[2] Cerpen : Tapi bagaimana
Waktu di jam tangan
tepat menunjukkan pukul 7 petang. Suri Yuhanis berjalan dengan pantas menuju ke
parkir kereta. Keadaan sunyi di kawasan parkir kereta itu, jika pada hari
kebiasaan mampu mengundang rasa gerun pada setiap kakitangan Bangunan Putra
Bina. Ini kerana parkir kereta bertingkat itu kerap berlaku kejadian-kejadian
yang tidak diingini.
Namun pada Suri Yuhanis,
hari ini dia memang tidak berasa apa-apa. Yang ada cuma rasa geram.
Mulutnya terkumat-kamit bagaikan sedang menjampi serapah. Tiba di kereta, dia
cepat-cepat memboloskan diri. Pintu kereta di tutup dengan kuat. Tiba-tiba
bunyi hon yang nyaring dan panjang kedengaran. Rupa-rupanya itu angkara dia. Mujur kawasan parkir itu hanya mempunyai beberapa buah kereta sahaja.
Jika tidak mahu ada yang lemah jantung.
Di dalam kereta.
“Benci!! Benci!! Benci!!” Suri
Yuhanis menghentakkan tangannya di stereng kereta.
Dia kemudiaanya berhenti
daripada terus menghentak stereng itu. Kelihatan tapak tangannya berbekas
kemerahan.
“Apa pasal semua orang
sibuk sangat hal aku. Suka hati akulah nak kahwin ke tak. Geram aku! Penyibuk!
Dasar suka jaga tepi kain! Kalau aku tak kahwin sampai ke mati pun bukannya dia
orang yang kena tanggung nafkah aku. Yang si Noh tu sibuk sangat apa pasal. Kak
Yam tu pun sama. Satu ofis tu memang mulut cabul!!! Benci!!!” Kali ini dia
menumbuk bahagian tepi pintu keretanya. Kuat.
“Auch. Sakitnya.” Suri
Yuhanis mengaduh. Kemudian dengan tangan yang sakit itu, dia mula menghidupkan
enjin kereta. Tidak menunggu lama, dia terus memecut kereta Myvi putihnya.
Di jalanraya, keadaan
begitu sesak dengan kenderaan. Maklumlah kebanyakan orang masih lagi dalam
perjalanan pulang daripada pejabat. Suri Yuhanis mulai berasa berang. Sudahlah
tekanan di pejabat menekan otaknya. Ditambah pula dengan keadaan yang jammed. Dadanya berombak menahan rasa.
Tudung berwarna biru laut itu sudah kelihatan senget. Menunjukkan si pemakainya
berada dalam keadaan tidak terurus.
Sejurus kemudian api
amarah yang daripada tadi merajai hati, tiba-tiba terpadam terus apabila terdengar laungan azan Maghrib yang berkumandang di corong radio. Satu keluhan
berat dilepaskan. Suri Yuhanis mula menguatkan bunyi azan itu. Lalu dia
beristighfar berkali-kali. Terasa kesal membiarkan syaitan meniupkan api
kemarahan dalam diri. Dia kemudian meraup wajahnya dengan tangan. Dipandang
wajahnya melalui cermin pandang belakang, dia terkejut melihat keadaan dirinya
yang begitu kusut. Tudung yang senget tadi diperbetulkan.
Melihat barisan kenderaan
yang panjang dan bergerak bagaikan siput, Suri Yuhanis menggelengkan kepala.
‘Kalau macam inilah, bila masanya aku akan sampai ke rumah.’ Desis hatinya.
Kemudian dia memandang sekeliling, mencari-cari tempat untuk dia singgah bagi
menunaikan solat Maghrib. Tidak mahu bertangguh sehingga ke akhir waktu. Untung
selepas solat, kekusutan yang melanda akan reda.
Pandangan Suri Yuhanis
menangkap papan tanda AEON yang tersergam gah di sebelah kanannya. Jika dilihat
pada jaraknya AEON itu hanyalah dalam jarak 3 kilometer daripada kenderaannya
yang tersangkut. Dia menoleh ke arah jam di dashboard kereta. Sudah menunjukkan
pukul 7.45 minit petang. Lebih elok jika dia berhenti di situ untuk menunaikan
solat. Dalam pada itu boleh juga dia merehatkan diri seketika menyambung
kembali perjalanan.
Usai solat Maghrib, Suri
Yuhanis duduk bersandar di sebuah bangku kayu yang panjang. Bangku kayu yang terletak
di tengah-tengah laluan mall itu.
Buat seketika dia merasa tenang berada di dalam keadaan begitu. Sedang asyik dia
melihat orang-orang yang lalu lalang, Suri Yuhanis terpandang Kedai Buku
Popular di tingkat satu.
“Hmm..Kedai buku.” Dia
mengomel sendirian.
Kemudian dia bangun
daripada duduk dan mula mengatur langkah ke tangga eskalator. ‘Dah lama jugak
aku tak masuk kedai buku. Alang-alang dah sampai lebih baik aku cari satu buku
motivasi. Daripada orang memotivasikan aku, lebih baik buku yang motivasikan
aku. Tak sakit hati. Kurang-kurang kalau hati sakit, buku tu aku simpan ja.’
Hatinya mula berperang dengan emosi.
****
Tiba di Kedai Buku
Popular Suri Yuhanis terus menuju ke arah rak-rak buku. Daripada satu rak buku
ke rak buku yang lain. Dia mula menghampiri rak buku yang berlabel Malay Novel. Dicapainya sebuah novel
yang agak tebal.
‘Amboi. Cantiknya cover.
Tengok tajuk pun dah boom.’ Hatinya
berkata-kata.
Dia mula membelek blurb di belakang novel tersebut. Sebaik
sahaja membaca blurb novel itu, dia
terus meletakkan semula novel tersebut. Agak kuat seolah-olah menghempas.
‘Hei! Dah tak ada cerita
lain kah? Balik-balik cerita kahwin-kahwin!Apa dah tak de cerita lain ke boleh
diangkat? Ceritalah pasal politik ke? Cerita macam CSI tu ke? Cerita fantasi fiksyen
ke? Ni asyik cerita kahwin saja. Apa ingat semua orang kat dunia nih semuanya
dapat kahwin dengan mudah ke? Sekadar jumpa sekali dah boleh diajak kahwin. Nonsense!’ Dia mula bermonolog.
Di sisinya terdapat
beberapa orang remaja perempuan. Jika dilihat pada usia mereka rasanya masih
bersekolah menengah. Suri Yuhanis melihat reaksi remaja-remaja itu yang begiru
teruja menghuraikan sinopsis novel yang dipegangnya tadi.
Dia menjeling sahaja
kepada remaja-remaja itu.
‘Amboi. Kecik-kecik lagi
dah pandai baca cerita kahwin. Adik! Cerita-cerita ni semua bohong belaka. Bagi
harapan palsu sahaja. Janganlah menganyam impian daripada benda yang mustahil
wahai adik-adikku. Lebih baik kau orang fokus pada pelajaran.’ Ingin sahaja dia
luahkan sebegitu kepada remaja-remaja itu. Tetapi semuanya itu hanyalah di
dalam fikirannya sahaja. Tidak terluah. Rasanya jika diluahkan, mahu sahaja
budak-budak itu membalas sebegini,
“Eleh! Kakak nih
dengkilah tu. Dia tak kahwin-kahwin lagi, ada hati nak nasihat kita!” Okey, itu
hanyalah kata-kata yang bermain dalam fikiran dia ketika itu. Tiba-tiba,
“Err... Kakak nak beli
novel ni ke?” Tanya salah seorang remaja itu kepada Suri Yuhanis.
Dia terkedu. Sebaik
tersedar dia terus membalas,
“Eh...Tak lah. Tak.
Kakak tengok-tengok saje.”Dia tersenyum. Senyum terpaksa.
‘Okey. Padan muka aku.
Boleh pula mengelamun tengah-tengah laluan ni.’ Desis hatinya.
Kemudian Suri Yuhanis
mula mengorak langkah ke bahagian yang tertulis Religion. Dia mula melihat satu per satu buku di rak itu. Tatkala
itu dia terpandang sebuah buku yang agak tebal di rak paling atas. Tajuk pada
buku itu menarik perhatiannya.
‘Okey. Confirm buku ni bukan cerita pasal
kahwin-kahwin.Hahaha.’ Dia masih terus bermonolog. Sambil itu mulutnya turut
mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio kedai itu. Lagu dendangan
Kumpulan Spider.
Dia memandang lama buku
tersebut. Buku itu berada di rak paling atas. Suri Yuhanis mula menjengketkan
kakinya. Tangannya cuba untuk mencapai buku itu, namun masih tidak tercapai.
Hanya jari telunjuknya sahaja sempat mengenai buku itu.
‘Aduh! Menyesal pula tak
pakai high heels hari ni.’ Dia kemudian
merenung kakinya yang cuma memakai sandal itu.
Namun Suri Yuhanis masih
terus mencuba mencapai buku dengan tubuhnya yang kecil itu. Dia kemudian memaut
tangan kirinya di rak buku itu. Kemudian sekali lagi dia menjengketkan kakinya.
Buku itu berjaya dikuis sedikit dengan jemarinya. Sekali lagi dia mencuba. Kali
ini dia cuba melonjakkan badannya. Tepat mengenai sasaran. Buku itu berjaya
dijatuhkannya.
Tiba-tiba kedengaran
bunyi seperti orang mengaduh.
“Adoi!” Satu suara garau kedengaran
mengaduh. Sambil itu dia menggosok-gosokkan kepalanya. Sakit. Mungkin kepalanya terkena
pada bucu buku tersebut.
Suri Yuhanis mula
menggelabah. Digigitnya kuku tanda dia rasa bersalah. Sungguh. Dia memang tidak
perasan ada seseorang yang sedang bertinggung berdekatan dengan rak itu.
“Mak aii. Patutlah
sakit. Tebalnya.” Suara garau itu kedengaran lagi.
Suri Yuhanis dalam keadaan
cuak apabila si suara garau itu mula berdiri. Buku yang jatuh itu dikutipnya.
‘Ya Allah. Ampunkanlah dosa aku. Lepas ni aku takkan ngamuk-ngamuk lagi.’ Dia
mula berdoa di dalam hati. ‘Kalaulah mamat ni lempang aku, jadi kes niaya ni.
Tengok badan pun dah ala-ala Fahrin
Ahmad.’ Dia mula menelan air liur.
Kemudian lelaki itu
berpaling ke arah Suri Yuhanis yang tegak berdiri seperti patung di butik
pakaian. Lelaki itu mula menilik dia daripada atas ke bawah. Berulang kali.
‘Eh! Apa hal mamat ni?
Nak kena cucuk biji mata ke?’ Suri Yuhanis mula menjegilkan matanya. Tanda dia
tidak berpuas hati dengan reaksi daripada lelaki tadi. Tidak jadi untuk dia
menuturkan kata maaf. Namun dalam masa yang sama dia ternampak senyuman pada
wajah lelaki tadi. Senyuman yang sinis.
“Puan!” Lelaki tadi mula
bersuara.
“Lain kali kalau nak
mengait pun pakailah galah.” Dan lelaki tadi menyambung lagi,
“Kita ni kadang-kadang
kena juga ukur tahap kebolehan diri sendiri.” Lelaki tadi melepaskan tawa yang
perlahan.
Suri Yuhanis terkedu.
‘Eh, mamat ni mengata aku ke?’. Dia yang masih dalam keadaan berkhayal hanya
berdiam diri. Tidak membalas walaupun sepatah kata.
Kemudian lelaki tadi
beransur pergi. Pergi membawa buku tadi bersama.
Suri Yuhanis mula
tersedar. “Eh, apa pasal dia bawak buku tu. Aduh! Dah lah susah payah aku
ambik. Dia senang-senang saja cilok.” Dia mengomel sendirian. Matanya turut
mengekori langkah lelaki tadi yang sudah sampai ke kaunter pembayaran.
“Kurang asam punya
mamat. Dahlah pakai t-shirt smiley.
Bajet cool!” Dia mendengus.
Kemudian
Suri Yuhanis mulai berusaha sekali lagi. Berusaha untuk mendapatkan buku itu.
Tiba-tiba, bahunya dicuit dari belakang. Dia menoleh ke belakang. Seorang
wanita sedang tersenyum memandangnya.
“Iya kak, ada ape?”
Tanya dia kepada wanita itu.
“Buku yang adik nak tu
ada di meja promosi depan kaunter. Rasanya lagi senang kot adik ambil saja kat
situ.” Dia memandang ke arah tempat yang ditunjukkan wanita itu.
Memang terdapat banyak
buku tersebut di situ. Suri Yuhanis mulai malu sendiri. Malu dengan kakak yang
menegurnya tadi. Malu juga kepada lelaki tadi.
‘Huhuhu. Malang sungguh
nasib aku ni. Malunya!!!’ Dia terasa ingin berlari keluar sahaja dari kedai
itu.
Walaupun dalam keadaaan
malu, Suri Yuhanis tetap melangkah ke arah meja yang menempatkan buku itu. Dia
mula mencapai sebuah buku di situ. Dalam masa yang sama dia menundukkan kepala.
Berpura-pura sedang membaca blurb
buku tersebut. Hakikat yang sebenarnya dia malu kerana meja itu berdepan dengan
kaunter pembayaran. Kaunter yang menempatkan lelaki tadi.
Kemudian apabila dia
mulai sedar bahawa lelaki tadi melangkah pergi, cepat sahaja dia membawa buku
itu ke kaunter. Dikeluarkan beg duitnya. Not seratus dikeluarkan. Namun dia
tercari-cari kad ahlinya. Di buku itu terdapat pelekat yang menyatakan diskaun
30% untuk ahli. Resah dalam mencari dia memandang tepat ke arah cashier di hadapannya.
“Adik. Kalau tak guna
kad masih boleh dapat less?” Tanya
dia kepada juruwang itu.
Juruwang berbangsa cina
itu menggelengkan kepalanya.
“Ala, saya terlupa bawa
kad la amoi. Betul! Tak tipu.” Dia cuba memujuk.
Juruwang itu menunjukkan
muka kurang berpuas hati. Namun seketika dia berkata,
“Okeylah. You boleh pinjam ini kad. Ada encik tadi
tertinggal itu kad!” Terang juruwang itu.
Suri Yuhanis membulatkan
matanya. ‘Ada orang tertinggal kad? Siapa? Lelaki tadikah?’ Hatinya mula
berteka-teki.
Kemudian dia bertanya
kepada juruwang itu,
“Encik yang pakai
t-shirt smiley tadi ke?”. ‘Amboi mata.
Sempat lagi mengusha.’ Dia menegur di dalam hati.
Juruwang itu mengangguk.
Seolah mengiakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suri Yuhanis itu. Dia mula
mencuri pandang pada kad itu. Mencari nama empunya kad itu. Saat juruwang itu
meletakkan kad itu di atas meja, dia menarik perlahan-lahan. Dibalikkan kad
itu. Tertera nama si pemilik kad itu. Dia menahan rasa debar. Tiba-tiba
juruwang itu berdeham.
Suri Yuhanis terkejut.
Lalu kad itu diletakkan semula. Dia kemudian mencapai bungkusan buku itu.
Selesai mengucapkan terima kasih, dia mulai melangkah pergi.
Patutlah lelaki tadi
mengambil buku itu setelah mengutipnya. Paling dia tidak percaya apabila lelaki
itu tidak pula memarahinya. Sebaliknya hanya kata-kata sindiran yang dia
terima. Itupun bagaikan kiasan dalam nada seperti mengusik. Dia kemudian
terlihat lelaki tadi memasuki semula kedai itu. Kali ini mereka berjalan dari
arah bertentangan. Namun jarak mereka dipisahkan dengan sebuah meja besar yang
ditimbuni buku.
Lelaki tadi perasan akan
kehadirannya. Lalu lelaki itu tersenyum sambil mengangkat bungkusan di
tangannya. Bungkusan yang mungkin berisi buku tadi.
****
Tiba di dalam kereta, kedengaran bunyi nada
deringan telefon bimbitnya. Dia mula menggagau telefon bimbit di dalam beg
tangannya. Tertera nama Abahku Syg. Dia menekan butang hijau itu, lalu suara si
pemanggil mula kedengaran.
Abah :
Assalammualaikum. Kamu dekat mana ni?
Suri Yuhanis : Wa’alaikumusalam. Hanis dekat AEON ni.
Abah : Dah pukul berapa ni tak balik-balik lagi. Awak tu jgn. lewat-lewat sgt.
Suri Yuhanis : Iyalah. Hanis dah dlm. kereta ni. Nak balik dah.
Abah : Kamu jgn. lupa ambik cuti minggu depan. Marah Pak Long kamu nanti!
Suri Yuhanis : Hanis dah apply abah! Kali ini Pak Long nak kenalkan dgn. anak siapa pula?
Abah : Dengan anak Pak Cik Abdullah jiran selang dua pintu rumah dia. (Abah ketawa)
Kamu jgn. buat-buat lupa pula nanti!
Suri Yuhanis : Wa’alaikumusalam. Hanis dekat AEON ni.
Abah : Dah pukul berapa ni tak balik-balik lagi. Awak tu jgn. lewat-lewat sgt.
Suri Yuhanis : Iyalah. Hanis dah dlm. kereta ni. Nak balik dah.
Abah : Kamu jgn. lupa ambik cuti minggu depan. Marah Pak Long kamu nanti!
Suri Yuhanis : Hanis dah apply abah! Kali ini Pak Long nak kenalkan dgn. anak siapa pula?
Abah : Dengan anak Pak Cik Abdullah jiran selang dua pintu rumah dia. (Abah ketawa)
Kamu jgn. buat-buat lupa pula nanti!
Selepas memberi salam,
dia mendengus keras. ‘Kenapa semua orang sibuk nak masuk campur dalam urusan
jodohnya. Noh, Kak Yam dan rakan-rakan pejabatnya. Pak Long tu pun sama saja.
Benci!!!’ Bentak hatinya.
Kemudian tiba-tiba dia
teringat akan kejadian di dalam kedai buku tadi. Susulan itu dia mula
mengeluarkan buku yang dibeli tadi daripada bungkusan. Lama dia memandang tajuk
buku yang tertera itu.
Muhammad Bin Abdullah ~
Perjalanan Hidup Seorang Rasul.
Dia
menghela nafas panjang. Kemudian dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan nama yang
tertera di kad ahli tadi. Muhammad Bin Abdullah! Itulah juga nama milik lelaki
tadi. Lelaki yang tertimpa oleh buku itu. Dia kemudian mengukir senyum. Ironinya.
Tamat. *smile*
P/s : Cerita dalam Tapi bagaimana ni tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada. Jika ianya sama itu hanyalah kebetulan sahaja. Harap tiada pihak yang tersinggung. Jika ada Maafkanlah saya.huhuhu *senyum semua*
hahaa. . .coincidence ey xD
ReplyDeletedovisit us :)
http://scriptbudakjalanan.blogspot.com
cha'e : hehehe.yup.
ReplyDeleteok.budak jalanan kan?