Sebab kenapa IMY tu masuk kategori best sangat2.


Sebab 1.

Cerita pasal 2 orang remaja yang bersahabat. Ku memang suka cerita-cerita pasal cinta monyet time sekolah ni. hahahaha





Sesungguhnya, budak berdua ni sangatlah cute. Rasanya ni la antara cerita yang ku boleh ikut dan fokus dari mula sampai habis. Maksudnya, ku langsung tak skip pun bila tang zaman diaorang  kecik-kecik ni. ^^ (sebab slalunya aku skip juga- contoh macam Autumn in my heart, Kim Tak-gu - King of baker tu)





Mengisahkan Han Jung-woo, budak lelaki yang baru saja kembali dari luar negara disebabkan keadaan kesihatan bapanya. Jung-woo akhirnya meneruskan pengajian di Korea. Bertemu Lee Soo-yeon, anak kepada seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan. Soo-yeon ni hidup dia memang sedih tahap sedih gila. huhuhuhu.

Disebabkan diaorang ni tak da kawan-kawan, so diaorang pun bersahabat.

Sebab 2.

Masa diaorang remaja ni, banyak sangat scene yang ku rasa mampu buat kita terkenang zaman sekolah dulu-dulu. Playground yang jadi tempat dating Jung-woo n Soo-yeon. Lepas tu hujan, salji, pengepit baju, angin, lampu rosak, mengira jarak perjalanan, hafal sifir, dan yang paling ku rasa sweet sekali, cara Jung-woo 'padamkan' memori buruk Soo-yeon. Oh! Sweet sangat kot. Oh, ada lagi satu-payung kuning.





Penyepit baju. (yang Jung-woo hadiahkan)










Payung kuning (milik Soo-yeon)










Lampu jalan yang rosak (area rumah Soo-yeon)









Bi- hujan. (sebab Soo-yeon janji dengan Jung-woo, hujan yang pertama kali turun - waktu diaorang dah jadi chingu dia akan berikan hadiah. kan Jung-woo hadiahkan dia penyepit baju) 








Playground (tempat diaorang selalu jumpa)







Cara Jung-woo 'padamkan' memori buruk Soo-yeon. gila sweet habis. ku pun dah terikut-ikut style Jung-woo tu. lol


Angin. Ni Soo-yeon yang ajar. Dia selalu cakap, dia bukan menangis sebab sedih tapi sebab angin bertiup. Makanya, Jung-woo akan hadang dengan badan tak bagi angin bertiup ke mata Soo-yeon. Sweet kan kan kan. hahaha






Sweet gila kan diaorang ni. hahahaha




P/s: Suka tengok cara diaorang berkawan tu.


Sebab 3.

Konflik cerita ni. Walaupun cerita ni sarat dengan dendam, tapi ku puas hati cara olahan dia. Daebak. Ku puji screen writer dia. PD IMY juga.Sebab mampu buat cerita yang macam ni.

Konflik bermula bila, datuk Jung-woo mati. Lepas tu bapa Jung-woo n wife datuk Jung-woo mula berebutkan harta peninggalan. Ku kira berebut la. Sebab bapa Jung-woo ni nak kan duit tu. Sebaliknya duit tu datuk Jung-woo tinggalkan untuk Kang Hyun-Joo (kiranya macam nenek tiri Jung-woo la, tapi ni nenek tiri muda lagi-sebaya bapa Jung-woo)

Bila bapa Jung-woo bertindak kejam, Kang Hyun-Joo si nenek tiri Jung-woo ni mula buat plan, dia komplot dengan nurse Jung (yang jaga datuk Jung-woo) melarikan anak dia. Time ni la anak Yoong-joo,  Kang Hyung-Joon cedera kat kaki. Disebabkan nak larikan diri, nurse Jung n Yoong-joo buat pakatan nak culik Han-Jung-woo. Nak jadikan tebusan dan pertukaran. Kiranya macam nak lepaskan Yoong-joo, sebab Han Tae-joo ni dah tahan Hyun-joo kat pusat rawatan mental.

Bermula episod hitam. Bila Jung-woo diculik dan sekaligus melibatkan Soo-yeon. Time kena culik tu, Soo-yeon kena rape dengan penculik tu. huhuhuhu, sedih sangat kot. Depan mata Jung-woo.

Nak dijadikan cerita, time Soo-yeon kena rape tu, Jung-woo dapat lepaskan diri. Sebab dia takut sangat, dia terus larikan diri tinggalkan Soo-yeon. Ini lah yang menjadi kekesalan buat Jung-woo sampai dia dah besar. Antara sebab ku suka drama ni sebab ni la. Setiap perkara yang berlaku time diaorang kecil-kecik tu walau hal tu tak nampak sangat, tapi benda tu lah yang akan jadi impak bila diaorang dah besar.


Sebab 4.

Heronya seorang detektif. Yuhuuu... i like sesangat. hahahah. Bila hero polis, sikit sebanyak memang ada kes jenayah. Makanya ada lah thriller jugak kan kan kan.



Ikutkan aku memang tak minat Micky Yoo-chun ni. Gara-gara dia berlakon dalam Miss Ripley. Sungguh dalam tu dia mat poyo habis. Nyampah. Tapi bila dia dalam IMY, feh... dia memang berjaya buat ku terpaku 45 saat depan lappy tu. lol 





Hensem habis kan? Cair 45 saat weh. lol

Sebab 5.

Pelakon-pelakon yang ohsem habis. Walau pun diaorang ni kuat nangis (bak kata Farah Husain... hahaha) , tapi ku rasa diaorang berjaya buat ku rasa nak join diaorang menagis sama. Nak join ja la, tapi ku tak nangis pun :p, cuma bila tengok cerita ni, ku rasa macam ada bersama dengan diaorang. So, bila diaorang sedih, happy, kita akan rasa tempiasnya. Kira macam diaorang ni kekawan kita la. Kan bila kawan sedih, kita pun jadi sedih n nak pujuk diaorang, kan kan kan? :p



Sebab 6.

 Watak-watak dia semua hidup. paling ku suka watak mak Soo-yeon n senior Joo tu. Diaorang ni macam membangkitkan sesuatu situasi. Kalau hal-hal yang sedih mesti libatkan mak Soo-yeon (time ni lah ku selalu rasa sebak-sebak gitu). And Senior Joo tu memang super kelakar. Ku kalau tengok dia mesti gelak tak ingat.



Mak Soo-yeon







Senior kepada Jung-woo, senior Joo.

Sebab 7.

Sebab konon-konon ku macam dapat rasa kesedihan diaorang la. Ni antara scene yang ku suka.



Waktu Jung-woo tuliskan semula tulisan yang Soo-yeon tinggalkan dulu.


Waktu dia depan rumah Joy. Oh, yang ni ku pun rasa macam nak join sekaki nangis. Luluh hati bila nampak air mata Jung-woo tu. *statement mengada* lol





Time dia nak lepasakan Soo-yeon. Sebab Soo-yeon macam tak nak kembali ke hidup lama dia. huhuhu *menangis*








Setiap scene bila Jung-woo dengan mak Soo-yeon.








Masa 1st time Jung-woo ingatkan Joy tu Soo-yeon.








Last eps. huhuhuhu. Sedih bila kenangkan nasib mat sorang ni.


Ekceli, banyak lagi scene yang ku suka. Dah nama pun cerita best, haruslah semua scene ku suka. hahahaha.


Sebab 8.

Watak Harry aka Kang Hyung-Joon. Ku rasa dialah yang paling best sekali dalam IMY. Watak dia menjadi. Sungguh, ku tak kenal pun dia ni siapa sebelum ni. Ku dah tengok list drama yang dia berlakon, memang la ku tak minat. Ku rasa cerita ni menonjolkan dia la. Dari sudut yang berbeza. Dia masuk kategori watak antagonist yang tak berapa nak jahat, errr... aci tak kata macam ni... hahaha. Ku tak sanggup nak benci dia. Sebab dia comel sangat. Lagi satu dia ada sebab untuk buat kita tak benci kat dia walau dialah yang jadi punca segala masalah yang berlaku.




Sebab 9.

Plot cerita dia yang memang best gilerrrr. Graf jantung naik-turun. Cerita ni bukan based-on love story semata. Ada ikatan kekeluargaan, persahabatan. Bagi ku, tu antara X-factor IMY.


 Lagi satu rentetan ceritanya, bila Jung-woo tu, taksub sangat nak mencari Soo-yeon. Lepas tu Soo-yeon ni pulak, masih marah sebab Jung-woo pernah lari tinggalkan dia masa dia kena rape dulu. Harry aka Hyun-joo pula dalam misi membalas dendam. Oh, sangat2 la mendebarkan O_o


Sebab 10.

Emosi yang diaorang tunjukkan. Bagi ku memang berkesan. *rolling eye*



 

Sebab 11.

Ost. Segala runut bunyi dalam IMY yang memang ohsem gilerr tu. Selain Secret Garden, ni la drama yang semua ost n background music dia mampu buat ku macam... macam... tatau nak mention macam mana. pendek kata ku memang tengah buat misi nak dapatkan segala jenis muzik dalam IMY tu :p Dan kalau korang jumpa, share la dengan ku sama (dalam bentuk mp3 ya). heuheuheu.

Tears Are Falling (ni lagu paling sedih *menangis*)

Just Look At You (lagu ni mesti keluar time Jung-woo:Soo-yeon tengah krisis)


Reminds Me Of You (ni lagu paling sweet gilerr) ^^



Sebab-sebab lain.
Ah. Korang tengok la sendiri. hahahaha. Tak tengok macam nak tau best ke idok.


Okey. Takat ni ja la yang ku boleh listkan sebab dan musabab nya. Lain-lain korang kena la feel sendiri. ^^

Comments

  1. Tgk gambar pun muka masing2 asyik nak sendu je. Hahaha... First time tgk trailer drama ni sebelum ia ditayangkan memang rasa nak tengok. Tapi baru 2 saat trailer tu dah gambar nangis... diikuti dengan trailer lain..semuanya scene nangis. Mulut terus cakap, korang nak nangis je ke sampai akhir cerita?
    Itu yang kepala otak saya automatik switch to NO bila nampak je tajuk drama ni. Sebab akan teringat scene nangis itu. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha. Betul tu Farah, cerita ni mmg setiap episod mesti berair mata. Tapi yang hairannya, kita boleh pulak layan. Nak kata pelakon favourite, sorang pun tak. :D
      Mungkin kekuatan cerita dia kot n pelakon2 dia pun pandai bawa watak masing2. Menjadi pulak tu. Ni la antara cerita sedih yang best. Sama best dengan 49 Days. ^^ Kalah winter Sonata n Autumn In My Heart :p

      Delete

Post a Comment

ketuk-ketuk di sini

Popular posts from this blog

[8] Cerpen : Hadiah Yang Terakhir

[6] Cerpen : Sumpahan Rindu, Mahsuri.

[10] Cerpen : Semasam Yogurt Semanis Ais krim