[3] Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz


Cerpen : Papa Jon vs Papa Rizz
            Menjelang waktu  tengah hari Jalan Putra merupakan jalan yang paling sibuk dengan orang ramai.  Ini kerana di Jalan Putra itu terdapat banyak lokasi kedai-kedai makan. Disebabkan lokasinya yang agak berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan, kedai-kedai di situ sentiasa didatangi ramai orang terutama pada waktu makan  tengah hari.
             Kewujudan banyak kedai di situ membolehkan  penggunanya membuat pilihan. Di samping menjana pendapatan, pemilik-pemilik kedai juga dapat bersaing secara sihat. Ini dapat dilihat pada usaha  yang mereka lakukan dalam memenuhi selera para pelanggan.
            Antara kedai makan yang paling terkenal di situ ialah Kedai Papa Jon dan Papa Rizz. Kedua-dua kedai itu sentiasa bersaing untuk menarik perhatian para pelanggan. Jika dilihat secara luarannya kedua-duanya memang bersaing secara sihat. Tetapi pada hakikatnya kedua-dua kedai makan  itu merupakan  seteru sejak dari  zaman penubuhan kedai sehinggalah kini.
            Kedai Papa Jon dimiliki oleh Encik Indera Joned dan keluarganya. Penghijarahan Encik Indera Joned  sejak sepuluh tahun yang lalu ke bandar Putra adalah disebabkan oleh penamatan perkhidmatannya di dalam  pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja. Dia yang  dahulu menyandang gelaran tukang masak  sewaktu di kem ternyata tidak mahu mensia-siakan bakatnya di dalam bidang masakan.
            Manakala Kedai Papa Rizz adalah  kepunyaan Encik Rizzuan Razzi yang  merupakan bekas Chef di sebuah hotel. Berbekalkan  pengalaman yang luas dalam bidang masakan  dia nekad  berhenti dari hotel dan  memulakan perniagaan sendiri.
            Walaupun Kedai Papa Jon dan Papa Rizz bersebelahan, namun  kedua-dua pemiliknya seringkali berbalah. Perbalahan  itu berpunca daripada peristiwa di mana kedua-duannya sedang  mencari-cari lokasi kedai makan.
***
Tahun 2001
            Kelihatan seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah  kedai kosong. Di luar pintu kedai itu terpampang poster ‘FOR SALE’. Lelaki itu meneliti jam di tangannya. Dengan briefcase yang dikepit di ketiaknya berserta kemeja lengan panjang juga tali leher diikat kemas menyerlahkan yang dia daripada  kalangan professional.
            Lelaki itu kemudian melihat jam  tangannya kembali. Seketika kemudian namanya dilaung oleh seseorang dari arah belakang.
            “Maaf  ye Encik Noh.  Saya terlambat sikit. Tadi saya nyaris tertinggal teksi.”
            “Oh, never mind. Saya baru saja sampai. Ini Encik Joned ye?” Tanya lelaki yang dipanggil Encik Noh itu.
            “Ye, ye…Saya Indera Joned. Boleh saja kalau Encik Noh  nak  panggil Joned. Tapi bapa saya dah  tiada untuk sahut panggilan  tu.”
            Wajah Encik Noh kelihatan merah. Bagaikan  udang yang di bakar di atas pemanggang. Tidak tahu  perubahan wajah  itu adalah disebabkan oleh cuaca panas ataupun  kata-kata yang baru sahaja dilemparkan oleh Encik Indera Joned  itu.
            “Ini  ke kedainya Encik Noh?”
            “Oh, iya. Inilah kedainya. Mari saya bawak Encik Indera melawat ke dalam  kedai.”
            Setelah puas meneliti setiap penjuru kedai itu Encik Indera Joned bersuara,
            “Encik Noh, harganya  tak boleh di runding lagi ke?”
            “Maaf Encik Indera. Ini adalah harga yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Bangunan ini masih baru dan ianya ada potensi untuk menjadi maju. Encik Indera lihat sendiri kan, jalan di sini merupakan jalan  utama dan  ia berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan,” Terang Encik Noh dengan panjang lebar. Sambil itu tangannya menyeluk sesuatu di dalam kocek seluarnya.
            “Beginilah Encik Indera. Jika encik berminat dengan kedai ini, itulah harganya. Tetapi kalau encik tidak mahu saya boleh tunjukkan lokasi yang lain. Bangunan di hadapan sana juga okey. Harganya lebih murah berbanding harga kedai ini. Cumanya kedai di sana agak berlainan bentuknya.” Encik Noh kelihatan sedang mendail telefon bimbitnya yang baru  sahaja dikeluarkan dari kocek seluarnya.
            Encik Indera Joned mula memandang ke hadapan  kedai itu. Dia memandang lama ke deretan bangunan kedai itu.
            ‘Aduh! Macam mana ni. Kedai ni dah okey. Cuma  harganya sudah melebihi bajet yang ditetapkan. Kalau kedai yang depan tu memanglah  nampak okey, tapi fengshuinya kurang bagus.’ Dia mula berperang dengan emosi.
            “Macam  mana Encik Indera?” Encik Noh bertanya sebaik sahaja dia menghentikan perbualannya di telefon.
           “Beginilah Encik Noh. Saya balik berbincang dulu dengan keluarga. Apa-apa nanti saya akan hubungi Encik Noh.”
            “Okey. Tapi saya harap  keputusan dapat  dibuat dengan cepat. Sebab kedai ini banyak orang yang mahu.” Mereka bersalaman seketika. Encik Indera Joned  mula melangkah keluar dari kawasan kedai itu.
Sebuah teksi berhenti tepat di hadapannya. Encik Indera Joned  kelihatan agak terkejut. Penumpang di dalam teksi itu turun dengan  wajah yang berang. Dia melihat  penumpang itu sedang bertekak dengan pemandu teksi. Belum sempat penumpang itu menutup pintu, pemandu teksi itu terus memecut kenderaannya.
            “Hoi, kurang ajar punya driver teksi. Ingat aku  ni senang nak kena tipu ke?” Marah si penumpang teksi itu.
            Encik Indera Joned memandang tepat  ke arah penumpang teksi tadi. Setelah penat memarahi pemandu teksi tersebut, penumpang itu menoleh ke arah bangunan kedai di belakangnya. Pandangan pertama yang menyapa matanya adalah sesusuk tubuh lelaki. Mereka berpandangan seketika. Masing-masing tergamam. Kemudian serentak mereka menjerit,
            “Kau!!!” Jerit kedua-duanya.
            “Hei! Kau yang berebut teksi dengan aku tadi kan?” Soal penumpang teksi tadi dengan nada yang agak keras.
            Encik Indera Joned memandang bengis lelaki di hadapannya itu. Dengan wajahnya yang agak garang dan misai yang melentik, dia menjegilkan matanya tepat ke arah lelaki di hadapannya.
            “Aku yang tahan teksi tu dulu!” Si penumpang teksi tadi bersuara keras.
            “Banyaklah kau. Aku yang nampak teksi tu dulu!” Encik Indera Joned tidak mahu kalah.
Kemudian dia  menyambung lagi.“Kalau setakat menjerit  dari jauh, aku pun boleh!”
            “Habis tu kenapa kau tak jerit. Penat aku berlari kejar teksi, alih-alih kau yang naik!!!”
            “Oppp..opp.. Bawak bertenang. Encik Indera, saya rasa ini salah faham saja.” Encik Noh cuba menenangkan kedua-dua lelaki itu.
            “Encik Indera, dan encik?” Encik Noh bertanya kepada lelaki yang baru turun dari teksi tadi.
            “Rizzuan!” Jawab lelaki itu dengan nada yang keras.
            “Okey. Encik Rizzuan dan Encik Indera sila bawak bertenang. Jangan gaduh-gaduh. Tak eloklah. Malulah orang  nampak.” Dia mula memandang keadaan sekeliling. Beberapa orang yang lalu-lalang di kaki lima kedai itu mula menjeling ke arah mereaka.
            Dari jauh kelihatan sebuah teksi menuju ke arah mereka. Encik Noh bergegas menahan teksi itu. Teksi itu berhenti di hadapan mereka.
            “Beginilah Encik Indera. Encik pulang dahulu berbincang dengan keluarga. Nanti dah ada keputusan encik contact saya semula.” Dia berkata sambil memaut bahu Encik Indera Joned. Lalu dia membukakan pintu untuk lelaki bermuka bengis itu.
            Walaupun Encik Indera sudah di dalam perut teksi, namun pandangannya tetap tajam menikam lelaki di sebelah Encik Noh. Lelaki yang bernama Rizzuan itu memandang ke arah lain. Mungkin tidak berani menatap pandangan yang tajam itu.

            Seminggu selepas itu, Encik Noh mengatur satu perjumpaan di pejabatnya untuk berbincang tentang isu kedai tersebut.
            Kehadiran Encik Indera Joned dan Encik Rizzuan yang serentak membangkitkan suasana yang kurang selesa.
            “Maaf, kerana saya panggil encik berdua. Terima kasih sebab sudi hadir ke sini.” Encik Noh memandang ke hadapannya. Kelihatan dua lelaki yang duduk di situ sambil membelakangkan badan masing-masing.
            “Sama-sama.” Kedua lelaki itu menjawab serentak. Encik Noh hanya menggelengkan kepalanya. Walaupun sudah tua, keduanya masih berperangai seperti remaja belasan tahun yang masing-masing pantang dicuit.
            “Beginilah encik berdua. Terlebih dahulu saya minta maaf. Kedai yang saya tunjukkan minggu lepas ada sedikit masalah dengan pihak pemaju. Jadi, kedai itu tak dapat dijual buat suatu tempoh masa.”
            “Habis tu macam mana?” Tanya Encik Rizzuan Razzi.
            “Beginilah encik berdua. Saya syorkan encik berdua mengambil lot kedai yang di seberang tu. Kedai itu pun bagus. Kedudukannya agak strategik. Saya harap encik berdua dapat mempertimbangkannya.”
            “Oh, ya. Lot kedai yang masih kosong tu bersebelahan saja. Nampaknya Encik Indera dan Encik Rizzuan bakal menjadi jiranlah nanti. Kedai apa yang bakal dibuka?”
              “Kedai makan.” Jawab kedua lelaki itu serentak. Mereka kemudian berpandangan.
            “Huh! Orang nak bukak kedai makan. Dia pun sibuk jugak. Entah pandai masak ke tidak?  Encik Indera Joned mula menyimbahkan ‘minyak’.
            “Eleh, kurang-kurangnya aku ni Chef hotel terkemuka. Yang dia tu boleh ke masak? Aku rasa nak tumbuk cili pun tak pandai. Tumbuk orang pandai la kot.” Encik Rizzuan Razzi pula menyalakan ‘api’.
              “Kau…” Encik Indera Joned mula mengacukan penumbuk ke arah Encik Rizzuan.
            “Stop!!!” Jerit Encik Noh. Nafasnya turun naik menahan sabar. Pening kepala dia dengan kerenah dua lelaki di hadapannya. Kedua-dua lelaki itu terdiam.
            “Beginilah encik berdua pulang dulu. Nanti apa-apa perkembangan sila contact saya semula. Kalau encik berdua setuju mahu membeli kedai itu, saya akan uruskan prosedurnya.” Dia sudah berasa rimas dengan gelagat dua lelaki itu.
            Secara luarannya pertelingkahan tadi dapat Encik Noh hentikan. Tetapi pada masa yang sama kedua-duanya mula menyimpan dendam di hati.
            Encik Indera Joned melemparkan senyuman sinis sewaktu matanya berlaga dengan Encik Rizzuan Razzi di luar pintu bilik Encik Noh.
            ‘Huh!! Siaplah kau sotong kurita. Ada hati nak jadi tukang masak. Tak padan dengan lembik macam sotong ada hati nak pegang periuk belanga.’ Encik Indera Joned mula berperang dengan hatinya.
            ‘Eleh. Kau ingat muka bengis kau tu mampu takutkan aku. Harap misai melentik macam penyapu kontot ada hati nak lawan dengan Chef terkemuka. Kita tengoklah nanti.’ Encik Rizzuan Razzi berlalu sambil melemparkan jelingan kepada Encik Indera Joned.
            Seketika kemudian mereka berpaling ke arah masing-masing. Melalui pandangan mata yang tajam itu mereka bagaikan mengisytiharkan peperangan.
            ‘Mulai hari ini kita adalah MUSUH.’ Mereka berkata di dalam hati masing-masing.

***
            Itu adalah peristiwa sepuluh tahun yang lalu. Pertelingkahan yang dahulunya terbawa-bawa sehingga kini. Pertelingkahan yang memaksa seisi keluarga mereka terlibat sama.
            Di bawah pohon yang agak rendang kelihatan sepasang kekasih duduk bersantai di atas sebuah kerusi sambil menghadap ke arah tasik.
            “Luth. Macam mana ni?” tanya si gadis kepada jejaka itu.
            “Entahlah. Luth dah buntu tak tau nak fikir macam mana lagi. Mia pulak macam mana?”
            “Ala. Mia pun macam Luth jugak. Abah Mia tu lagi garang tau daripada Pak Cik Rizzuan.”
           “Mia. Jangan tertipu dengan papa. Papa Luth tu nampak je lemah lembut. Tapi degilnya. MasyaAllah. Mummy pun tak dapat nak pujuk.”
           “Habis tu hubungan kita macam mana?” Mia mulai hilang sabar. Dia bangun meninggalkan kerusi yang didudukinya tadi.
            “Luth tak nak kahwin dengan Mia ke?” 
            Luth turut bangun daripada duduknya.
            “Mia.” Lembut suara itu meyapa telinga Mia.
            “Janganlah macam ni. Luth memang nak kahwin dengan Mia. Sumpah!”
            “Tapi Mia kena bagi Luth masa untuk jelaskan kepada papa tentang hubungan kita.”
            “Tapi sampai bila Luth?”
            “Kita dah berkawan nak masuk lima tahun. Takkan Luth nak tengok Mia dah tua kerepot baru nak masuk minang?
            “Kalau itu saja pilihan yang kita ada, Luth ikut je.” Luth bersuara perlahan.
            “Apa!!!” Mia berdecit tanda geram. Dia kemudian berlari meninggalkan Luth sendirian.
            “Mia..Mia!!!” Luth melaung sekuat hati. Namun Mia tidak langsung menoleh. Dia cuba mengejar larian Mia yang semakin laju itu.
***
            Dia berdiri tegak sambil membuang pandang ke arah papan nama kedai di sebelah kiri. Kelihatan nama PAPA RIZZ terukir di situ. Kemudian dia memandang ke papan nama kedainya. Tersenyum dia melihat nama PAPA JON. Jon itu adalah singkatan daripada nama arwah datuknya iaitu bapa kepada abahnya Encik Indera.
            Cadangan untuk meletakkan nama itu datang daripada ibunya. Bagi ibu dia amat menyanjungi arwah bapa mertuanya kerana lelaki itu seorang yang gemar memasak semasa hayatnya dahulu.
            Sedang asyik dia mengelamun di hadapan kedai, tiba-tiba kedengaran bunyi bising datang dari arah kedai sebelah Encik Rizzuan. Dia kemudian meluru untuk melihat. Dilihatnya seorang lelaki asing bersenjatakan parang sedang  mengugut pemilik kedai itu iaitu Encik Ramli.
            Kehadiran lelaki bersenjata itu di kala fajar baru mula menjengah membuatkan suasana pagi yang dingin menjadi kecoh seketika. Dia yang mahu menerpa ke arah lelaki asing itu terhenti apabila ternampak Encik Rizzuan bertindak dahulu.
            Keadaan menjadi kecoh apabila Encik Rizzuan cuba merampas parang daripada lelaki asing itu. Dalam keadaan yang kacau bilau itu, lelaki asing itu mula mengalihkan perhatiannya kepada Encik Rizzuan. Dia yang terpaku di situ tiba-tiba tersedar. Dengan pantas dia menuju ke arah mereka. Namun tiba-tiba abahnya yang datang entah dari mana, meluru terus ke arah mereka yang sedang bergelut. Dia melihat abahnya cuba menghalang parang itu daripada mengenai Encik Rizzuan.
            Semua kaget memandang situasi tersebut. Abah bagaikan hero yang datang menyelamatkan suasana. Mujur abah bijak. Diangkatnya papan pemotong kayu yang besar itu tepat mengenai parang. Tertusuk ia di papan pemotong itu.
            Melihat situasi itu, dia dan beberapa orang di situ pantas menangkap lelaki asing tadi. Cubaan merompak pada pagi itu dapat digagalkan. Beberapa minit kemudian kedengaran siren kereta polis sayup-sayup dari jauh. Dia bergegas ke arah abahnya. Dilihat tangan abah terdapat kesan lebam. Mungkin terjadi akibat daripada pergelutan tadi. Dia lihat Encik Rizzuan masih  kaku di tempat tadi.
            Melihatkan suasana sudah kembali tenang, Luth memimpin abahnya untuk berdiri. Mereka kemudiannya ingin berlalu daripada kedai Encik Ramli. Tiba-tiba ada suatu suara memanggil abahnya,
               “Indera.” Kelihatan Encik Rizzuan berjalan menuju ke arah mereka.
           “Terima kasih sebab selamatkan aku.” Dia nampak Encik Rizzuan menghulurkan tangan kepada abah. Namun abah tidak segera menyambut. Masih lagi dingin.
            “Aku faham, kalau kau masih marahkan aku. Tapi apa pun aku tetap nak ucapkan terima kasih. Mulai hari ni aku berhutang nyawa dengan kau Indera.” Lalu tangan yang dihulur tadi jatuh perlahan-lahan. Namun belum sempat tangan itu terkulai sepenuhnya, tangan abah pantas menyambut. Tangan mereka berjabat dengan erat.
            “Sudahlah tu Rizzuan. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Lagipun dah lama sangat kita bertelingkah.”
            Luth tersenyum memandang kedua lelaki di hadapannya. Namun matanya sempat menangkap ke arah kelibat gadis yang duduk di balik pintu kedai. Mereka saling berbalas senyuman.
            ‘Yeay!!! Mohd. Luthfi, kita dah boleh kahwin.’ Hati Mia bersorak riang.


-Tamat-
                                                          

Comments

  1. 1) Perkataan ‘Iye’ mungkin boleh diubah untuk cerpen akan datang.
    2) Sukalah baca. Sebabnya perkataan papa boleh membawa kepada mesej dua buah restoren yang berperang. Kreatiflah. Hehehe. Akhirnya anak mereka berdua tawen. Yeayyy!
    3) Nanti saya link blog awak ni kat blog saya ya. Cewah/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Madam Mardihah.
      Utk. yg. akan dtg. saya akan perbaiki.
      Terima kasih juga utk. perkara tg. ke - 3 tu. ^^
      *senyum 14 juta kali* mcm yg slalu Madam Mardihah sebut tu.hehehe

      Delete
  2. Papa Jon tu terbayangkan alah lupa nama dia, yg ada dlm rancangan masak Cef Kamarul tu, yg misai melentik tu.. hehe.. apa pun tahniah, citer menarik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangan kat tv ka?
      nak tgk jugak.kat mana? hehehe

      Terima kasih Juliaesqa

      Delete
  3. hahaha..papa Jon.. teringat yana kt kwn ayah.. ayah pggl dia papa jon. ayh yana papa roti.. tp depa xgaduh la..:D
    nice story.. luth! msok meminang cepat!! :P

    ReplyDelete
  4. Really? Hahaha.Kebetulan betul.
    Mujur ayah Yana dan Papa Jon tu baik.
    Papa Jon tu ada anak teruna macam Luth tak? hahaha(gurau ja jgn. marah ya;)

    Thanks Yana sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni :)

    ReplyDelete
  5. hahaaha.. dia ada ja ank teruna.. tp xckup syarat nk kawin lg.. ank dara rmai la.. ihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk! hahaha, boleh cup utk. masa akan datang kot:p

      Delete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim