Bab 10 : Ku Kira 1,2,3... Bintang Di Langit
Bab 10 “Farhaaaa!” Beg kertas yang mahu diletakkan di atas meja nyaris terlepas jatuh. Terkejut dia bila disergah begitu. “Ya Allah, Bib. Terkejut saya tau.” Matanya dibeliakkan kepada Bib, rakan setugasnya. Bib tersengih. Menutup rasa bersalah kerana menyebabkan rakan sekerjanya itu terkejut. Dia tarik nafas dalam-dalam. Rasa terkejut masih bersisa. Jantung berdegup laju. “Lamanya Cik Farha kita ni cuti.” Bib bercakap dalam slanga utara. Pelik benar bunyinya. Bib atau nama penuhnya Sharifah Habibah. Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini sudah hampir beberapa tahun bermastautin di sini. “Lama apanya. Bukannya bercuti s...