#12: i plus i



Kredit untuk si pelukisnya. Syomel sangat. Aci ya kita gunapakai letak di sini? ;) 


Isma pandang sekilas pada Suri yang sedang fokus memandu itu. Suri memang begitu, jika memandu akan kurang bercakap jadinya. Isma membuang pandangan ke luar tingkap. Langit mendung. Mungkin petang ini akan hujan, mungkinlah. Dia sekadar mengagak.
Suasana sepi di dalam kereta buat dia hanyut terkenang perisitwa tengahari tadi. Pertemuan dia dengan Ilyasa rakan baik abang sepupunya itu selepas solat Jumaat. Tak menyangka bahawa lelaki itu akan menegurnya.
 “Isma.” Mata Isma luas terbuka. Terkejut sebenarnya apabila namanya disapa Ilyasa. Suri pun sama. Yalah, tadi kan mereka tengah bersembang tentang orang yang di hadapan mereka sekarang ini.
“Buat apa di sini?” Sejurus bertanya soalan itu, Ilyasa tepuk dahi sendiri.
Isma pula pandang saja gelagat Ilyasa tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu berkemeja kemas berwarna kelabu dipadankan dengan seluar khakis berwarna hitam. Seterusnya mata Isma jatuh pada kaki Ilyasa yang cuma berselipar sahaja. Langsung tak padan dengan pakaian lelaki itu sekarang ini.
“Eh, apa punya soalan kan? Sini shopping mall, mestilah datang shopping kan?” Ilyasa senyum sampai nampak barisan giginya, termasuklah gigi siung yang berlapis (atas;kanan) itu.
Betullah tu dia dan Suri datang membeli-belah. Walaupun mereka cuma masuk ke kedai Speedy (temankan cik kak sebelahnya mencari dvd K-drama yang dah dekat berapa kedai video kat Shah Alam cari tapi tak berjumpa juga – sampailah ke Klang dicarinya) dan ke kedai buku Popular. Itu pun sekadar membeli sebuah majalah. Jadi dia memang ke tempat yang betul tidak seperti Ilyasa itu, datang ke tempat membeli-belah hanya untuk berjanji temu. Tak kena langsung.
Amboi Isma, begitu sekali sikap prejudisnya terhadap Ilyasa. Entah-entah, wanita tadi itu kawan ataupun sekadar client. Kan dulu dia pernah diberitahu yang Ilyasa ini bekerja dengan syarikat kontraktor.
Tapi kan, takkan jumpa client pakai selipar kut?
Sedang dirinya melayan perasaan, tiba-tiba terasa sikunya dikuis oleh Suri. Dia pandang Suri dengan kening yang sengaja dinaikkan.
Apa?
Suri lirikkan mata suruh dia memadang ke hadapan. Dia pun mengikut. Dan kala itu mata Ilyasa tepat memadang ke arahnya.
Okey, kenapa terasa seperti dia terlepas sesuatu? Padah berangan ketika bercakap-cakap, inilah jadinya.
 Mata Ilyasa yang merenung tepat ke wajahnya buat Isma terasa nak luku kepala sendiri.
Ah, sudah. Tolonglah ulang semula apa saja yang diperkatakan tadi sewaktu fikirannya menerawang jauh sampai ke langit biru.
 “Kerja. Sekarang waktu rehat.” Suri di sebelah terus menjawab apabila melihat Isma diam tak memberi balasan.
Okey, berdasarkan apa yang Suri jawab, Isma seperti dapat mengagak apa yang ditanyakan oleh Ilyasa tadi.
 “Hari ni hari Jumaat, waktu rehatnya panjang sikit.” Akhirnya Isma bersuara juga setelah senyap saja daripada tadi.
“Kerja di mana?”
“Di Shah Alam, dekat-dekat dengan bangunan KWSP.”
“Jauhnya datang makan? Sampai ke Klang?” Nyata Ilyasa terkejut dengan jawapan Isma.
Memang pun. Ni semua gara kakak sorang ni lah. Macam tak menyempat nak tunggu lepas habis waktu kerja. Padahal besok lusa boleh saja datang mencari. Sudahnya cerita yang nak dicari tak bertemu juga.
Tahu sangat yang Suri buat alasan tak nak ikut sama ke rumah abang sepupunya esok hari. Sebab itu Suri nak juga datang cari hari ini.
“Haah. Sesekali ubah selera, Shah Alam ke Klang. Lagipun nak cari barang sama.”
Ilyasa angguk dengan penjelasan Isma itu.
 “Okeylah. Tak nak ganggu agi. Nanti Isma dan kawan lambat pula sampai ke ofis. Pejabat saya dekat-dekat sini saja.” Beritahu Ilyasa walau tanpa ditanya.
“Di mana?” Eceh, banyak pula dia menyoal Ilyasa. Tadi macam tak sudi saja nak bersembang lama-lama. Ini dah seperti wartawan lagaknya Cik Ismaliya oit.
“Perasan tak bangunan kedai yang dekat dengan simpang nak masuk I-City, ala yang depan ni... dekat situlah.”
Memang dekat sangat-sangat lah. Isma angguk tanpa mahu menyoal lagi.
“Jumpa lagi.” Ilyasa senyum sekali lagi seperti pada mula-mula lelaki itu menyapa Isma sebelum meminta diri.
Bunyi guruh mematikan lamunan Isma yang panjang itu. Mata terus dialih memandang ke hadapan. Rintik-rintik hujan kasar mula jatuh pada cermin hadapan kereta. Sekali lagi Isma kalih pandang Suri di sebelah. Masih seperti tadi, Suri fokus pada pemanduannya.
 “Dalam gambar macam serius. Tapi… orang betulnya manis.”
Komen Suri yang seperti juri masakan itu buatkan dia tersenyum sendiri. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga kini.
‘Manis? Boleh tahanlah.’ Giliran Isma pula memberikan komen, namun cuma di dalam hatinya saja.


Comments

  1. Xda sambungan ka ? syg cita ni tak habis

    ReplyDelete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)