The little thing called love?

Jika anda ingin menjadi seorang stalker amatur, anda perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Untuk mencapai piawaian yang ditetapkan, langkah-langkah di bawah ini boleh anda ikuti. Langkah 1 : Tetapkan target anda. Pastikan target anda hanyalah 1. Fokus itu penting. Cara untuk mengenalpasti target anda, senang sahaja. Jika anda terpandang target, secara automatic anda akan berasa berada di suatu kawasan yang lain. Contoh, seperti kawasan yang dipenuhi bunga-bungaan. Waktu itu, betapa riuhnya keaadaan tetap tidak akan mempengaruhi anda. Seolah-olah waktu itu hanya ada anda dan target anda. Dan satu lagi, pastikan target anda masih single jika tidak mahu patah hati. Langkah 2 : Usaha yang gigih. Anda perlu mengetahui jadual waktu target. Jika anda dan target masih bersekolah, anda cuma perlu ke bilik darjahnya untuk mengetahui jadual waktu kelasnya. Untuk tidak kelihatan terlalu ketara yang anda adalah seorang stalker, cuba mengaburi mata mereka den...