Kredit untuk si pelukisnya. Syomel sangat. Aci ya kita gunapakai letak di sini? ;) Isma pandang sekilas pada Suri yang sedang fokus memandu itu. Suri memang begitu, jika memandu akan kurang bercakap jadinya. Isma membuang pandangan ke luar tingkap. Langit mendung. Mungkin petang ini akan hujan, mungkinlah. Dia sekadar mengagak. Suasana sepi di dalam kereta buat dia hanyut terkenang perisitwa tengahari tadi. Pertemuan dia dengan Ilyasa rakan baik abang sepupunya itu selepas solat Jumaat. Tak menyangka bahawa lelaki itu akan menegurnya. “Isma.” Mata Isma luas terbuka. Terkejut sebenarnya apabila namanya disapa Ilyasa. Suri pun sama. Yalah, tadi kan mereka tengah bersembang tentang orang yang di hadapan mereka sekarang ini. “Buat apa di sini?” Sejurus bertanya soalan itu, Ilyasa tepuk dahi sendiri. Isma pula pandang saja gelagat Ilyasa tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu berkemeja kemas berwarna kelabu dipadankan dengan seluar khakis berwarna hitam. Seterusnya ...