TRIP: KUL-LGK-KUL (Bab 2)
Lapangan Terbang Langkawi. Telefon ditangan dibelek sebaik terdengar bunyi, isyarat bahawa ada mesej yang masuk. +Salam Kak Eja. +Saya tunggu kat luar. +Betul-betul depan pintu masuk. +Tang tempat ambil-hantar penumpang. Dia baca satu persatu mesej yang dia terima daripada adik sepupu Bid melalui aplikasi WhatsApp. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berjalan menuju ke arah pintu utama lapangan terbang. Mujur sangat balai ketibaan dengan pintu utama di sini tak jauh macam kat KLIA 2. Kalau tak menangis lagilah dirinya. Imbas semula… 15 minit lagi penerbangan bakal berlepas, dirinya masih tersangkut menunggu giliran pemeriksaan di pintu Jabatan Kastam. Tuhan saja yang tahu betapa debak-debuk hatinya ketika itu. Rasa bimbang kalau-kalau dia tak sempat tiba di pintu untuk menaiki kapal terbang. Tak pernah dia jadi kelam kelibut seperti hari ini. Dia jenis yang bersedia awal. Tidak kiralah sama ada menaiki kapal te...