E-Novel I+I = KITA & VERSUS
Tada!!! Cerita baru yang tajuknya sudah ada. Terima kasih ya Farah Husain sebab sudi sumbangkan tajuknya ( I+I = KITA & VERSUS). Hihu..
Sinopsis
Bagi aku hidup ini
mudah seperti kata Leonardo da Vinci- ‘life is pretty simple’.
Cerita hidup aku hanya punya keluarga, rakan-rakan dan kerjaya. Untuk memikirkan tentang hal-hal lain, bagi aku semua itu pembaziran waktu. Jadi aku pegang pada prinsip ‘no couple is no problem’.- Isma
Cerita hidup aku hanya punya keluarga, rakan-rakan dan kerjaya. Untuk memikirkan tentang hal-hal lain, bagi aku semua itu pembaziran waktu. Jadi aku pegang pada prinsip ‘no couple is no problem’.- Isma
Semua orang menganggap
dia seorang insan yang tiada kekurangan. Dia punya ibu bapa dan adik beradik
yang memahami. Dengan rupa paras yang agak menarik dan juga beberapa ciri-ciri lain membuatkan dirinya
layak bersaing dengan lelaki-lelaki pujaan. Pendek kata dia punyai pakej yang
lengkap.
Kata teman-teman, dia beruntung kerana wanita mudah berdamping dengannya. Tetapi beruntungkah, jika dirinya selalu ditinggalkan? – Ilyasa
Kata teman-teman, dia beruntung kerana wanita mudah berdamping dengannya. Tetapi beruntungkah, jika dirinya selalu ditinggalkan? – Ilyasa
Isma dan Ilyasa dua insan
yang jauh daripada erti cinta (berkasih). Seorang menolak jauh manakala seorang
lagi cuba mendekati.
Lalu dengan sedikit
pertolongan daripada insan terdekat, mereka dipertemukan. Pada mula,
masing-masing menolak dengan alasan tidak bersedia mengorak langkah baharu.
Namun bahagia itu tidak akan datang jika tidak dicari.
Pertemuan yang diatur
bukan jaminan bahawa jodoh mereka akan diikat tetapi cuma sebagai pembuka
jalan. Mereka akhirnya berjanji memberi sedikit ruang satu sama lain.
Apabila ruang sudah
diberi, ada pihak lain mula menyulam angan. Lalu mereka tersekat di situ. Pada
perhubungan yang tiada nama.
Bagi Isma dia tidak
sukakan sesuatu penambahan dalam hidupnya. Ilyasa pula sudah terlalu biasa akan
kekurangan dalam hidupnya.
Bagaimana mereka mahu
berdepan dengan permintaan daripada pihak yang sudah menyulam angan itu?
Akan terjadikah
perkahwinan paksa sepertimana yang selalu dimomokkan dalam drama Melayu?
“Appa.
Aiyoo. Dey kawan, aku lagi sanggup jadi heroin drama Tamil daripada jadi heroin
drama Melayu tau!” – Isma
“Nak
buat macam mana? Terima sajalah. Baik ada daripada tak ada langsung. Hahaha.” -
Ilyasa
Kata orang pintu bahagia itu perlu diketuk,
baru ia akan terbuka.
Kata mereka, bagaimana bahagia mahu
masuk jika pintunya tiada?
wahhh.. mcm menarik je ni, bila majlis pelancaran ni?
ReplyDeletehahaha...
Deletekena tgu crita Ji'a & Paan masuk bab 10 kot :p