[Sinopsis] Cerita kita; Merah Kuning Hijau



Cerita cinta dia dan Doktor Kusyairi sudah bertemu titik noktah. Takkan bersambung sampai bila-bila. Isyarat berwarna MERAH itu buat dia berhenti melangkah. Dan dia tetap berdiri di situ, sendirian. Namun kehadiran lelaki bernama Beto itu membuatkan dia mula berfikir kembali. Kata Doktor Zuliana, hidup perlu diteruskan - Yohana.

Tanpa gelak tawa Isha di sisi, hidup dia kosong. Rasa kesal yang  menggunung itu tidak mampu untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Dan kini dia berdiri di hadapan isyarat KUNING.
Jika dia terus melangkah dia akan kehilangan isterinya. Tetapi jika dia memilih untuk berhenti di situ, adakah segalanya akan kembali ke asal? - Diaz.

Dia hidup dalam keadaan yang cukup sempurna. Tiada satu cela pun pada dirinya. Kerjaya, keluarga, kawan-kawan, semuanya terlalu sempurna. Pada dia kesempurnaan itu penting dalam hidup. Namun kehadiran gadis OKU itu menggugat prinsip hidup yang dia pegang. Di hadapannya isyarat HIJAU, jelas tertera. Namun langkahnya mati di situ. Dia dalam dilema. Tapi apa yang pasti jika dia tidak berani melangkah, dia akan hilang apa yang dicari selama ini. - Ibtisam

Comments

Popular posts from this blog

[8] Cerpen : Hadiah Yang Terakhir

[6] Cerpen : Sumpahan Rindu, Mahsuri.

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim