The little thing called love?

Jika anda ingin menjadi seorang stalker amatur, anda perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Untuk mencapai piawaian yang ditetapkan, langkah-langkah di bawah ini boleh anda ikuti. 

Langkah 1 : Tetapkan target anda.

Pastikan target anda hanyalah 1. Fokus itu penting. Cara untuk mengenalpasti target anda, senang sahaja. Jika anda terpandang target, secara automatic anda akan berasa berada di suatu kawasan yang lain. Contoh, seperti kawasan yang dipenuhi bunga-bungaan. Waktu itu, betapa riuhnya keaadaan tetap tidak akan mempengaruhi anda. Seolah-olah waktu itu hanya ada anda dan target anda. Dan satu lagi, pastikan target anda masih single jika tidak mahu patah hati.



Langkah 2 : Usaha yang gigih.

Anda perlu mengetahui jadual waktu target. Jika anda dan target masih bersekolah, anda cuma perlu ke bilik darjahnya untuk mengetahui jadual waktu kelasnya. Untuk tidak kelihatan terlalu ketara yang anda adalah seorang stalker, cuba mengaburi mata mereka dengan berpura-pura melihat papan kenyataan kelas si target sewaktu kelas pertukaran. Contoh, jika anda dan target pernah berkongsi kelas, kiranya target kelas pagi dan anda kelas petang. Jadi gunakan kesempatan itu untuk menyalin jadual waktu kelasnya. Kalau anda terlalu berani cubalah cabut jadual itu dan simpan.

Langkah 3 : Usaha yang berterusan.

Ini perlu untuk memastikan anda tahu serba sedikit tentang target. Contoh, jika sekolah anda mula melekatkan nombor angka giliran seperti PMR/SPM/result exam di papan kenyataan, anda boleh menyemak nombor kad pengenalan target di situ. Di situ anda akan tahu birthday si target secara automatiknya. Time tu nak kasi hadiah pun boleh. Tapi lakukan secara RAHSIA.



Langkah 4 : Rakan yang baik & berani.

Antara kejayaan dan kegagalan misi anda ini bergantung kepada rakan anda yang baik & berani. Yang tak akan sesekali menikam anda dari belakang. Rakan seperti ini akan membantu anda mendapatkan maklumat tentang target anda secara lebih detail. Contoh, menyusup masuk ke pejabat sekolah dan mengambil buku rekod kedatangan kelas si target. Jangan risau, anda bukan mencuri tetapi sekadar meminjam. Masa yang diperlukan tidak sampai pun 10 minit. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mengingati/menyalin maklumat-maklumat penting seperti nombor telefon dan alamat rumah si target. Rakan anda juga akan berusaha melakukan apa sahaja untuk membantu anda. Contoh, mendapatkan nombor telefon target daripada kawan-kawan si target. itupun secara curi-curi melalui telefon bimbit kawan si target. Untungkan dapat rakan macam ni. Bahagia.



Langkah 5 : Pantas bertindak.

Anda telah mendapat hampir kesemua maklumat target anda. Jadi, anda cuma perlu berpura-pura meronda di kawasan sekitar perumahan target untuk mengetahui di mana target tinggal. Oh, ini penting sekiranya anda tidak berjumpa target suatau masa nanti, contoh jika target deman teruk, jadi anda hanya perlu round-round di sekitar rumahnya. Bak kata orang tua-tua, tak dapat tengok tuan, tengok bumbung pun jadilah. Masih ingat dengan nombor telefon yang anda berpenat lelah untuk mendapatkannya? Daillah nombor itu dan berpura-pura mahu bercakap dengan si polan – si polan. Jika nasib anda baik, si target yang akan mengangkatnya. Jika tidak anda perlulah mencuba beberapa kali. Bagaimana pula mahu mengecam suara si target? Hai, kata stalker haruslah anda cam walaupun dia cuma berdehem sahaja.

Langkah 6 : Memahami target anda.

Inilah perkara yang paling senang tetapi perlukan daya pemerhatian yang tajam serta semangat yang tinggi. Cara-caranya, anda sudah tahu akan jadual si target. Contoh, jika target perlu berada di perpustakaan, anda juga boleh berkunjung ke sana. Dari situ anda boleh melihat beg serta kasut target. jenama dan colour apa yang digunapakai olehnya. Ada lagi 1 cara. Tetapi cara ini hanya berkesan sekiranya kelas anda dan target berhadapan. Contoh, bangunan kelas target betul-betul di hadapan bangunan kelas anda. Carilah kedudukan yang tepat supaya anda akan sentiasa melihat target. So, time tu kalau dia terbungkang tidur pun anda akan nampak dengan jelas. Lagi bagus jika kelas anda turut boleh melihat pintu pagar masuk sekolah/fakulti. Ini dapat mebantu anda melihat jenis pengangkutan yang target gunakan. Contoh, anda boleh melihat jenis/warna basikal target ataupun jenis/warna & nombor pendaftaran kenderaannya. Ini sangat membantu kerana apabila anda berada di luar kawasan, anda tetap dapat mengecam kelibat target sekali lalu. Ataupun sewaktu di science lab yang berhadapan dengan stor sukan anda, apa yang perlu anda lakukan sama seperti cara 1 di atas. Pastikan kedudukan anda berhampiran pintu, dan pastikan pintu terbuka dan anda nampak kedudukan stor sukan itu. Iyalah, kan senang nak mengusha kalau-kalau time tu target anda ke stor sukan untuk mengambil peralatan.

Langkah 7 : Beri semangat secara tak langsung.

Jikalau target anda seorang yang aktif langkah ini amatlah perlu. Contoh, jika dia merupakan ahli persatuan/atlet maka ini akan memudahkan misi anda. Cuma perlu hadir di setiap aktiviti yang dia hadir, dan kalau boleh sila berada di bahagian hadapan supaya anda dapat bersorak untuknya. Oh, anda juga boleh meninggalkan post – noted di bawah meja target anda. Macam mana nak buat? Eh, kan anda berkongsi kelas. Ambil pen + kertas, selepas tulis dan silalah letakkan di bawah mejanya. Hello! Just only, post noted. Bukan love noted okey. Anda cuma perlu tulis, contoh GOOD LUCK FOR YOUR PMR! And put a smile & ur signature. Hanya signature sahaja. Bukannya nama anda. Okey!


Langkah 8 : Jangan terlalu obvious.

Hoho. Tolonglah jaga tingkah laku anda sebagai seorang stalker yang amatur. Hormati privasi target. Contoh, jika anda terserempak dengan target dan ketika itu anda sedang berjalan-jalan dengan rakan anda dan waktu itu anda sedang excited bercerita tentang si target. Segera mengubah topik itu. Cara yang perlu anda lakukan : 1, sila bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. 2, segera mengubah topik yang anda bualkan. 3, ini ciri yang penting iaitu spontan. Contoh, “Eh, hari ni kerja sekolah/assignment apa yang kita kena buat?” atau “ Hari ni kita nak makan apa ya?”. Soalan-soalan spontan itu perlu walaupun anda sudah tahu hampir 10 mukasurat kerja sekolah/assignment yang perlu anda siapkan untuk setiap subjek dan menu makanan di sekolah/U anda yang tidak pernah bertukar sekalipun walau dah bertahun.

Langkah 9 : Sikap sabar yang tinggi.

Ini paling penting. Kesabaran. Sod ba ra’. Segala langkah-langkah di atas memang akan memakan masa. Mungkin setahun, 2 tahun atau tiga tahun ataupun sehingga target sudah meninggalkan zaman persekolahan/U. Biasalah, ini semua adat. Siapa suruh nak sangat jadi stalker, so kenalah terima. Anda juga mungkin akan menghadapi saingan daripada si penggoda/adik angkat target. Jadi kuatkan semangat anda ya! 



Langkah 10 : Ingatan yang kuat.

Ini berlaku setelah target sudah jauh dari anda. Walau dah bertahun usia anda dimamah waktu, ingatan anda terhadap target tak akan pernah pudar. Dan jika ada waktunya, anda akan tersenyum sendiri apabila mengingati semua itu. Percayalah. 



P/s : Nak jadi stalker amatur bukannya mudah. Daya ketahanan anda perlu kuat. Time tu lah akan datang pelbagai dugaan. Dan lagi satu jika anda sudah nyatakan sesuatu rasa kepada si target, anda bukan lagi seorang stalker. Hahaha. Jika anda pernah/akan ikut langkah-langkah ini, tak tahulah apa yang mampu dikatakan. Sama ada anda tu yang terlalu taksub/putus fius atapun target anda terlalu beruntung kerana mempunyai seorang secret admirer tak bertauliah seperti anda. LOL. 


P/s, no. 2 : Selalunya lepas tengok cerita Crazy little thing called love, automatik ingatan akan kembali ke zaman di bangku sekolah. Kuikuikui.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 9 : Ku Kira 1,2,3...Bintang Di Langit

[5] Cerpen : Pabila Si Trio Pulang Beraya

1,2,3... Ramadhan Tiba (Tuah & Teja)