E-Novel I+I = KITA & VERSUS

Tada!!! Cerita baru yang tajuknya sudah ada. Terima kasih ya Farah Husain sebab sudi sumbangkan tajuknya ( I+I = KITA & VERSUS). Hihu..


Sinopsis
Bagi aku hidup ini mudah seperti kata Leonardo da Vinci- ‘life is pretty simple’.
Cerita hidup aku hanya punya keluarga, rakan-rakan dan kerjaya. Untuk memikirkan tentang hal-hal lain, bagi aku semua itu pembaziran waktu. Jadi aku pegang pada prinsip ‘no couple is no problem’.- Isma

Semua orang menganggap dia seorang insan yang tiada kekurangan. Dia punya ibu bapa dan adik beradik yang memahami. Dengan rupa paras yang agak menarik dan juga  beberapa ciri-ciri lain membuatkan dirinya layak bersaing dengan lelaki-lelaki pujaan. Pendek kata dia punyai pakej yang lengkap.
Kata teman-teman, dia beruntung kerana wanita mudah berdamping dengannya. Tetapi beruntungkah, jika dirinya selalu ditinggalkan? – Ilyasa


Isma dan Ilyasa dua insan yang jauh daripada erti cinta (berkasih). Seorang menolak jauh manakala seorang lagi cuba mendekati.
Lalu dengan sedikit pertolongan daripada insan terdekat, mereka dipertemukan. Pada mula, masing-masing menolak dengan alasan tidak bersedia mengorak langkah baharu. Namun bahagia itu tidak akan datang jika tidak dicari.

Pertemuan yang diatur bukan jaminan bahawa jodoh mereka akan diikat tetapi cuma sebagai pembuka jalan. Mereka akhirnya berjanji memberi sedikit ruang satu sama lain.
Apabila ruang sudah diberi, ada pihak lain mula menyulam angan. Lalu mereka tersekat di situ. Pada perhubungan yang tiada nama.

Bagi Isma dia tidak sukakan sesuatu penambahan dalam hidupnya. Ilyasa pula sudah terlalu biasa akan kekurangan dalam hidupnya.
Bagaimana mereka mahu berdepan dengan permintaan daripada pihak yang sudah menyulam angan itu?

Akan terjadikah perkahwinan paksa sepertimana yang selalu dimomokkan dalam drama Melayu?

“Appa. Aiyoo. Dey kawan, aku lagi sanggup jadi heroin drama Tamil daripada jadi heroin drama Melayu tau!” – Isma
“Nak buat macam mana? Terima sajalah. Baik ada daripada tak ada langsung. Hahaha.” - Ilyasa 

Kata orang pintu bahagia itu perlu diketuk, baru ia akan terbuka.
Kata mereka, bagaimana bahagia mahu masuk jika pintunya  tiada?

Comments

  1. wahhh.. mcm menarik je ni, bila majlis pelancaran ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...
      kena tgu crita Ji'a & Paan masuk bab 10 kot :p

      Delete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)