[9] Cerpen : Pemburu Pria Kesepian
Bam! Bunyi pintu bilik
dihempas, kuat. Terasa bergegar seisi rumah. Sham pusing lipat. Memandang ke
arah pintu bilik Fahmi. Kemudian dia berpaling pula, menghadap wajah Syafiq yang
berada di hadapannya.
Kusyuk. Syafiq terlalu
kusyuk menyuap mee Maggie berperisa kari itu. Langsung tidak tergugat dengan
tingkah Fahmi tadi.
Giler[1] budak ni. Hadap Maggie sampai tak sedar
apa yang berlaku. Kutuk Sham di dalam hati.
Mula-mula Sham bagi
isyarat bunyi. Macam bunyi ‘pstt’ gaya nak ajak bergosip. Namun, Syafiq
langsung tak hiraukan isyarat tersebut. Malah makin galak dia menyuap Maggie
kari itu. Siap ada bunyi ‘slurp’, dah macam iklan dalam tv.
Sham mula bengang.
Disepak kaki Syafiq yang berada di bawah meja itu. Mulanya perlahan. Tapi bila
Syafiq dah sampai tahap hirup kuah Maggie kari tu, Sham gunakan sekuat tenaga.
Macam Safee Sali rembat bola. Kuat. Terus ke pintu gol.
Purrrr! Bunyi semburan.
Kuah kari dan sedikit sisa mee tepat mengena ke muka Sham.
Kurang ajaqqq[2]!
hati Sham bengkek.
Bongek[3]
punya Shafiq! marah dia dalam hati.
“Kahkahkah….” Kuat tawa
Shafiq. Memecah sunyi rumah bujang mereka.
“Tu la kau. Orang sibuk
makan, dia sibuk nak bergosip. Hahahaha… hambik kau.” Syafiq masih galak ketawakan
Sham.
Sham lihat Syafiq mula bangun,
meninggalkan dia di meja makan berkerusi empat itu sendirian. Lenggok Syafiq
yang dibuat ala-ala Temah Si Janda berhias yang tinggal di hadapan rumah mereka
itu buat Sham nak termuntah.
Sham ambil tuala lap
yang berada di atas meja makan itu. Lalu,
tuala itu singgah ke wajah tampannya.
“Selekeh doh[4]!”
jerit Syafiq dari dapur.
Ceit! Nampak saja. Rungut
Sham sendiri.
Sham pandang mangkuk
yang masih berisi mee Maggie itu. Masih ada separuh meenya. Namun selera Sham
sudah mati. Dengan perangai Fahmi yang macam perempuan dilanda sindrom PMS[5]
tu ditambah dengan perangai tak senonoh Syafiq tadi, dia memang sudah
hilang selera.
Akhirnya, Sham turut
sama bangun dari kerusi. Membawa mangkuk yang masih berisi itu menuju ke dapur.
Syafiq sudah pun
berlalu dari dapur. Sham lihat rakan serumahnya itu menuju ke pintu
rumah mereka.
Pemijak tong sampah
berwarna merah-hitam itu dipjak dengan kaki kanannya. Mulut tong sampah itu
ternganga, luas. Lebihan mee Maggie tadi selamat masuk ke dalam tong sampah
itu. Sayangnya. Rintih Sham.
Mangkuk yang kotor itu
dia cuci. Sham mula bersiul sambil mencuci mangkuk kotor dan beberapa lagi
tinggalan pinggan mangkuk kotor. Siulannya itu berselang-seli dengan nyanyian.
“Kami
adalah pria pria kesepian, Jauh dari rumah dan ditinggalkan cinta, Coba dengar
keluhan kami... pria kesepian,”
tak cukup dengan
sekadar bernyanyi, Sham menggoyang-goyangkan tubuhnya. Mengalahkan gelek si
penyanyi yang terkenal dengan lagu Che Mek Molek, Datuk M.D.K.
“Menikmati
pedihnya cinta, Pria kesepian, Menikmati dinginnya hati, Pria kesepian….”
“Woiii!” Jeritan dari
bilik Fahmi menghentikan nyanyian Sham. Tangan yang ligat membasuh itu turut berhenti.
Terdengar pintu bilik Fahmi dikuak.
“Lagi sekali kau
memekak, aku sumbat dengan tong gas tu,” jerkah Fahmi.
Bam! Sekali lagi bunyi
pintu dihempas. Kali ini lebih hebat bunyi dentumannya.
Sham gigit lidah.
Alamak! Silap time la pula. Desisnya.
Namun, Sham memang tak
makan saman. Amaran Fahmi langsung tak dihiraukan. Sebaliknya dia menyambung
nyanyian sumbangnya.
“Nanananana
nananana nananana….”
****
Asap rokok berkepul
keluar dari hidung Syafiq. Begitu asyik Syafiq menyedut dan menghembus. Kotak
rokok berjenama Dunhill itu tersemat elok di dalam genggaman Syafiq. Sengaja
Syafiq keluar dari rumah. Melepak di laman rumah mereka.
Serabut. Itu yang
Syafiq rasakan. Meluat pun ada. Perangai Fahmi yang mengalahkan perempuan
datang bulan itu memang sengaja menempah bala. Memang sengaja mahu lihat rumah
mereka bertukar menjadi medan perang. Sebab itu dia ambil langkah selamat.
Keluar melepak di sini. Untung-untung boleh nampak Temah, si Janda berhias,
jiran mereka itu.
Tadi pun dia ada terdengar
Fahmi menjerkah si Sham. Mujur Sham yang kena. Kalau dia yang kena, memang
Fahmi tu minta makan kaki lah jawabnya. Syafiq tahu dia tak se cool Sham. Sham itu memang penyabar
orangnya.
Berkepul-kepul asap
berwarna putih terbang ke udara. Mengalahkan orang sembur ubat untuk cegah
denggi.
Okey what. Untung-untung Jabatan Kesihatan
dah kurangkan kos untuk mengasap kawasan perumahan, sebab secara tak langsung
aku dah tolong buat kerja dia orang. Gumam Syafiq.
“Oit!” Syafiq
berpaling. Wajah Sham terjengul di celah pintu rumah mereka.
Syafiq kemudian
berpaling semula ke hadapan. Menghadap ke arah jalan. Senang cakap ke arah
rumah si Temah.
Tak sampai beberapa
saat, Sham sudah berada di sebelahnya. Syafiq terasa kotak rokok Dunhill
itu diambil dari tangan dia.
“Apa hal mamat tu?”
Syafiq menyoal Sham.
“Putus cinta lagi la
tu.” Sham menelah.
“Bodoh!”
“Siapa?”
“Fahmi lah!”
“Sebab?”
“Jadi hamba cinta.”
Syafiq ketawa dengan apa yang baru diperkatakan tadi.
“Okey what. Kurang-kurang dia pernah bercinta. Kau, ade?” soal Sham,
gaya macam yang selalu disebut dalam kebanyakan filem-filem Melayu yang entah
apa-apa itu. Aksi nak melebih-lebih. Tapi jalan cerita, hancur.
Syafiq mendengus. Asap
semakin berkepul-kepul dihembus oleh dia.
“Ah, kau. Kata aku. Kau
pun sama,” balas Syafiq, sarkastik.
“Aku bukan tak nak ada
awek. Tapi dah awek tak nak kat aku, nak buat macam mana?” Sham membelek
wajahnya menerusi cermin tingkap kereta Wira, milik Fahmi.
Hensem juga aku. Ni
kalau Izzue Islam tengok, boleh nangis kot. Tapi… apasal awek selalu reject aku? Sham menggumam sendiri.
“Kau ingat, takat muka
hensem, awek nak pandang. Poket kena penuh, Bro. Kau tengok Fahmi. Duit banyak
pun asyik kena tinggal, buat apa. Jadi lelaki ni kena bijak. Jangan sampai kena
kikis licin dek perempuan.” Syafiq sudah gaya kaunselor memberi kaunseling.
Sham yang mendengar
sampai ternganga mulutnya. Kalau ada kumbang yang terbang, memang muat-muat.masuk.
Kalau lalat tu, bukan takat seekor saja, tapi sekawan pun boleh join masuk ke dalam mulut Sham.
“Habis tu, Pizah tinggalkan
kau dulu sebab apa?” jujur Sham bertanya.
“Uhuk!” Syafiq
terbatuk-batuk. Tertelan asap rokok. Sham pula menepuk-neluk belakang badan
Syafiq. Gaya dah macam mak tengah tenangkan anak yang tersedak air.
“Puang tuku takai!” Entah
jampi serampah apa yang keluar dari mulut Sham.
“Pizah sebut lah ni,” teka
Sham.
Syafiq merenung tajam. Kalaulah
mata Syafiq itu Pedang Samurai, mesti
habis calar-balar muka Sham dilibas dek pedang.
“Lagi sekali kau sebut
nama betina tu, aku tak agak-agak nak kick
muka kau!” keras amaran dari Syafiq. Dia tak suka bila nama bekas tunangnya itu
diungkit-ungkit. Nama itu umpama bara yang mencucuh hatinya, terbakar.
“Ala, Bro. Melawak pun
tak boleh,” Sham cuba bela diri. Tetapi dalam hati berjoget sakan.
Padan muka. Tadi bukan
main lagi kau berceramah bagai. Bila kena batang hidung sendiri, baru ada akai[6] . Sorak Sham di dalam hati.
“Pin! Pin!” Bunyi hon
motor cabuk milik pengedar risalah di taman perumahan itu berjaya menamatkan
perbalahan mereka berdua. Selalunya mamat Cina itu menghantar risalah berbentuk
iklan. Macam template untuk kawasan
perumahan baru, promosi pasar raya. Kadang-kadang tu ada juga terselit, risalah
pinjaman Ah Long. Risalah tilik nasib pun kadang-kadang terselit juga.
Sham mula menapak ke
arah peti surat berwarna merah, yang tergantung elok di pagar rumah mereka.
Syafiq menghampiri Sham
yang masih termangu di hadapan pagar rumah. Kebiasaannya, risalah-risalah itu
mereka campak terus ke dalam tong sampah hitam yang berada di luar rumah.
Langsung tak pernah belek.
Syafiq mula berminat
untuk melihat apa yang dibelek Sham. Sekeping kertas dihulur kepada Syafiq.
Seketika mereka
berpandangan. Ada suatu riak di wajah masing-masing. Riak yang berkeinginan.
****
Duri-duri dari dahan
yang terkena pada lengan Shafiq itu, tidak lagi dia hiraukan. Sakit memanglah
sakit. Namun nyawa itu lagi penting. Lariannya dipecut. Sham pula kelihatan
termengah-mengah di belakang Syafiq.
“Cepat Sham!” arah
Syafiq.
Tercungap-cungap Sham
menahan nafas. Sudah hampir 30 minit mereka berlari tanpa henti. Kalau ada
pertandingan marathon sempana Hari Kanser Sedunia, pasti dia mampu mendapat
sekurang-kurangnya 10 tempat teratas.
Tiba-tiba kaki Sham
tersandung kayu bersaiz sederhana, yang terentang di hadapan mereka.
Buk! Sham jatuh tertiarap.
Bunyi rengekan Sham,
menghentikan larian Syafiq yang laju itu.
Syafiq berpaling. Terkejut
melihat rakannya itu telangkup di tanah. Segera dia menuju ke arah Syam. Diangkat
tubuh Sham. Tangan kiri Sham disangkut ke bahu kirinya.
“Kita kena cepat Sham.
Kalau tak pembunuh tu mesti dapat kejar kita.” Syafiq sudah tidak pedulikan Sham
yang mengerang kesakitan. Diheret juga tubuh Sham itu walau agak berat.
Bebanan yang bertambah di
bahu Syafiq membuatkan lariannya agak perlahan berbanding tadi, sewaktu dia
berlari sendirian.
“Ak… aku dah tak mampu,
Bro. Sakit gila ni,” kata-kata Sham itu diiringi dengan bunyi erangan.
BANG! Bunyi peluru
dilepaskan ke udara, menyentapkan hati Syafiq dan Sham. Mereka tergamam
seketika. Masing-masing telan liur. Rasa perit di kerongkong.
Dalam hati, terbit rasa
kesal kerana datang ke sini. Semuanya gara-gara risalah iklan yang mereka
terima, lewat beberapa hari yang lalu.
Sebab plan bangang hendak
menyelesaikan masalah cinta, mereka berdua terperangkap dengan satu kes pembunuhan.
Syafiq dengan misi mahu
menggunakan khidmat Doktor Cinta untuk membalas dendam terhadap tunangnya.
Manakala Sham, cuba mendapatkan tips untuk memiliki teman wanita.
Tak sangka pula
kedatangan mereka ke rumah lelaki yang mengaku Doktor Cinta itu mengundang malapetaka
buat mereka berdua.
Melihat sekujur tubuh
terbaring dengan kesan darah yang berlumuran di lantai rumah, mereka jadi
panik. Masing-masing percaya itu adalah pemilik blog Pria Kesepian berdasarkan
gambar yang pernah dilihat di blog itu sebelum ini.
Di hadapan lelaki yang
terbujur kaku itu, kelihatan sesusuk tubuh berpakaian kot panjang berwarna
hitam. Kepalanya pula tertutup dengan
topi ala-ala Sherlock Homes. Hampir menutupi separuh wajahnya. Di tangannya
terdapat selaras senapang patah.
Belum sempat menyusup
keluar, kehadiran mereka telah pun disedari. Tak cukup tanah mereka berlari. Rasa
sesal tak putus-putus datang. Syafiq pula, tak habis-habis menyumpah seranah
diri sendiri.
Tiba-tiba bahu kanan
Syafiq dicengkam kuat oleh Sham.
“Bro! Lebih baik kau
tinggalkan aku je,” cadangan Sham itu dibalas dengan mata jegil Syafiq.
“Gila kau!” rengus
Syafiq.
“Kalau macam ni,
silap-silap kita berdua terkubur kat sini. Dengar cakap aku. Tinggalkan aku.
Selamatkan diri kau,” kata-kata Sham itu buat Syafiq terkesima.
Tiba-tiba, Sham
menggenggam tangan Syafiq, kuat.
“Jangan risau. Aku tak
salahkan kau, Bro.” Resah hati Syafiq bila mendengar permintaan daripada Sham
itu. Kalau ikut pada fikirannya, mahu saja dia ikut cadangan Sham. Tapi, jauh
di dasar hati, dia tak tergamak mahu tinggalkan rakannya itu sendirian,
menghadapi bahaya.
“Sham,” panggil Syafiq,
tegas.
“Dengar sini. Sama ada
hidup atau mati, biar kita hadapi sama-sama. Aku tak nak menyesal seumur hidup,
Sham,” suara Syafiq penuh yakin. Ya. Dia sudah nekad.
“Cup.” Satu ciuman
singgah di pipi kanan Syafiq.
Syafiq kaget. Matanya
terkebil-kebil memandang Sham.
Sham sengih macam
kerang busuk. Dalam pada itu dia turut mengerang kesakitan. Sakit pada kakinya
yang terkehel itu.
“Tak sangka kau yang
baran ni ada hati yang mulia.” Syafiq mendengus geram mendengar kata-kata Sham
itu.
Bengong punya Sham.
Agak-agak la kalau nak buat drama sinetron pun. Tengah hutan kot. Lagipun sekarang
ini nyawa mereka dalam bahaya. Desis Syafiq.
Mereka menyambung
larian. Syafiq cuba memepercepatkan langkah mereka.
Tiba-tiba ada suara
menyergah mereka dari arah belakang. Namun, mereka berdua meneruskan larian
tanpa menghiraukan suara itu.
BANG! Sekali lagi bunyi
peluru dilepaskan ke udara.
Syafiq masih berdegil
tidak mahu berhenti.
BANG! Kali ini mereka
berdua menjadi arah sasaran pembunuh itu.
Zup! Entah tubuh siapa
yang terkena. Antara Syafiq dan Sham. Mereka tidak tahu. Yang pasti keduanya rebah
bersama. Tubuh keduanya menyembah ke tanah.
Pandangan Syafiq mulai
gelap. Begitu juga dengan Sham.
****
“Bro!” Suara Fahmi
singgah di cuping telinga Sham. Matanya cuba dibuka. Wajah Fahmi tersergam di
hadapannya.
“Aku kat mana ni?”
tanya Sham.
“Kat hospital.” Itu
yang keluar dari mulut Fahmi.
“A… apa yang jadi ni?”
Sham menyoal Fahmi, sambil itu dia memegang kepalanya yang terasa berat sekali.
“Ada orang jumpa kau
dengan Syafiq terbaring tepi jalan kat hutan lipur,” terang Fahmi.
Nama Syafiq membuatkan
Sham bingkas bangun dari pembaringannya.
“Syafiq macam mana?”
tanya Sham, agak kalut. Nampak Sham risaukan keadaan Syafiq.
“Dia okey. Cuma luka
kat kepala je. Doktor kata terhantuk batu.” Terkebil-kebil Sham memandang
Fahmi.
Itu saja. Tak ada luka kena
tembak. Mahu saja dia bertanya macam tu kat Fahmi. Namun semua itu hanya bermain
dalam hatinya saja.
Apa sebenarnya yang
terjadi? Sham bertanya sendiri. Kakinya yang berbalut itu dipandang, lama.
Kalau bukan dia atau Syafiq
yang terkena tembakan, siapa pula mangsa peluru itu? Wajah Sham berkerut-kerut
memikirkan situasi itu.
“Syafiq mana?” soal
Sham kepada Fahmi.
****
Syafiq masih lagi
memandang ke laman di luar hospital menerusi tingkap lutsinar itu. Kepalanya
yang berbalut itu diusap perlahan.
“Bro.” Syafiq
berpaling. Kelihatan Sham berjalan dengan terhincut-hincut menuju ke arahnya.
Mata Sham memanah tepat
ke mata Syafiq. Seolah meminta penjelasan tentang apa yang telah berlaku kepada
mereka sebelum ini.
Syafiq jungkit bahu,
tanda tidak tahu.
Akhirnya Sham mengikut
saja tingkah Syafiq. Memandang ke luar sana. Ada sesuatu yang mengganggu di benak
mereka.
Pelik. Bagaimana mereka
boleh terselamat? Kalau ikut kata Fahmi, mereka dijumpai di tepi jalan di
pinggir hutan lipur. Tetapi kalau ikut situasi asal, mereka masih berada jauh
di dalam hutan. Bersama pembunuh Doktor Cinta itu.
Apa sebenarnya yang
berlaku? Rasa bingung dengan apa yang terjadi, Syafiq dan Sham melepaskan
keluhan, serentak.
****
Fahmi membuka pintu
pagar rumah sewa. Mahu masukkan keretanya ke dalam. Tadi sejurus dia menerima
panggilan dari pihak hospital yang menyatakan kedua rakan serumahnya dimasukkan
ke sana, tak tunggu lama, Fahmi terus pecut menuju ke hospital.
Sedang Fahmi membuka
pagar, dia ternampak sekeping risalah yang terselit di celah pagar rumah itu.
Diambil risalah itu. Bebola
mata Fahmi bergerak laju. Membaca bait-bait tulisan di dada risalah itu. Wajah Fahmi
nampak ceria. Samsung Galaxy Note segera dikeluarkan dari kocek seluarnya. Dia mula
menaip sesuatu di skrin.
Di sebuah rumah usang...
Dia tersenyum lebar bila melihat mesej yang baharu saja masuk ke dalam kotak mesej e-mailnya. Usai membaca isi mesej tersebut, dia ketawa. Mulanya perlahan. Namun, lama kelamaan semakin kuat. Ketawa yang jika didengari tikus, pasti menikus di dalam lubangnya. Yang jika didengari sang burung, pasti habis berterbangan.
Sepucuk pistol yang terletak di atas meja bersebelahan komputer ribanya itu dipandang. Dia menyeringai.
Mangsa baru sudah tiba. Desisnya di dalam hati. Sambil itu, matanya dialihkan semula ke komputer riba tadi. Membaca kembali bait-bait ayat yang terkandung di dalam e-mail tersebut dan dia kembali ketawa. Ketawa yang membawa maksud tersirat.
Di sebuah rumah usang...
Dia tersenyum lebar bila melihat mesej yang baharu saja masuk ke dalam kotak mesej e-mailnya. Usai membaca isi mesej tersebut, dia ketawa. Mulanya perlahan. Namun, lama kelamaan semakin kuat. Ketawa yang jika didengari tikus, pasti menikus di dalam lubangnya. Yang jika didengari sang burung, pasti habis berterbangan.
Sepucuk pistol yang terletak di atas meja bersebelahan komputer ribanya itu dipandang. Dia menyeringai.
Mangsa baru sudah tiba. Desisnya di dalam hati. Sambil itu, matanya dialihkan semula ke komputer riba tadi. Membaca kembali bait-bait ayat yang terkandung di dalam e-mail tersebut dan dia kembali ketawa. Ketawa yang membawa maksud tersirat.
-Tamat-
*Maksud.
[1] Gila [2] Kurang
ajar [3] Sila tanya orang Johor J [4] Pun ayat
orang Johor :D
[5] Sindrom penyakit
orang perempuan selalunya [6] Akal
erkkk...
ReplyDeletemengapakah? *mata terbeliak*
ReplyDeletePria ? Hihi. Cewek kesepian pulak lah kak tumpoi :P
ReplyDeleteahaha. ni cerpen tulis masa di bawah stress. macam lepas geram gitu :D
Delete