1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)
Edisi Ramadhan 1435.
Ji'a sarung tudung cepat-cepat. Jam sudah pun
menunjukkan 7.15 petang. Lagi beberapa minit saja akan masuk waktu berbuka puasa.
Dia sudah terlambat untuk turun ke tempat makan.
Tadi selepas pulang dari Hospital Sg. Buloh, tiba
saja di bilik dia terus mandi dan bersolat. Habis solat dia berbaring di atas sejadah. Kononnya sekejap saja nak rebahkan
badan. Berehat. Alih-alih dia terlelap. Langsung tak sedar waktu semakin menginjak ke senja.
Outstation sewaktu bulan puasa satu perkara yang kurang
menyeronokkan. Sepatutnya Kak Mim yang perlu ke sini. Tetapi ketuanya itu pula
tidak dapat hadir kerana ada masalah kesihatan. Terpaksalah dia yang menggantikan.
Selesai berpakaian lengkap, dia buka pintu dengan
terkocoh-kocoh. Berjalan pun terburu-buru. Baru saja butang lif ditekan,
telefon bimbitnya berbunyi. Skrin diswipe
ke kanan dengan ibu jari. Ada senyuman yang meniti di bibirnya sebaik terlihat
mesej yang diterima melalui aplikasi di whatApps. Gambar secawan mee maggie itu
ditatap dengan senyuman yang masih melekat di bibirnya. Malah semakin meleret.
Abang syg
Last seen today at 3.15 pm
Abg mkn ni je.
Eee mengadanya dia :D
rmh umi ada rmh mak pun ada
awat tak buka kt sana ja?
X ada selera
typing…
Lama Ji’a menunggu ayat penyambung, tapi tak
muncul-muncul di skrin. Tiba-tiba...
Ji’a x ada
Rinduuu
Kali ni Ji'a ketawa lepas. Tak sedar pun yang pintu
lif dah terbuka. Cepat-cepat Ji’a tutup mulut dengan tangan. Haish! Mujur tak ada orang.
Jemari laju saja menekan papan kekunci di skrin,
membalas mesej.
Rindu kat abg jgk
Tapi rindu kat Datul lebih :p
Sungguh. Dia rindukan anaknya yang satu itu.
Saidatul Nur Binti Ahmad Farhan. Hendak pula Datul sudah 'dapat' kaki. Semakin
ligat berjalan. Dua hari tidak bertemu dia jadi teringat-ingat akan keletah
Datul yang kini telah berusia setahun lebih. Rindu pun dah makin menggebu.
Sebaik pintu lif ternagnga, pantas saja mesej yang
baru terus diterimanya.
Iyalah. Abang sedar diri :(
Datul hari2 tanya mana ibu mana ibu
Syg. Blk nti abg pegi ambil ya?
Membacanya, Jia geleng kepala sendiri. Senyum saja
dengan gelagat si suami. Ingat Selangor-Alor Setar tu macam rumah dia dengan
hospital ke? Yang ambil masa tak sampai 30 minit.
Abg.
Ji'a ni esok dah nak balik
Ha. Yalah :(
Mlm
ni pi terawih?
Pegi. Abg blk awl hari ni.
p/s. Abg ni rindu dh nk bonceng awk ;)
Jia gelak. Bunyinya macam mengada sangat. Eceh, kalau
dulu pandang kita pun tak mahu. Sekarang ni, berenggang sedikit pun dah banyak bunyi. Apapun, ayat itu cuma bergema di dalam hatinya saja. Tak terluah pun
dek bait-bait aksara.
Jgn ajar Datul main bunga api!
Hahaha. Mcm tahu2 ja
Instinct Ji’a kuat tau
Yalah, yalah. Abg tak buat. Tp x janji :D
Kirim salam semua
Besok kita jumpa :)
Jg diri baik2
Sebaris ayat terakhir itu buat hati Ji'a mula
berlagu senang.
Sekian.
Selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan kali ini
lebih baik daripada yang sebelumnya. Amin.
Ramadhan kareem :)
Jaga diri baik baik tu makna kata lain. Saya syg awak la tu. Hahhaa.. bstnya. Terubat rindu kat jia n paan. Tenkiu tenkiu.
ReplyDeleteEcewah. hahahaha. Sama-sama :)
Deletelagi lagi.hehe
ReplyDeleteEh? hahahaha
DeleteNext puasa pula ya ;)
Sweetnya.. terubat rindu
ReplyDeleteeee comeinya, knp sy baru baca..rindu paan jia, terdetik buka blog penulis..baru perasan bnyk entry pasal watak2 1,2,3 bintang di langit
ReplyDelete