstnya. Terubat rindu kat jia n paan. Tenkiu tenkiu.

    ReplyDelete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

[8] Cerpen : Hadiah Yang Terakhir

[6] Cerpen : Sumpahan Rindu, Mahsuri.

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim