i plus i 11 (versi asal)


Isma berhenti berjalan. Sedang Suri sudah jauh menapak di hadapan. Keadaan dia jadi begitu dek kerana terlihat kelibat seseorang yang dia kenal (kenallah walaupun itu bukan kawannya tetapi kawan kepada Abang Luth). Isma perhatikan betul-betul kelibat lelaki yang baru saja melintasi kedai buku Popular sebentar tadi.
Ternyata orang yang dia nampak itu adalah Ilyasa. Jalan beriringan dengan seorang perempuan. Rapat. Automatik sebelah keningnya ternaik.
Menarik! Ada bahan yang dia boleh gunakan untuk berdebat dengan Kak Mia kalau isteri abang sepupunya itu masih mahu meneruskan projek tak semenggah (itu yang kerap dia katakan) menjodohkan dia dan Ilyasa. Pandai-pandai saja cakap yang orang tu solo lagi!
“Oit!” bahu Isma ditampar kuat. Isma toleh. Suri buat muka tak puas hati plus muka geram.
“Aku ni dah macam orang sewel bercakap sorang-sorang!” marah Suri.
Isma naikkan jari telunjuk sendiri ke bibirnya. Meminta Suri supaya senyap.
“Perlahanlah sikit suara kau tu Suri.” Isma menegur kelakuan teman baiknya itu. Agak-agaklah Suri, depan kedai buku kut ni.
Sudahlah suara Suri  kuat melengking. Mahunya semua orang di dalam JJ ini tak lepas memandang mereka berdua. Dan paling menakutkan kalau-kalau Ilyasa ternampak dia.
Okey, memang lelaki itu tengah memandang ke arah dia dan Suri. Cepat-cepat Isma pusingkan badang membelakangkan Ilyasa yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Lengan Suri diraih, laju dia menarik supaya mereka segera menjauhkan diri daripada kedai buku tersebut.
Isma tarik nafas lega ketika menuruni escalator.
 “Nampak siapa?” soal Suri ingin tahu.
“Macam kawan abang Luth yang jadi pengapit dia tempoh hari.”
“Habis tu kenapa lari?”
Entahlah Suri, agaknya aku ni dah tak betul kut. Itu yang Isma jawab di dalam hati. Tapi yang keluar di mulutnya lain pula.
“Saja.” Jawab Isma bersahaja.
Sungguh, rasa macam jantung nak luruh saja tadi. Agaknya dia sekarang ini terkena sindrom takut bertemu Ilyasa kut.
“Ni yang mamat pakai baju melayu kaler biru dalam henpon kau tu ke?”
Berpusing lipat Isma pandang tepat ke wajah Suri. Mata Isma dah membulat besar jadinya. Mulut separuh terbuka. Terkejut.
What the… Suriiiiiii! Segala carut-marut dah bergema di dalam hati.
Suri angkat dua jari buat gaya peace. Tidak menyangka serkap jarang Suri mengena. Merah padam wajah Isma.
“Tak sengaja...” mohon Suri. Keadaan sudah terbalik. Tadi Isma yang kena sound dengan Suri kini giliran Suri pula.
“Hari tu masa belek-belek henpon kau, aku terbuka gallery whatsapp. Ternampak banyak gila gambar mamat tu. Curious! Tiba-tiba aku bertukar jadi Shinichi Kudo. Dan terbuka conversation kau dengan Kak Mia, heesorry.” Suri betul-betul hilang punca, ayat berterabur habis.
Reaksi Isma masih seperti tadi. Tak tahu nak berkata apa-apa lagi. Sudahnya dia hanya mampu mencubit lengan Suri kuat-kuat sampai temannya itu menjerit sakit.
“Ala Isma. Sorry lah, aku betul-betul tak sengaja. Aku betul-betul terrrrrrrr… tak ada niat pun. Sebab tu aku diam saja tak bertanya.”
Isma mencerun tajam, geram belum habis.
“Okey, okey. Hari ni belanja kau. Tanda minta maaf.”
“Tak nak.”
“Ala, Isma. Janganlah macam ni…” Suri betul-betul rasa bersalah. Yalah hak privasi kut.
“Kau kena belanja aku sebulan.” Isma jeling tajam namun bibir mula berbunga senyum.
Yay! Kau dah tak marah. Okey, aku belanja kau sebulan. Tak apa, biar aku papa kedana pun aku tetap belanja, janji kau maafkan aku.”

“Lepas ni kau buat lagi…” Isma buat gaya mencekik leher Suri. “Siap kau!” gigit diketap kuat, lengan Suri sempat dicubit sekai lagi.

Ilyasa tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Tenangkan diri. Telefon di kocek seluar  dikeluarkan. Nama Izham dicari. Terus ditekan symbol hijau pada skrin. Beberapa saat talian bersambung namun orang yang dia hubungi masih tidak menjawab. Suara mesin yang menyambut. Ilyasa putuskan talian. Sekali lagi dia hubungi tetapi masih mesin yang menjawab.
Ilyasa keluh panjang. Sebelum menyimpan kembali telefon, dia hantar pesanan ringkas kepada adiknya itu. sempat dia termenung sebentar memikirkan akan pertemuan dengan Safiqah tadi.
Katanya teman wanita Izham. Dia pun baru hari ni bersua muka. Sebelum ni setakat melihat di skrin telefon bimbit Izham saja. Kadang-kadang ada gambar yang di tag di facebook adiknya itu. Dan gadis itu menghubunginya pun melalui media sosial itu. minta sangat-sangat nak berjumpa. Dan dia pun bersetuju tak berkata banyak dan tanpa maklumkan Izham terlebih dulu.
“Maaf sebab susahkan abang. Saya dah tak tahu jalan lain dah. Izham mengelak daripada jumpa saya. Mesej, call semua dia tak hiraukan. Cari kat rumah sewa pun dia asyik tak ada. Pergi ofis pun dia elak.” Itu ayat yang Safiqah ucapkan selepas beberapa minit mereka berdiam diri.
“Jadi Safiqah nak abang buat apa?” Dah Safiqah bahasakan dia dengan panggilan abang jadi dia gunakan saja panggilan itu.
“Boleh tolong pujuk Izham  supaya jumpa saya?” Saat kata-kata itu Safiqah luahkan Ilyasa perasaan kelopak mata gadis berselendang merah jambu itu bergenang dengan air mata.
“Tolong ya abang, saya minta tolong sangat-sangat. Saya dah tak tahu bagaimana nak hubungi dia lagi.” 
Rayuan Safiqah itu buat dia terkedu. Tak tahu nak kata apa lagi. Sudahnya dia angguk saja. Berjanji akan cuba untuk menolong gadis itu.
“Angah, angah. Apa yang kau dah buat dengan anak dara orang ni?” keluh Ilyasa memandang skrin telefon bimbitnya. Lama ditatap skrin yang gelap itu. Sebaik saja dia angkat mata dari skrin telefon, satu wajah yang dia kenal dan asyik terjumpa kebelakangan ini berada di hadapannnya. Tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh jaraknya. Cukup untuk dia mengecam...
"Isma." Dan menegur. 
Isma pula jelas riak terkejut apabila ditegur dengan tiba-tiba. Berlainan dengan dirinya, senyum diukir pemanis muka. Hilang terus bayang Safikah dan Izham di kepala.



Comments

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)